Tuesday, January 10, 2017

Faiz Subri Wira Negara Harumkan Malaysia!


Hi korang...
Sana sini heboh bercerita tentang wira negara Faiz Subri yang mengharumkan nama Malaysia di arena Bola Sepak dan membawa pulang The FIFA Puskas Award bagi jaringan terbaik 2016. Rugi betul x tengok anugerah ni di TV..Bangga kot kan anak Malaysia sebab Faiz mengenepikan dua pesaing iaitu Marlone ( Brazil) dan Daniuska Rodriguez ( Venezuela)
Berkat doa ibu bapa dan tentunya Rakyat Malaysia Faiz dah buktikan yang sememangnya Malaysia Boleh!!
Faiz Subri kelihatan Nervous kerana setiap pemenang di wajibkan untuk beri ucapan dan the best part Faiz baca ucapan ikut text dari handphone nya..

Mohd Faiz Subri meraih undian tertinggi dari peminat bola sepak dunia iaitu 59,46%

Jom baca text ucapan Faiz Subri

"Alhamdulillah dengan keberkatanNya saya dapat merangkul anugerah FIFA Puskas ini, jujurnya saya tidak pernah terfikir langsung untuk berada pada tahap dimana saya sekarang ini dan dapat berdiri di depan pemain-pemain bola sepak terbaik dunia. Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan pasukan Pulau Pinang, jurulatih, rakan sepasukan, staff, PFAM, keluarga, rakyat Malaysia terutama sekali rakyat  Penang serta peminat bola sepak di dunia. Kepada FAM dan FMLLP saya terhutang budi kerana menghantar video gol saya untuk proses penilaian.

Terima Kasih
Malaysia Boleh, Haria Penang Haria"

Tahniah Faiz Subri

16 comments:

  1. wah..bangganya rakyat Malaysia berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangada dalam arena bola sepak..tahniah Faiz Subri

    ReplyDelete
  2. satu lagi bintang yang telah membawa nama Malaysia di mata dunia..tahniah Faiz Subri!

    ReplyDelete
  3. really proud of him. congrats faiz subri. Haria Penang Haria!

    ReplyDelete
  4. Berbangga dengan faiz subri yang telah mengahrumkan nama negara

    ReplyDelete
  5. Tahniah! tak sia sia dok undi dia. hehehe

    ReplyDelete
  6. Tahniah Faiz Subri!!! ^^ Tahniah Malaysia!

    ReplyDelete
  7. Proud of him. Satu kebanggaan buat semua rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  8. dia orang kampung sha eh hehehehe tahniah faiz subri!!

    ReplyDelete
  9. Ohsem Faiź ini.. Semoga beliau terus cemerlang..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah