Wednesday, January 18, 2017

Keseronokkan Tak Terhingga Bila Pulang Ke Kampung

Benda paling aku suka bila balik kampung adalah pungut hasil kampung sambil merayau2 di kebun. Sampai je aku letak barang2 pas tu pi terus belakang umah Mak Lang and Pak Lang...petik pucuk ubi, amik limau kasturi, limau nipis, pungut cili api..petik terung telunjuk, kacang botor, semua aku buat la...sebab tu la Pak Lang suka bercucuk tanam..segala macam pokok dia tanam dari strawberry sampai la pokok anggur...cuma strawberry je tak berbuah lagi...pokok anggur dah keluarkan putik dah...kebetulan last week Mak Teh dari Sg Petani pun ada sekali..aku ada gang la merayau kat kebun...hehehe..seronok...

jom ikut aku jalan- jalan kat kebun...



pokok terung telunjuk..


sayur sawi


pucuk pegaga


anak pokok cili yang baru dialihkan ..


pokok anggur


nampak x buahnya...


belasah air kelapa muda...


Salai ikan keli sebab Mak Teh nak bawak balik Sg Petani


Salai guna api atau bara dari sabut kelapa...best woooo


ulam- ulaman untuk makan tengahari


Telur Asin


Ayam masak lemak cili api campur daun puding


sambal ikan keli


sayur kailan goreng...

Seronok betul bila sesekali berkumpul...seronok makan beramai- ramai...seronok berborak, ketawa senda gurau...itu x cukup corumn balik lagi tuh..kalau semua adik beradik mak berkumpul...penuh rumah...masak plak macam kenduri kan...lagi meriah...dengan anak- anak kami lagi...kadang - kadang nak berkumpul time raya pun x semua dapat berkumpul kan...ye la masing- masing dh berkeluarga...confirm ada tanggungjawab masing2...

How i wish satu hari nanti keturunan Tapa Holding boleh berkumpul dari seawal generasi sampai la generasi terbaru...tapi x tau la bila berpeluang...nak kumpulkan tu kena ada AJK yang terlibat...usaha kena betul2 buat..tak leh main belasah je..plan kena ada kan...

Apa pun..sesekali balik kampung memang terasa  fresh udara, minda dan fizikal....segar dari kesesakkan kota...tenang je...


15 comments:

  1. Wah. Erat betul keluarga suria amanda ni 😍
    .
    Pokok strawberi boleh tumbuh kat kampung ya?
    .
    Kat mana kampung ni. Hehe. Takkan atas cameronnhighland kot
    .
    😃
    .
    Maznee memang hantu strawberi.
    .
    Naik cameron terus lupa makan nasi.

    ReplyDelete
  2. Alahai semuanya segar dari ladang...rasa mcm nak pjg umor jer bila duk kat kg..byk oksigen..makanan pon fresh2..duk kat bandar ni asyik mkn fastfood pastu hirup asap keta sambil makan jem berjam2 ats jln raya nak p & balik kerja..sori SA terlepas geram kat sini..hahahaha

    ReplyDelete
  3. apa ni, pagi2 dah terliur dgn lauk pauk kampong..tak menahan ni..
    yg pling win ikan keli salai, masak lemak cili padi sodap eiii

    ReplyDelete
  4. Bestnya SA..Kak Sue suka kalau balik kampung sebab ada banyak ulam..

    ReplyDelete
  5. Ya Allah SA tak terkata memang sedap semuanya
    Menggebu menggoda mata yg memandang - berselera pastinya makan macam ini.

    ReplyDelete
  6. Bestnya ada kebun. Bila nak boleh petik je.

    ReplyDelete
  7. wah!seronoknyaaaaa....
    alangkah bestnya kebun dekat kampung akk tu....
    kalau nieyl dpt kampung cmtu...xnak balik laaa..hihihi

    ReplyDelete
  8. Ikan keli masak sambal tu sedapnyaaaa kak. Heheh. Syok kan sekali sekala balik kampung, tengok pulak hasil tanaman yang macam tu.

    ReplyDelete
  9. bbudi dgn tanah mmg byk manfaat ny =)
    telan air ju tgk smua hidangan tu haha

    ReplyDelete
  10. Waa dapnyer lauk pauk kampung kan kak..lama noo tak balik kampung..jeless tgk ahkak masak..

    ReplyDelete
  11. Memang best kalau dapat balik kampung.. dengan banyak pulak tu tanaman di kebun. Lepastu dapat berkumpul ramai ramai. Seronok...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah