Thursday, August 11, 2016

TRIVIA SEORANG SURIA AMANDA

Seorang Suria Amanda yang korang kenal dan ada yang tak berapa nak kenal...bukan nak feeling- feeling retis...nak buat biodata macam dah old skul sangat kan...so..aku buat bentuk trivia macam ni...aku bukan lah hebat macam yang korang sangka, jauh sekali popular..tetapi aku cuba buat yang terbaik...untuk kempen Trivia ni...di akhir entry nanti aku akan tag 2 orang blogger..macam tu jugak kepada blogger yang menyahut cabaran tag aku...buat benda yang sama dan tag 2 orang blogger lagi...huraikan tentang diri korang ikut kreatif korang sendiri..Elaborate serba sedikit tentang korang yang korang nak follower atau readers korang tau...sebab tak semua berpeluang mengenali koranag secara face to face kan....so ini cara untuk korang lebih dekat dengan readers korang...tak perlu tulis semua cuma ikut apa yang tergerak korang rasa nak share....

Jom baca tentang aku....

SKEPTIKAL BERWAJAH GARANG




Sekali imbas atau pada pertemuan pertama korang akan perasan yang wajah aku sebenarnya Nampak sedikit garang. Macam sombong je…macam susah untuk didekati, macam tak nak di ganggu ataupun di tegur. Maybe korang nak tgur macam serba salah..ni aku cakap pada yang first time jumpa aku kat mana- mana event la…Tapi jangan risau, sangkaan korang tu ternyata silap. Riak wajah je Nampak macam garang/sombong..but sekali korang dah kenal aku..korang tau sendiri la aku macam mana..aku ok je CUMA….haaaaa….aku jenis susah nak memulakan sesi sapaan atau perkenalan kalau jumpa kat mana- mana event atau kat mana- mana la…lepas je korang dah bercakap ngan aku..insyaallah aku boleh borak, bergelak ketawa dengan korang, selfie atau share apa yang korang nak share la…atau dalam kata mudah…BOLEH MASUK la….

KERJAYA


Percaya tak kalau aku cakap aku melalui frasa pekerjaan yang agak mencabar, sebab apa?aku lakukan banyak kerja. Masa sekolah dulu cikgu selau tanya What is Your Ambition? Jawapan aku I Want To Be A Career Woman. Tapi aku tak specific kan career woman macam mana…untuk mencapai impian sebagai career woman aku melalui frasa yang mencabar..aku buat dalam bentuk point eh…

1. Aku pernah kerja Kilang
2. Aku pernah kerja stesen Minyak
3. Aku pernah kerja kantin
4. Aku pernah kerja di Restoran
5. Aku pernah kerja di 7 Eleven

Then aku memulakan kerjaya sebagai career woman

1. Event Coordinator
2. Public Relation Executive

Bekerja dalam dunia hiburan, uruskan event kerajaan, uruskan event artis, uruskan carnival perniagaan dan macam- macam lagi. Semua orang kenal, kawan- kawan golongan artis dan PR Artis, VIP swasta dan Kerajaan, NGO, Media Elektronik dan macam- macam lagi cukup buat aku di kenali di mana sahaja di NS tetapi sayangnya semua tu sekejap aje..lepas 9 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan aku merasa saat kejatuhan di mana company yang establish untuk aku membina kerjaya tutup, aku suffer mencari kerja, kerja dengan separuh gaji plak lagi, at last buat keputusan muktamad tinggalkan anak dan keluarga ( masa tu aku dah bergelar ibu tunggal) berhijrah ke Kuala Lumpur.

1. Bekerja dengan Oil & Gas Company sebagai Lawson Assistant (di luar bidang dan tak sama seperti kerjaya sebelum ni..aku nekad) tapi sekejap je..hanya beberapa bulan setelah tu contract tamat.

2. Bekerja sebagai PA di Company sampai sekarang ni

Alhamdulillah sampai sekarang aku masih bertahan di company ni. Pengalaman yang sangat manis di sulami kepahitan. Di duga jatuh sakit teruk. Kembali bangun bertatih semula sampailah aku kembali kukuh sekarang. Kukuh bukan bermakna senang lenang kaya raya ye…kukuh dari segi kerjaya..Alhamdulillah..bila ingat dan fikir balik…wah….terlalu jauh perjalanan aku sebagai seorang Suria Amanda. Terlalu banyak yang aku dah harungi sampai la aku Berjaya sekarang. Pencapaian aku dalam kehidupan bertambah maju. Tak sia- sia aku berkorban.

TAKUT PADA HAIWAN TERBANG, GELI DAN MERAYAP


Korang Nampak je aku ni brutal, selamba dan happy go lucky ( bila dah kenal). Sebenarnya aku ni penakut. Aku takut pada haiwan yang terbang, haiwan yang menggelikan dan jenis merayap. Apa contoh haiwan tu semua?

1. Lipas
2. Cicak
3. Ulat Sampah/ Ulat Cempedak
4. Ular
5. Tikus
6. Ulat Gonggok

SUKA MAKAN MASAKAN PEDAS


Yes aku sangat suka makan makanan pedas dan masak- masakan pedas. Korang sendiri tau bila aku selalu post atau publish masakan dalam blog. Ye aku minat memasak dan macam tak leh lepaskan plak hobi memasak ni..Aku suka orang makan makanan yang aku masak dan akan rasa puas bila diorang makan.Aku tak makan takpe..hehehe…TETAPI..sekuat mana pun aku makan makanan pedas…aku kalah dengan Mee Ramen Samyang yang tengh giler hot sekarang ni…itu melampau pedas…minum sebaldi air pun lom tentu hilang pedas….aku Cuma Berjaya makan 3 sudu je mee tu..selebihnya aku surrender.

SUKA MELANCONG


Kalau ada kesempatan dan waktu terluang aku suka melancong. Baik dalam negeri mahupun luar negeri. Dalam Malaysia aku Cuma tak pernah jejak Sabah je..lain- lain tempat alhamdulillah aku dah pergi. Luar negara aku dah sampai di

1. Indonesia
2. Vietnam
3. China
4. Thailand

Next ada lagi…coming soon…insyaallah

BERDIKARI

Aku seorang yang sangat berdikari, apa sahaja yang aku buat memang aku buat sendiri, cari kerja, cari rumah sewa, kesana – sini, pindah rumah kea tau pi luar negara dalam negara memang aku buat sendiri. Aku jenis tak suka nak susahkan orang lain dan aku sekarang dah start ajar anak aku berdikari. Sebab pada aku golongan yang yang meletakkan diri dalam keadaan berdikari membolehkan dan membenarkan cabaran kepada satu tahap yang tinggi tanpa mengurangkan atau mengubah peranan serta tanggungjawab dan Of course berlandaskan agama.

SUKA WARNA HITAM, PUTIH DAN MERAH


Ikutkan wardrobe aku banyak je baju bermacam kaler tapi aku lebih suka 3 warna tu. Malah banyak koleksi aku warna hitam dari baju, kasut dan handbag. Pernah jugak cuba guna warna lain tapi sekejap je.Pas tu sedekah kat adik beradik aku.

SANGAT SENSITIF


Ye…bab ni aku tak boleh nak elak, kalau elak bermakna aku menipu diri sendiri. Aku akui aku sangat sensitive.Tapi aku cuba mengawal tahap sensitive aku tu agar tidak melampau. Aku cepat terasa, mudah tersentuh tetapi tidak mudah putus asa. Aku akan usaha gigih untuk aku dapatkan sesuatu.

KEKUATAN


1. Anak
2. Keluarga
3. Future Husband

IMPIAN YANG BELUM TERCAPAI


1. Kebahagian Berumahtangga ( Perkahwinan Kedua)
2. Complete Family
3. Melancong Berdua Dengan Anak

Itu la serba sedikit tentang aku yang boleh aku kongsi. Supaya korang tau serba sedikit tentang aku dan aku tak nak korang tau tentang keburukan aku dari orang yang tak sepatutnya. Aku mensasarkan dunia pekerjaan aku sehingga pencen..hahahaha…tak kerja cane aku nak capai impian kan. Aku harapkan allah kurniakan aku kesihatan yang berpanjangan untuk aku merealisasikan impian aku…Aku berharap sangat dapat mengubah kehidupan aku dan Dania kepada yang lagi baik. Sekarang dah cukup selesa cuma ye la sebagai manusia biasa ada la impian yang nak capai demi kepuasan kan…
Semoga allah permudahkan segala perjalanan hidup aku kerana aku tidak mampu menjangkakan apa akan berlaku pada masa hadapan.

Amin ya rabbal Alamin.


* Untuk Trivia kali ini aku nak tag



28 comments:

  1. Ooo... baru tahu sikit jer nie.

    ReplyDelete
  2. Wow! dah pernah sampai kat luar negara...bestnya ><

    ReplyDelete
  3. Wah... suka masakan pedas? terbaik tu..

    ReplyDelete
  4. Wahhh kak...bila baca trivia akak nih hampir 95% sama dgn sy...part sombong tuh memg sama...org yg xknl memg ckp sy sombong tp sbnrnya sy seorg yg peramah n hapoy go lucky

    ReplyDelete
  5. Takut haiwan terbang dan merayap. Samalah kita kak. Cuma siqah tak suka makanan pedas. Tak nak menyeksakan diri masa makan. Hehe

    ReplyDelete
  6. alamak, kalau kita nak buat juga xley ke :P

    kita pun suka warna putih. muehehe. rasa eksklusif.


    in shaa ALLAH moga ada rezeki melancong dengan anak and semua wish akak tu :)

    ReplyDelete
  7. Semoga segala impian sis akan tercapai.. saya doakan juga semoga sis berbahagia..

    ReplyDelete
  8. at least dapatla kenal skt2 sapa SA kan?
    selamat berkenalan...eh??

    ReplyDelete
  9. Banyak betul pengalaman SA ye...hebat tau...dari kerja kilang bermacam kerja haaaa...itu pengalaman sangat berharga!

    ReplyDelete
  10. Dapatlah kenal-kenal sikit bila baca entry ni :)

    ReplyDelete
  11. Part tak reti nak start berbual dan dicop sombong tu samalah...hehe. selamat berkenalan.

    ReplyDelete
  12. Perghh trivia gitu...terbaik laa kak..

    ReplyDelete
  13. Wow...menarik kisah akak ni..sama dgn nory, banyak pengalaman kerja nory dah lalui...tapi bezanya nory belum jumpa lagi kerjaya yang betul2 kena dgn jiwa lagi..

    ReplyDelete
  14. Baru tau seba sedikit tentang Suria Amanda.

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  15. Masa jumpa akak dekat Vivatel pun rasa macam takut je nak tegur. Especially more to rendah diri. Tapi tak salahkan akak pun sebab memang auni sendiri kurang bercakap. Semoga akak mengecapi kebahagiaan yang diidamkan ye :)

    ReplyDelete
  16. mudahan impian dan kerjaya sis lebih berjaya dan tercapai

    ReplyDelete
  17. semoga impian SA tercapai.. tak buat lagi, mgkn next week

    ReplyDelete
  18. Menarik kisah akak.. akak mmg seorang yg tabah.. bila nk dpt jumpa nie..hee

    ReplyDelete
  19. Semakin kenal siapa itu Suria Amanda.....moga apa yang diimpikan menjadi kenyataan...in sha Allah

    ReplyDelete
  20. best best best
    best bc trivia SA
    semoga SA mendapat kebahagian dan diberkati olehNYA

    ReplyDelete
  21. amboi next travel kat mana tu

    ReplyDelete
  22. kak..kite pun takut dengan lipas..geliiii...

    ReplyDelete
  23. Terbaik.
    nice knowing u online.
    nak jumpa offline ntah bila :-)
    A strong lady.
    kipidap dear fren...

    ReplyDelete
  24. http://cahayacinta.com

    dah baca rasa duka ada gembira di situ moga sisi akan bertabah dalam harungu hidup ini sama ank dan keluarga.

    saya ada gak samping kamu gitu hee..sbb ada mai ke ?

    ReplyDelete
  25. Banyak jugak persamaan kita ni.. Muka pattern bengkeng sampai kalau org tak kenal akan cakap sombong.. Walhal sorang Mommy Diamonds adalah seorang yang kepala senget jugak.. Org yang dah kenal lama taulah.. Jgn judge org dari riak wajahnya.. Hehehe..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah