Wednesday, January 4, 2017

Dilarang Ganggu Pekerja Selepas Waktu Pejabat,Betul atau Salah?

Rasanya Malaysia pun patutnya kena ada undang- undang macam ni jugak la kan...bukan apa kebanyakkan negara- negara barat memang dah applikasikan undang- undang ni...ini yang sewajarnya kan..sebab ikut undang- undang buruh kita bekerja sememangnya 8 jam sehari..selepas waktu kerja adalah tidak patut kita dibebankan dengan urusan pejabat kecuali kerja lebih masa di office. Waktu cuti juga adalah waktu rehat pekerja dan majikan adalah dilarang sama sekali mengganggu waktu rehat pekerja.Tapi sebaliknya berlaku kan?Macam aku memang takde elaun telefon so memang tak akan jawab phone kalau bercuti dan tak pernah bawak balik kerja ke rumah..macam aku once dah tinggalkan pejabat hal pejabat memang kat pejabat je..kecuali kalau betul- betul urgent boss mintak tolong, yes itu aku buat la sebab courtesy kan...

Jom baca petikan artikel yang aku share dari website Sinar Harian Online dimana undang- undang ini telah di aplikasikan di Perachis. artikel ni sangat menarik dan buat aku terpanggil untuk share kat blog..mungkin boleh kita bincangkan secara mendalam kan...sharing is caring....

source from pinterest.com / google


PARIS - PERANCIS. Pekerja di Perancis kini boleh menarik nafas lega selepas undang-undang baharu yang melarang syarikat mengganggu pekerja selepas waktu pejabat dikuatkuasakan, hari ini.

Menurut laporan BBC, undang-undang yang diperkenalkan pada Mei lepas memerintahkan syarikat yang mempunyai lebih 50 pekerja tidak menggangu pekerja dengan panggilan atau e-mel selepas waktu pejabat atau waktu cuti.

Ketika undang-undang tersebut baru diperkenalkan, beberapa pihak mendakwa pekerja diwajibkan untuk menjawab e-mel syarikat diluar waktu pejabat.

Pekerja juga didakwa tidak dibayar dengan sewajarnya untuk kerja lebih masa yang menyebabkan tekanan, kepenatan, masalah tidur dan masalah hubungan di luar pejabat.

Undang-undang tersebut juga merupakan satu-satunya undang-undang baharu yang mendapat sambutan hangat tanpa protes ketika mula diperkenalkan.

Sumber : Sinar Harian Online

30 comments:

  1. Sangat tak best bila malam2 pun kena ganggu.

    ReplyDelete
  2. setuju..cik nor slalu kna bebel wlapon lps waktu kerja..huhu

    ReplyDelete
  3. Bab ni saya setuju tanpa protes.. Kalaupun majikan perlukan, majikan mesti beri elaun setimpal utk kerja luar waktu pejabat.

    ReplyDelete
  4. Kinah dlu pun lepas office hour ada je yang cari. Jadi lepas punch card terus cabut. Takdanya nak tunggu situ. Bukannya dapat claim ot pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dpt elaun kerja lebih masa boleh la dipertimbangkan..ye tak

      Delete
  5. wow!tapi dkt sini...hmmm...tapi x semua la...ade sesetengah nya masih lagi mencari after office hour..

    ReplyDelete
  6. e'in setuju kalau malaysia ade undang2 mcm nie!! setuju sgttttt.. sbb bos e'in skrg nie mmg suke kacau lps waktu keja.. :'(

    ReplyDelete
  7. Kalau boleh memang tak mahu diganggu bila dah keluar pejabat
    Tapi ada certain tu memang tak boleh dielak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA akan claim overtime kalau kerja time cuti..contohnya bab uruskan travel boss

      Delete
  8. Macamana pulak kalu company buat rules... Waktu pejabat tak boleh buat urusan peribadi? Sila amik cuti kalu nak buat urusan peribadi gitu?... Imagine... Matiklah kalu tak boleh jawap any call or msg dari mak pak, anak, jiran, sedara mara, tok nenek pada waktu pejabat! Tak boleh berlari curik masa even sekejap... Mampu? Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Company SA skrg mmg mcm tu, x bleh buat kerja peribadi waktu opis..kalau perlu kena amik half day atau cuti terus..rasanya company lain pun sama..kami dh biasa ikut peraturan mcm tu..

      Delete
  9. ikut pendapat individual, ada jugak yang memang suka buat kerja office after office hour. masa tu jugaklah dia nak reply email dan sebagailah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak yg jenis mcm tu..dh petang baru ada semangat nak bekerja..kat opis SA ni biasa macam tu..

      Delete
  10. Hehehe kan kan .. tak best laa kdg2 daa abih kerja masih lagi dpt call la apa la suh buat kije walaupon masa tu time kita ngan keluarga..

    ReplyDelete
  11. Wahhh bestnyaa kan...entahlah tp kerje kt msia ni boss selalu pelik2 sikit x sporting hehe

    ReplyDelete
  12. tk pernah juga buat blk keje ke umh..paling stress tgh cuti dpt cal dr opis...kdg2 mlm2 pn bos whatsapp adoi bertabah la...

    ReplyDelete
  13. Bagus juga buat gini..
    Sebab kadang2 ada setengah majikan suka ambil kesempatan..
    Tempat kerja Sha ok je.. hehehe

    ReplyDelete
  14. tengok apa position kot. ada sesetengah memang kena on standby kan and on course ada extra claim la. handphone topup semua disediakan. Tapi ada sesetengah tu suka suka je nak kacau. orang cuti ke apa ke semua nak kacau. adoi

    ReplyDelete
  15. blh stress ohhh dganggu slps waktu pjbt, grrr

    ReplyDelete
  16. kalau kerja kilang susah sikit, sebab production 24 hours..huhu T_T

    ReplyDelete
  17. pada aida, memang tak nak diganggu lepas waktu keje.
    itu waktu kita dgn diri sendiri & famili.
    seperti juga waktu keje, surely bos tak nak kita campur dgn hal umah, kan?
    maka kena faham la :)
    but tgk situasi la. if perlu. ok aje.

    ReplyDelete
  18. Depend pada pekerja. Ada sesetengah orang suka bekerja waktu kerja dan tak mahu diganggu lepas waktu kerja dan ada juga sebaliknya.. Haha

    ReplyDelete
  19. Masa kerja di audit firm dulu mmg dh biasa kena call atau msg. Stress juga kdg2 lagi2 bila kita audit company client yg rapat dgn boss. Semua nk cpt padahal pending dr client. Kalau masa tgh holiday pun kena ganggu kak. Pernah tgh berendam dekat tasik dayang bunting PA bos call, berhuhu je la masa tu. Hehe

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah la sha takpernah diganggu malam malam pasal kerja hehe

    ReplyDelete
  21. wajib buat kak Msia ni hehe. Baru majikan fhm

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah