Thursday, August 18, 2016

Kaedah Menjaga Kulit Di Kalangan Remaja

sumber google

Mempunyai anak remaja perempuan merupakan tanggungjawab yang besar buat seorang ibu. Dah tentu kita sebagai ibu pernah menjadi remaja dan sekarang tugas kita berkongsi pengetahuan dalam penjagaan kulit.Takkan kita nak biarkan kulit muka anak kita menjadi teruk dan tidak terurus kan. Oleh itu menjadi tugas kita memastikan kebersihan harus dititik beratkan oleh anak kita sendiri. Ini untuk memastikan mereka tidak memandang remeh tentang penjagaan diri.

Proses menjaga wajah perlu dilakukan pada peringkat awal usia remaja kerana ia adalah usia terbaik remaja menitik beratkan penjagaan kebersihan wajah. Penjagaan dan pemeliharaan wajah perlu dilakukan selepas mengalami haid pertama kerana pada waktu itu perubahan hormon berlaku
Kurangnya pengetahuan mengenai kepentingan menjaga wajah menyebabkan golongan remaja mengabaikannya. Masing- masing menganggap proses menjaga wajah adalah selepas menamatkan zaman persekolahan.Remaja tidak semestinya berbelanja lebih, mereka hanya perlu mengamalkan teknik penjagaan wajah secara asas iaitu menggunakan pembersih, penyegar dan pelembap.

Penjagaan asas penting dan perlu diamalkan selalu. kerana kulit remaja sangat aktif apabila melakukan aktiviti harian dan sangat terdedah dengan terik panas matahari. Mereka hanya perlu menggunakan produk asas seperti pembersih muka, penyegar (toner) dan pelembap yang mempunyai pelindung matahari (uv protection)

Adalah lebih manis jika mereka dapat bersolek ringkas sekurang – kurangnya menggunakan bedak dan gincu nipis. Dandanan ringkas ini akan menjadikan  remaja lebih bergaya dan dapat meningkatkan keyakinan diri.

KAEDAH MENJAGA KULIT REMAJA

1. Bersihkan muka dua kali sehari dengan air suam dan sabun lembut kemudian keringkan
2. Gunakan pelembap dan penyegar dan pastikan produk mempunyai pelindung sinar matahari
3. Jangan sesekali mencucuk, memicit atau mengorek jerawat. Ini akan menyebabkan keradangannya merebak dan merosakkan tisu halus di bawah kulit
4. Jangan merokok kerana ia akan mengakibatkan kulit menjadi pucat dan berkedut- kedut serta melambatkan keupayaan untuk sembuh
5. Rutin penjagaan adalah 2 kali sehari atau 3 kali sehari ( pagi, petang dan malam), selepas itu pakai pelembap yang tiada minyak dan berasaskan air.
6. Jika mempunyai masalah kulit terus berjumpa dengan pakar dermatologi

PRODUK YANG SESUAI DENGAN REMAJA


Cari atau pastikan produk sesuai dengan jenis kulit anda

1. Pembersih - membersihkan kotoran dan membuang sel kulit mati
2. Penyegar - melengkapkan cucian wajah dan mengecilkan pori kulit
3. Pelembap - Melembapkan wajah
4. Masker - Mencerahkan kulit
5. Krim Jerawat- Mengeringkan dan merawat jerawat dalam masa singkat

JENIS- JENIS KULIT


Kulit Normal 

Kulit jenis ini memiliki kandungan minyak semulajadi. Adakalanya kulit menjadi kering kerana pelbagai factor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran. Pemakanan juga mengundang punca kulit menjadi kering. Adalah disarankan memilih pelembap jenis ringan dalam bentuk losyen.

Kulit Kering


Kulit jenis ini memerlukan pelembap untuk memelihara keanjalannya.Gunakan pelembap yang mempunyai tekstur yang lebih berat seperti krim. Selain itu sapukan juga krim malam sebelum tidur kerana ia berfungsi menanggalkan sel kulit mati supaya wajah kelihatan segar dan lebih berseri.

Semoga perkongsian kaedah menjaga kulit remaja ini dapat membantu anak-anak remaja kita. Kebersihan wajah amat penting di awal usia agar tidak menyesal di kemudian hari sekiranya terlambat didalam membuat tindakkan.

Sharing is caring ye adik2...mulakan dari sekarang agar bebas dari cela..

10 comments:

  1. Melayan kerenah dua anak remaja jugak ni...yg gegirl dengan cara gegirl yang boboy dengan cara boboy...hehe

    ReplyDelete
  2. Anak no 2 tu ada masalah kulit sikit....Kulit dia kering dan macam bercapuk capuk.
    Risau nengoknya.

    ReplyDelete
  3. Info yang bagus. Nanti ai print bagi dak Kakak. Biar dia lagi faham kenapa ai suka bebel bila dia tak kisah tentang muka dia.

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang bagus nih..

    ReplyDelete
  5. dulu iols remaja xnah nak jaga muka
    lantak la..mujur kulit muka skrg ok..awek muda sbb pakai sabun mandi haha

    ReplyDelete
  6. tapi sejak dpt sponsor byk ni kan..haihhh mana boleh x pakai kan kuang3x

    ReplyDelete
  7. Dari remaja mmg dah kena start jaga kulit sbb time ni lah hormon tgh aktif.. Kulit pon cepat berminyak & berjerawat.. Good sharing sis SA..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah