Sunday, August 21, 2016

Tahniah Stacy Hamil 4 Bulan

Gambar dari google


Penyanyi Stacy, 26, memaklumkan usia kandungannya kini hampir mencecah empat bulan namun terpaksa berahsia ketika awal kehamilan kerana akur dengan nasihat orang tua.

Katanya, selepas melepasi trimester pertama baharu dia dan suami, Akim Ahmad, sedia berkongsi berita gembira itu dengan peminat menerusi hebahan di laman sosial mereka.

"Sebenarnya sudah lama kami berhajat mahu membuat pengumuman mengenai kehamilan ini. Apatah lagi ramai orang yang bertanya bila ingin menambah ahli keluarga. "Tetapi kata orang kurang manis kalau berkongsi berita itu terlalu awal kerana bermacam dugaan boleh timbul pada tempoh itu.

Walau hidup dalam zaman moden, petua orang tua ada sebabnya. "Insan paling gembira mendengar perkhabaran ini tentu saja Akim dan keluarga kedua belah pihak.

Bella juga sudah tahu dia akan dapat adik," katanya yang tidak mengalami alahan teruk. Pada masa sama, penyanyi itu berharap tiada pihak kecil hati andai terpaksa berdepan emosinya yang kurang stabil selain harus menolak beberapa undangan pentas disebabkan isu kesihatan.

"Walaupun alahan tidak teruk, badan saya lemah dan cepat letih. Kadangkala saya cuba menyibukkan diri tetapi kerap juga saya lebih banyak berehat membuatkan ada undangan yang terpaksa saya tolak. "Keadaan emosi juga kurang menentu. Saya cuba mengawal diri.

Syukur suami dan keluarga sangat memahami situasi saya. Kerap juga peminat tanya mengenai berat badan naik atau ternampak perut berisi," katanya kepada BH Online.

Pasangan kelahiran program Akademi Fantasia itu sah bergelar suami isteri dalam satu majlis pernikahan di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Februari lalu. Sebelum mendirikan rumah tangga Stacy mengambil anak angkat, Bella yang kini sudah berusia empat tahun.

Buat Stacy dan Akim, tahniah...semoga dikurniakan anak yang sihat dan comel macam daddy dan mummy nya...yeay tak lama lagi Bella ada adik....

15 comments:

  1. Alhamdulillah, tahniah stacy n akim.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Tahniah buat stacy dan akim..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. tahniah Stacy dan Akim..

    ReplyDelete
  4. Tahniah buat Akim dan Stacy serta Bella juga!

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..tahniah stacy & akim

    ReplyDelete
  6. waweee nak dpt baby dah.. Tahniah Akim and Stacy!

    ReplyDelete
  7. dah nak dapat baby....alhamdulillah

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah.. bkal diserikan dengan kehadiran ahli baru..

    ReplyDelete
  9. eh yeke..alhamdulilahhh tahniah stacy n akim

    ReplyDelete
  10. Wahhhh tahniah stacy...beyya nak jadi kakak dah..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. Tahniah buat keduanya.. ^_^

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah