Tuesday, August 9, 2016

Resepi Ikan Bilis Goreng Berlada Campur Petai

Masakan Ringkas Dan Sedap

Hi korang...seperti yang aku janjikan semalam...meh aku nak share resepi Ikan Bilis Berlada Campur Petai...ramai yang tanya aku caner nak buat sedangkan bukan payah mana pun...senang je...15 min je dah siap tapai dengan syarat bahan dah sedia ada la kan...ni baru terkial2 nak kopek ikan bilis..takde makna nak cepat..ye aku suka beli ikan bilis yang belum di kopek ye kawan2 semua...baru feel nak masak..ni semua dah sedia senang macam x thrill nak masak...cili pun aku suka tumbuk dari blend..sebab kalau tumbuk lagi sedap...

Jom la tengok Resepi...malas dah aku nak bebel lagi...



Resepi

Bahan- bahan
  1. 100 gram ikan bilis di belah 2..( takkan dibelah2 plak kan)
  2. Bawang putih 4 ulas
  3. Bawang kecik 3 ulas
  4. Cili Api 20 biji
  5. Bawang besar 1 biji dihiris
  6. Petai 2 papan
  7. garam
  8. minyak ( pandai korang la sukat)
* Bahan 2-4 tumbuk hancur

Cara- Cara Masak
  1. Ikan bilis goreng garing , angkat dan ketepikan
  2. tumis bahan 2-4 sampai naik baru dan cili betul2 masak
  3. masukkan bawang besar yang dah dihiris,biarkan seketika
  4. masukkan ikan bilis
  5. masukkan petai
  6. Gaul dan perasakan garam
  7. sedia dihidang
Nak sedap..petai tu jangan la biarkan layu, tak crunchie nanti macam tak feel plak..korang makan nasi sure bertambah, tak payah lauk lain pun takpe...lagi pedas lagi sedap...makan sampai peluh menjejeh pun takpe..

Lepas tu kalau menjerit atas penimbang berat badan...tanggung sendiri ye...

jangan marah aku plak...

Selamat mencuba......



20 comments:

  1. Tadikan kan terjah blog kak KB, cite hal durian, tetiba lapar..gi pulak masuk blog kak SI, cite hal tempoyak sedap, lagi lapar..laaaa..masuk sini pulak, alahaii..ikan bilis goreng campur petai!!.. bertambah tambah lapar SB dibuatnya.

    ReplyDelete
  2. Suami saya suka..tp.saya buat sambal biasa..nt boleh cuba cara akk ni.

    ReplyDelete
  3. Fiza kalau masak memang suka tumbuk dari blend..memang lagi sedap.
    Lauk camni kalau hari-hari pun okay je kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila blend, halus sgt.
      tak rasa krup krap petai...
      ikan bilis dap nyer :)

      Delete
  4. fuhh kalau taj masuk petai pun dah cukup sedap ni >,<

    ReplyDelete
  5. yummy...bleh la rietta cuba mlm nnti....asik buat smbal udang petai pown boring juga....

    ReplyDelete
  6. fuhhh..sedapnyeee ikan bilis tu tapi tak makan petai..hehe

    ReplyDelete
  7. fuhh sedap tu makan dengan petai.. kena plak dengan nasi panas2, mau bertambah2 tu..

    ReplyDelete
  8. Petai dan cili berpisah tiada.. Gandingan hebat yang sangat ohsem..

    ReplyDelete
  9. makan ngan nasi panas sajo pun merecik oiii haha

    ReplyDelete
  10. letak tempoyak.
    hu hu hu terangkat!

    ReplyDelete
  11. Lauk gini makan dgn nasi panas2 mak mertua lalu belakang pon x sedar dah ni.. Tak payah lauk lan dah.. Ini pon dah cukup.. ^^,

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah