Monday, January 2, 2017

Resepi Sotong Goreng Sos Tiram

Hi korang...
Hari ni dh hari ke 2 kita di tahun 2017..hari ni masih bercuti..bila dh bercuti tu confirm nak kena masak kan..meh hari ni mak jemah nak share ngan korang resepi minggu lepas..resepi yang mudah dan sesuai untuk orang bujang mahupun keluarga..campak-campak je dh siap...

Sotong Goreng Sos Tiram



Bahan-Bahan

  1. Sotong 5 ekor (sederhana besar)
  2. Bawang putih 3 ulas
  3. Bawang merah 2 ulas
  4. Halia 1/2 inci
  5. Cili Api 
  6. Bawang besar 
  7. Capsicum merah&hijau
  8. Sos Tiram 2 sudu besar
  9. Kicap 2 sudu
Cara memasak
  1. Sotong dibersihkan dan potong kasar2 ( basuh dulu sotong, lap dengan tisu dapur sampai betul2 kering)
  2. Bahan 2 -7 dihiris
  3. Tumis bahan 2-5 sampai naik bau
  4. Masukkan sos tiram
  5. Masukkan bawang besar dan capsicum
  6. Masukkan sotong gaul2
  7. Masukkan kicap
  8. Tak perlu tambah garam sebab sos tiran dan kicap dh sedia masin
  9. Gaul2 seketika
  10. Tutup api
  11. Sotong tak perlu masak lama sebab ia cepat masak dan empuk..kalau lama dh tak kenyal dan akan liat.
  12. Sedia dihidang
Selamat mencuba.....

11 comments:

  1. yummmm tgk sotong tu..slalu sotong masak sambal tp lama xmasak

    ReplyDelete
  2. Simple je resepinya. Nnt nak cuba la

    ReplyDelete
  3. boleh cuba bila2 ni..nmpk senang dan sedap..

    ReplyDelete
  4. Minat makan sotong lagi2x sotong goreng.. haha

    ReplyDelete
  5. macam senang je ni. balik kerja kena cari sotonglashhhh

    ReplyDelete
  6. Sedap nya kak. Resepi dlm blog akak semua mudah dan sedap. Semua fav menu sy pulak. 😋

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah