Friday, January 27, 2017

Kempen Keselamatan di Jalan Raya oleh MITA Travel Fair 2017

Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) akan mengadakan sebuah kempen kesedaran keselamatan di jalan raya yang disokong oleh SMART Tunnel pada 24th Januari 2017 jam 5 petang. Kempen keselamatan di jalan raya ini bertujuan menggalakkan pengguna jalan raya untuk menggunakan slogan “MITA Travel Fair Mengucapkan Selamat Pulang” sekaligus menjadikan jalan raya supaya lebih selamat, dan sebuah tempat yang lebih menyenangkan.


Kita semua sedia maklum bahawa perayaan Tahun Baru Cina bakal menjelang tidak lama
lagi. Semasa sesi perayaan, ramai pengguna jalan raya boleh terlibat dalam nahas kemalangan
jalan raya semasa pulang ke kampung. Sebahagian kecil mungkin akan terbunuh dan sebahagian
besar lagi cedera. Kemalangan yang melibatkan kenderaan adalah penyebab utama kematian
dalam kalangan masyarakat kita, dan pihak kerajaanlah yang akan dipanggil untuk meningkatkan
keselamatan jalan raya. Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata,
hampir separuh juta kes kemalangan jalan raya di Malaysia pada tahun 2015 serta hampir 7,000
orang terbunuh telah dilaporkan. 


Kita sepatutnya lebih berhati-hati semasa melintas jalan raya disebabkan jalan-jalan raya
yang menjadi semakin sibuk. Kita harus memberi perhatian di jalan dan tidak sesekali memandu
dengan laju. Kita juga harus mematuhi semua peraturan di jalan raya. Tambahan itu, kita perlu
memastikan keadaan kenderaan yang dinaiki adalah bagus beserta brek, lampu yang berfungsi
dan macam-macam lagi. Inilah antara contoh-contoh yang boleh diguna pakai untuk
mengelakkan kemalangan. Walaubagaimanapun, ianya masih tidak menjamin bahawa
kemalangan jalan raya tidak akan berlaku. Sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga adalah
amat penting ketika menggunakan jalan raya. Kita seharusnya mengetahui semua yang berlaku
di sekeliling. Dengan itu, dapatlah kita mengambil langkah-langkah yang perlu untuk
mengelakkan marabahaya. Keselamatan di jalan raya adalah bergantung kepada cara kita
menggunakannya. Dengan menggunakan jalan raya secara berhati-hati, dapatlah kita
menggunakannya dengan jangka masa yang panjang. Gunakannya dengan berhati-hati atau kita
mungkin tidak dapat menggunakannya untuk selama-lamanya.


Pertama sekali, objektif kempen keselamatan di jalan raya ini bergantung kepada cara
pengguna-pengguna jalan raya berkomunikasi. Oleh sebab kempen ini disasarkan kepada
sekumpulan pengguna jalan raya, maka tingkah lakunya adalah berbeza antara satu sama lain. 
Penyelesaian yang paling efektif berkenaan masalah ini perlu merangkumi pihak pemandu,
kendaraan yang dinaiki, jalan raya yang digunakan, dan kesedaran terhadap alam sekitar. Cara
yang paling efektif untuk meningkatkan keselamatan jalan raya adalah melalui perundingan dan
kerjasama dengan pihak kerajaan yang tertentu, pihak industri, dan orang awam. Semua
pengguna sistem pengangkutan harus berkongsi tanggungjawab di jalan raya untuk keselamatan
bersama. Kemalangan di jalan raya telah meningkat secara mendadak baru-baru ini dan perlu
dianggap sebagai satu bahaya terhadap kesihatan.


Kami akan mengedarkan 100 beg cenderahati dan pelekat kereta pada hari kempen
kepada pengguna jalan raya yang melalui stesen tol sebagai satu notifikasi bahawa “MITA
Travel Fair Mengucapkan Selamat Pulang”. Kami juga menjemput Presiden MITA Travel
Fair 2017, En Uzaidi Udanis, dan Pengerusi Penganjur MITA Travel Fair 2017, En Adam Kamal
Ahmad Kamil, untuk melancarkan kempen ini. Selain daripada itu, kempen ini akan mecari
pemenang bagi activiti-activiti yang bakal dianjurkan sebagai pemberian kepada pengguna jalan
raya yang melekatkan pelekat di kendaraan mereka. Seorang pemenang bakal mendapat baucer
tunai bernilai RM 288 pemberian daripada MITA Travel Fair. Pertandingan ini bakal bermula
pada 24 Januari 2017 sehingga 26 Februari 2017. Pemenang akan diumumkan di laman rasmi
Facebook MITA.

Tambahan itu, Stormwater Management And Road Tunnel (SMART) telah menawarkan
10% diskaun untuk pengguna lebuhraya bermula pada 28 Januari 2017 jam 6 pagi sehingga 29
Januari 2017 jam 6 pagi. Strategi kami adalah bertujuan untuk mengagihkan trafik pada harihari
puncak dengan menawarkan diskaun dan mengeluarkan Travel Time Advisory. Untuk
maklumat lanjut, para pengguna boleh mengunjungi laman sesawang SMART di
www.smarttunnel.com.my atau di laman Facebook terowong SMART, Twitter @Smarttunnel
atau hubungi talian bebas tol 1300-88-7188.

MITA atau Malasia Inbound Tourism Association ditubuhkan pada 2005 sebagai sebuah
persatuan bukan bermotifkan untung. Dengan sokongan yang diberikan oleh Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, MITA sedang mempromosikan Negara Malaysia
sebagai sebuah destinasi dalam Negara yang terunggul di dunia. Untuk maklumat lanjut
mengenai MITA Travel Fair 2017, sila kunjungi laman rasmi MITA di www.mitamalaysia.com
untuk mendapatkan berita terkini atau emel kepada mitatravelfair@mita.my atau telefon di 03-
42510351


5 comments:

  1. terbaik! harapnya kita sebagai pengguna akan terus berhemah semasa gunakan jalan raya! heee Ajim singgah sini!

    ReplyDelete
  2. Harap kempen ni dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang kini semakin meningkat

    ReplyDelete
  3. Kesedaran dalam diri tu penting.. jalan raya tu kegunaan bersama.. bila ada yang rasa jalan tu dia punya tu yang masalah.. semoga kita prihatin..

    ReplyDelete
  4. Terbaikk bila kempen macam ni dijalankan. Para pengguna jalan raya diingatkan supaya berhati hati ^^

    ReplyDelete
  5. Berhati hati di jalan raya
    . Ingatlah orang yang tersayang..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah