Wednesday, January 11, 2017

Pengalaman Terbang Bersama Malaysia Airlines

Pengalaman Terbang Bersama Malaysia Airlines

credit to www.otareviews.com

Hey korang! Aku ada pengalaman best nak share dengan korang ni. Bulan lepas aku ada pergi holiday ke Langkawi. Disebabkan aku malas nak memenatkan diri untuk drive berjam-jam, jadi aku pilih untuk naik flights saja. Dan airlines yang menjadi pilihan hati sudah tentulah Malaysia Airlines atau dikenali juga sebagai MAS Airlines. Lagipun mereka ada banyak buat penawaran terbaik untuk tiket pesawat yang murah, aku apa lagi, terus sambarlah peluang yang ada. Asyik tengok orang lain saja syok travel dengan flights, sekali-sekala bagi reward dekat diri sendiri pun apa salahnya, kan? Selain dapat mempercepatkan perjalanan aku ke Langkawi, dapat juga aku selitkan sedikit pengalaman yang best semasa dalam flights untuk kenangan. Nak tahu apa yang best? Haaa, teruskan membaca.


gambar credit to google.com

Malaysia Airlines bukan sekadar merupakan satu syarikat penerbangan yang terulung di Malaysia saja, malah terkenal di merata dunia. Ia mula berpengkalan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang sebelum berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hingga ke hari ini. Kalau korang nak tahu, airlines ni merupakan top 10 the world’s best airline dan dianugerahkan sebagai penerbangan lima bintang oleh Skytrax. Flight routes yang disediakan airlines ni? Tak payah cakaplah, memang banyak. Korang boleh terbang ke 60 destinasi di Asia, Australia, Timur Tengah dan Eropah. Bagi aku, offer cheap flights from the best airlines ni adalah satu perkara yang sangat berharga.

Aku dah lama dah planning sebenarnya nak ke Langkawi ni. So bila Malaysia Airlines offer tiket pesawat murah aku terus mohon cuti dekat boss. Hihi. Bila permohonan cuti dah approved, aku apa lagi siap-siap kemas barang lah. Biasalah weh, perempuan kan? Walaupun nak pergi untuk beberapa hari saja, kalau tak bawa banyak barang memang tak sah! Mujurlah syarikat penerbangan nasional ni bagi free 30 kg baggage check-in dan 7 kg hand carry. Jadi, aku boleh bawa macam-macam barang dan tak perlu risau dah kalau ada barang yang tertinggal.


gambar credit to www.thestar.com.my

Tambah lagi, walaupun dapat tawaran harga penerbangan yang murah, sejajar dengan slogannya, ‘Journeys are Made by the People You Travel With’, flights system ni sangat mementingkan keselesaan penumpangnya. Ia menawarkan tiga kelas penerbangan iaitu kelas pertama, kelas perniagaan dan kelas ekonomi. Bagi korang yang pilih kelas ekonomi, penumpang akan mendapat seats selebar 17 inci. Fuh, lebar tu. Confirm korang akan rasa sangat selesa especially bagi mereka yang dalam perjalanan jauh. Haaa, tapi tu baru seats untuk kelas ekonomi saja, belum seats kelas pertama dan perniagaan lagi. Bertambah-tambah selesa lah jawabnya. Tidur nyenyak sambil berdengkur agaknya. Hihi. Airline ni juga ada provided bantal dengan selimut untuk passanger.

Jom tengok keistimewaan tempat duduk yang ditawarkan Malaysia Airlines.
Tempat duduk kelas pertama ( credit gambar to google.com)

tempat duduk kelas ekonomi ( gambar credit to google.com)

tempat duduk kelas bisnes ( gambar credit to www.businesstraveller.com)


Selain ciri keselamatan, pelbagai kemudahan asas lain juga turut disediakan seperti in-flight entertainment system  yang hebat untuk memastikan penumpang mendapat layanan yang memuaskan serta pengalaman penerbangan yang menyeronokkan. Setiap tempat duduk dilengkapi dengan sistem Audio Video on Demand (AVOD) yang menakjubkan. Korang boleh layan movie, tengok TV, layan radio atau main games. Jangan risau, korang boleh enjoy dengan semua hiburan tu tanpa mengganggu ketenteram penumpang lain pun sebab mereka ada sediakan headphone yang excellent. Nak buka volume sampai pekak telinga pun boleh. Sound dia memang rare! Kalau dengar radio, rasa macam dalam dunia sendiri saja. Hee...




Siapa kata kalau travel with cheap flights no meals? Haaa, kalau tak dapat makan memang tak sah! Menikmati makanan dalam flights ni memang satu experience yang best bagi aku sebab airlines ni menghidangkan pelbagai jenis hidangan yang sedap dan lazat serta diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). So, tak perlu risau lah kalau nak makan apa-apa hidangan yang ada, kan? Korang boleh pilih macam-macam daripada menu hidangan yang disediakan samada nak rasa hidangan antarabangsa mahupun hidangan tempatan. Apa yang best lagi, korang boleh dapat free meal.



gambar credit to www.malaysiatravelnews.com


Walaupun makanan biasa-biasa saja tapi kalau dah nama pun makanan free, semuanya sedap weh! Haha. Memang mengenyangkan. Dan tak dinafikan semua cabin crew dalam flight tu sangat peramah dan professional. Sebab tu secara personally, aku rasa this is the best airlines in Malaysia. So, tunggu apa lagi?

Jom terbang!!!!

21 comments:

  1. Dulu masa bujang selalu juga naik flight mas ni.
    .
    Cabin crew dia memang bagus

    ReplyDelete
  2. dah lama tak naik flight ... lg 2 bln cukup setahun ....

    ReplyDelete
  3. Nani tak pernah lagi naik MAS tapi kalau ikut yang abah Nani cakap MAS lagi selesa compare to Air Asia. Mungkin lepas ni boleh try naik MAS pulak ;)

    ReplyDelete
  4. Memang lebih selesa kalau naik Mas berbanding flight lain yg ada di M'sia (tak baiklah nak cakap yg mana kan). Sebab yg lain tu seat dia dekat-dekat walau duration tak lama tetap kurang selesa. Makan biasalah tapi yg pasti crew semua peramah.

    ReplyDelete
  5. best naik MAS nie...
    nieyl pun suka naik MAS...

    ReplyDelete
  6. Pnh juga naik flight pergi langkawi..kejap je smpai dah hihi

    ReplyDelete
  7. erm... teringin nak naik MAS... lum pernah naik lagi....

    ReplyDelete
  8. Gi Kelantan aritu naik MAS ekonomi kelas je. So, tak ada makan sebab perjalanan singkat dalam 1 jam je

    ReplyDelete
  9. MAS kalau naik flight nya mmg berbaloi bayar lebih sikit

    ReplyDelete
  10. kolin tak pernah naik MAS lagi..nanti nak cuba hahha

    ReplyDelete
  11. Kinah tak pernah naik flight lagi. Seronok baca pengalaman orang lain.

    ReplyDelete
  12. aida tgk plan nak ke langkawi dgn ets ni.
    sebab 5 sekeluarga, naik plane. ya Allah.
    mahu abis RM1500.
    lari ler bajet soping i :)

    ReplyDelete
  13. MAS mmg terbaik..
    Kita pun paling suka MAS sbb servis diorg mg tiptop

    ReplyDelete
  14. MAS memang terbaik dan dipercayai pengguna..

    ReplyDelete
  15. Jom terbang ^^ MAS memang terbaik setakat ni... Semoga terus maju MAS!

    ReplyDelete
  16. Tak pernah naik Mas lagi tp memang rata2 kata Mas lagi selesa. InsyaAllah kalau ada rezeki nak juga merasa naik Mas. Mana tau ada rezeki lebih dpt pergi umrah naik Mas ke kan. Amin.

    ReplyDelete
  17. wah bestnya. sha takpernah lagi naik flight sob sob

    ReplyDelete
  18. Tahun ni tak merasa lagi naik MAS.. ;)

    ReplyDelete
  19. Mencari kekuatan untuk naik flight nie.. kikiki..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah