Friday, January 13, 2017

Viral Kesan Sampingan Product Kecantikkan

Heboh satu Malaysia pasal viral penggunaan kosmetik jenama T***skincare di semua website tersohor dan pelbagai kecaman dari netizen serta banyak juga yang memberi komen positif kepada rakan blogger yang terlibat. Apa yang aku nak kongsikan kepada readers aku kat sini.. beliau berkongsi pengalaman bukan cubaan menutup periuk nasi sesiapa..dia cuma berkongsi pengalaman dan niatnya baik agar yang lain yang taksub untuk cantik tidak merana seperti dia..jom ikuti text yang aku copy serta gambar yg aku kongsi dengan keizinan beliau..kalau aku yang kena sedih kot..bukan senang nak elok seperti sediakala kan..
_____________________________________________

Hai guys!

Selamat pagi dan salam ceria. 
Entri ini agak panjang sikit. Sebab aku dah lama pencen dari menulis blog. Jadi, kita update di sini je lah ye.

Pertama, segala2 yg aku akan katakan di sini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Bukan untuk memperlekehkan produk tersebut. Mungkin, kulit akulah yg tidak serasi menggunakannya. *tangan kat bahu, mata ke atas.

Sekali lagi ditegaskan, ini adalah berdasarkan PENGALAMAN aku sendiri. Jangan memandai2 buat spekulasi bodoh belakang aku. Aku juga dah PM HQ tersebut untuk mendelete testimoni aku. Tapi, tak tahu bila dia nak delete. Lagi banyak orang share.. aku rasa berdosa. Walhal, ianya indah khabar dari rupa.

😢

Siapa yang tak mahu cantik?
Siap yang tak mahu ploless.. putih gebu?

Siapa yang tak terpedaya dengan janji2 manis "cerah seawal 3 hari"
"Jerawat hilang dalam masa 7 hari"

Siapa pulak yang nak pakai produk, kesannya lambat.. semua org nak pakai.. kalau bole sapu malam ni, besok dh gebu! Kepala banaaaaaa.... 

Baik kau tuang clorox kat muka terus!

Alkisahnya, aku tak nafikan diri aku pun terjebak sekali. Padan muka aku. Ketagihan untuk putih, kononlah... bebas jerawat menyebabkan aku turut terjebak memiliki produk ini. 

Malahan, seawal penggunaan aku bersyukur tak terhingga, hingga aku sanggup berkongsi rahsia kegebuan aku pada umum. Aku pun mmg suke share benda2 lawa ni. Sharing is caring. Sama2 cantik... apa salahnya.

Akibat kemalasan yang melampau, bila dah kunun2 lawa ni. Aku seringkali skip pemakaian produk. Kadang2 aku pakai.. kadang2 aku tak pakai. Bermula dari seketol jerawat, sampailah berketol2. Bernanah2 tiada tanda nak baik langsung. 

Muka dah start berminyak. Pori makin besar.. Allahu. Aku kalut. Kulit muka mula rasa terbakar. Langsung aku tidak boleh berada di bawah panas mentari... cewah!

Gila babeng.. aku dh start menangis. Aku mula mengoggle2 untuk mencari kepastian. Eley, biasalah... org review semua power2. Bagi sekotak, review macam pakai bertahun punye produk.

Aku usaha lagi...

Dapat detect 3 4 org yang mengalami masalah yg sama malahan lagi teruk dari aku. Siap saman bhai!!!! Org tu muka habiss teruk, dan2 kompeni tu nak saman. Oklah banyak duitttttt...

* aku tak mahu disebut nama produk tu secara details. Carik sendiri! Kang aku kena saman....

Actually sayang2 sekalian, 
Kalau korang perhati... dulu aku pun buta jugak! Local produk semua sama.. baik krim kunyit, krim malam.. krim siang.. sun block or whatever.. semua sepaten je. Perasan tak?

Cuma botol, bekas je berbeza. Skrg ni pun, bermodal RM 1000 je kau boleh jadi pengasas dan bina produk sendiri. Tak rasa something ke??? 

Kau pun tenyeh kat muka.. ntah apa dia letak. Sampai blocking jerawat korang, kikis epidermis kulit korang.. tu la yg korang tenyeh sampai lutsinar. Pernah tak terfikir kesan2nya bila benda2 asing macam tu terbenam dalam organ dalaman kita?????

NGERIII wei.... ngeri.. 😣😣😣😣

Aku nak tulis panjang2 tentang keburukan penggunaan merkuri dan hidrokinon aku malas. Korang pergi search kat google. Aku rasa ramai dh sedar skrg... cuma biasalah. Bak kata kawan aku " belum temui jalan kebenaran".. hehehe..

Wahai wanita2 di luar sana.

Anda cantik tau! Sgt cantik... cuma lagi cantik kalau kulit anda sihat. Bukan dengan menambah kesakitan kulit anda. Kita nmpk wahhhh... jerawat takde. Jeragat lesap.. parut pudar! Itu tanda kulit kita sihat.. NO!!! KORANG SILAP. Tu tanda kulit korang tak sihat... 

Aku syorkan... celik mata, bukak hati.. google la. Cari maklumat. Aku cuma boleh bantu setakat ini. Pada yang nak teruskan pemakaian.. silakan. Takde larangan. Yang dah beli pun, nak pakai, teruskan ok!

Sekian,




Semoga Norhasniza Khalid tabah hadapi dugaan..salute juga dengan keberanian beliau sebab betul berani ketengahkan which is pada aku kalau orang lain sure tak berani kan...ayat salah seorang yang komen ni oun aku rasa win sangat..

"Kepada Pengguna Produk Kecantikan Di Luar Sana..Sila Berhati Hati...Jadikan Cerita Membe Ni Sebagai Pengajaran..Tak Perlu Kecam @ Hentam Dia..Dia Juga Pengguna Produk Kecantikan Seperti Anda2 Yang Lain..Bezanya..Dia Dapat Kesannya Seperti Ini Awal..Mohon Bertabah Yer Frenzs..Keberanian Kamu Dalam Mengenengahkan Cerita Benar Ini..Amatlah DiPuji...Sesetengahnya..Akan Menyembunyikan..."

#SaluteAndRespect

Cc : Kredit To Norhasniza Khalid Anda Berani Kerana Benar...

Get Well Soon.."

To Mamaniza..jangan stress..stress akan buat anda terus diselubungi tekanan..anggap kecaman yang anda dapat sebagai dugaan untuk menunjukkan kebenaran bahawa x semua product sesuai dengan kulit kita orang Asia..to all my readers dan followers jadikan kisah beliau ini sebagai ikhtibar..terdapat banyak kesan sampingan kalau kita tidak berhati2 dan tangkap muat..

20 comments:

  1. Astaghfirullahallazim .. smoga puan Norhasniza cepat sembuh. Insyallah buat masa ni gunakan dlu bahan2 yg smemang ny smula jadi utk kurgkn jerawat yg mmg ada dlm dapur kita seharian spt telur/tomato/beras/kayu manis. Boleh kisar & jadikn masker/mgecutkn jerawat/mgecilkn liang pori dgn lebih selamat tnpa ada cmpuran bahan kimia. Insyallah. Ju pun skrg masker stiap hari dari putih telur

    ReplyDelete
  2. beli skincare organik, no sintetik, no kimia, merkuri & racun.... macam Nutriwhite Shaklee... 😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua skincare ada letak chemical...antara bahaya dengan tak je

      Delete
  3. InsyaAllah,,moga Mamaniza temui penyelesaiannya..amin...kita sama2 mendoakan dan beri sokongan..

    ReplyDelete
  4. kesiannya dia. moga cepat sembuh

    tu lah kita kena mula aware, product yang banyak sangat bagi janji manis dalam masa yang singkat ni mesti ada kesan sampingan. hurmm

    ReplyDelete
  5. Semoga mamaniza cepat sembuh. Bila terlampau banyak sangat produk kecantikan ni rasa ragu-ragu nak guna. Tumbuh macam cendawan. Semoga lepas ni berhati-hati dengan produk kosmetik macam ni

    ReplyDelete
  6. Kesian.
    Semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  7. dah viral kisah mama niza ni, as a friend smoga As sembuh, mmg sakit kulit merah macam tu, kena cahaya matahari lg pedih..beware before us.

    ReplyDelete
  8. dr dulu was2 .... wlupun ramai je geng blogger dok jual ... ai mmg tak terpengaruh ...
    kesian pd pengguna ... duit habis ...muka jd rosak

    ReplyDelete
  9. Adoiii...ngerinya tgk. Moga sis hasniza tabah...huhuhu

    ReplyDelete
  10. kalau kene kt kite pun kite sedih, dr muke elok jd gitu kak...

    sbb tu dana sgt jarang tukar2 produk n jarang sgt try produk buatan tempatan huhuhu...
    sbb penah terkena pakai produk tempatan pastu muke jd merah2 bila terkena matahari... cuma mungkin nasib dana lah sbb kejap je jd gitu...

    ReplyDelete
  11. kesian...dh byk bc mcm2 kisah bab kesan sampingan produk kecantikan ni huhu

    ReplyDelete
  12. pengasas produk tu kena bertanggungjawab

    ReplyDelete
  13. pernah jadi macam nie , tp alhamdulillah skin dah beransur pulih

    ReplyDelete
  14. Tak tahu la pengasas tu nak bertanggungjawab ke tidak. Tengok je la. Kesian Mama Niza... banyak benda dia kena hadap.

    ReplyDelete
  15. Ada baca pasal kisah ni. Moga dia bertabah dan moga cepat baik hendakNYA.

    ReplyDelete
  16. Ada baca kisah mamaniza..moga2 cepat la sembuh..

    ReplyDelete
  17. Perasan sangat sangat tentang produk kecantikan local ni.. Semua sama je just yang lain bekas dan pattern. Semoga cepat sembuh mamaniza..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah