Saturday, August 20, 2016

Tanda -Tanda Awal Tekanan/ Stress

Source from google

Tekanan berlaku apabila unsur-unsur yang mendesak atau menekan melebihi keupayaan kita untuk menanganinya. Tekanan yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental. Cara kita menangani tekanan yang dihadapi amat penting dalam menentukan kesihatan mental dan fisikal.

Tekanan luar biasa yang berpanjangan dan keterlaluan merupakan sesuatu yang merisaukan. Ia mempunyai kesan-kesan psikologi yang negatif dan memberi kesan buruk kepada fungsi jantung, sistem penghadaman dan rangka otot. Ini akan membawa kepada beberapa penyakit seperti ulser perut, tekanan darah tinggi dan migrain (sakit kepala yang amat sangat). Perasaan ini mungkin berkekalan. Justeru itu, amat penting bagi kita mengenali gejala-gejala yang berkaitan dengan tekanan dan memikirkan kaedah atau sistem terbaik yang bersesuaian dengan diri kita bagi mengurangkan tekanan.

Tanda-tanda Awal

Gejala Fizikal dan Gejala Mental:-


Degupan jantung yang cepat
Rasa hilang kawalan atau ditenggelami oleh peristiwa yang berlaku
Banyak berpeluh
Risau dan bimbang
Terasa loya Gagal menumpukan perhatian atau membuat keputusan
Bernafas kencang
Rasa tidak sihat
Cirit birit dan terasa hendak membuang air kecil
Sukar untuk tidur
Kaki dan tangan terasa sejuk
Keinginan seks menurun
Selera makan berubah
Terasa amat letih
Gangguan keseksualan
Meminum lebih banyak alkohol dan semakin kuat merokok
Sakit-sakit badan yang tidak jelas puncanya
Perubahan perasaan atau fikiran seperti kemurungan, kekecewaan, sikap bermusuhan, rasa tidak         berdaya dan kegelisahan
Penyakit seperti lelah, sakit kepala dan timbul ruam kulit.

Kesan Tekanan Yang Berpanjangan


Tekanan darah tinggi
Lelah
Masalah kulit yang semakin teruk (jerawat)
Serangan jantung
Masalah sinus
Kehilangan fungsi seksual dan pembiakan
Strok
Masalah berat badan
Gangguan tidur
Cirit-birit atau sembelit
Serangan migrain
Gangguan kebimbangan
Ulser perut
Sakit kepala
Kemurungan

Punca Tekanan


Personaliti
Kesempurnaan, di mana anda menetapkan standard yang terlalu tinggi atau mustahil untuk                   dicapai
Keresahan
Berperasaan negatif (marah, kecewa, rasa bersalah)
Bercita-cita terlalu tinggi
Persekitaran
Keadaan yang se
Suasana bising
Persekitaran tempat tinggal atau kerja yang teruk atau tidak terurus
Gaya hidup dan pekerjaan
Beban kerja yang terlalu sedikit atau terlalu banyak
Desakan masa atau tekanan untuk mengejar masa
Jaminan kerja yang tidak kukuh
Tidak diberikan penghargaan yang sewajarnya dalam sesuatu kerja seperti kenaikan pangkat,               kekecewaan dan bosan dengan tanggungjawab sekarang
Dikehendaki melakukan kerja-kerja atau tugasan melampaui kebolehan dan keupayaan sebenar
Pengurusan masa yang tidak baik
Keluarga
Masalah kewangan
Masalah hubungan
Perubahan dalam keluarga seperti kehilangan orang yang dikasihi samada disebabkan perceraian         atau kematian.

Haih..ada tanda- tanda diatas memang aku alami sendiri...aduhai..acaner ni..tekanan atau stress tak baik untuk kesihatan...kan?Kena cari jalan macam mana nak elakkan diri dari tekanan ni....

12 comments:

  1. Asalamualikum AS
    Semoga Allah kurangkan lah stres As ya
    Mesti sda jalan keluarnya suatu hari ni

    ReplyDelete
  2. gud info.. kalau boleh nak buang jauh2 stress.. hehe

    ReplyDelete
  3. Stress dan manusia memang best friend.. Ada masa kita sendiri tak tau kita tengah stress.. Semoga kita semua dapat menguruskan tekanan dengan betul..

    ReplyDelete
  4. jangan stress sangat2..memang tak baik untuk kesihatan..

    ReplyDelete
  5. good info.. itulah kekadang stress jugak nih.. tu kekadang buat sesuatu untuk kurangkan rasa stress tu..

    ReplyDelete
  6. Takmo stress stress..moga kita mampu tangani stress dengan baik

    ReplyDelete
  7. mcm2 stress skrg ni..stress dtg baik jauhkan sebelum meletop atau akan menganggu kesihatan..

    ReplyDelete
  8. iols pun penah gak stress..jln penyelesaian yg sllu buat p sopin hahaha

    ReplyDelete
  9. Banyak jugak punca2 tekanan tu yang selalu berlaku pada kite.. Paling kerap berlaku sepanjang berpantang ni ialah yang nombor 2 tu.. Kesempurnaan.. Nak buat kerja rumah tak boleh.. Tengok rumah kurang terurus jadi stress.. Huuu~

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah