Friday, August 12, 2016

MAKANAN YANG MEMBUATKAN KITA CEPAT MENGANTUK

FAKTA MENJELASKAN CARA PEMAKANAN MEMPENGARUHI TABIAT TIDUR


Benarkah cara pemakanan akan mempengaruhi tabiat tidur?Namun untuk pengetahuan korang walaupun makanan sebagai sumber tenaga ada antaranya yang menjadikan kita letih. Lebih mengejutkan berikut merupakan makanan yang kita tidak sangka mengakibatkan kita mengantuk mengikut kajian Huffingtonpost.com.

PASTA

Ya, Karbohidrat berkhasiat sebagai pembekal tenaga kepada tubuh. Sebaik saja anda memakan sumber makanan karbohidrat ia akan melonjakkan tekanan gula dalam darah. Selas ia hadam kadar insulin dalam tubuh akan jatuh menyebabkan seseorang itu mengantuk atau letih.

ROTI PUTIH

Roti putih juga sumber karbohidrat yang diambil ketika sarapan. Oleh itu jaga- jaga kerana ia buatkan tubuh anda menjadi letih. Ini kerana roti putih sejenis sumber karbohidrat yang diproses. Tidak pula dengan roti bijirin penuh. Gantikan roti putih dengan roti oatmeal selepas ini.

SALAD

Percaya atau tidak salad mampu memberi kesan kepada otak. Ia mengandungi pelali digelar “LACTUCIN” yang sering digunakan ke atas tikus kajian bagi tujuan menenangkan serta mengurangkan kesakitan kepada haiwan.

PISANG

Meskipun kaya dengan kandungan potassium yang membantu menggalakkan fungsi saraf serta kesihatan jantung, pisang juga tinggi dengan kandungan Magnesium. Magnesium adalah sejenis keperluan yang diperlukan dalam badan manusia untuk membantu melancarkan proses tidur.
So…

Kalau korang susah untuk tidur waktu malam…apa kata ambil jenis makanan di atas untuk mempercepatkan proses tidur. Agak membantu kan?

Selamat mencuba


13 comments:

  1. salad pun blh sbbkan ngantuk ye kak... ingatkan menyegarkan... kn sayur2 je

    ReplyDelete
  2. tengah menhgantuk gak ni..makan nasi kt rmah lunch tadi huaaaa

    ReplyDelete
  3. Oh.. patutlah kakak ni SA kalau dpt bantal aje terus lena sampai pagi hihi..
    Semua yg SA list tu kakak suka makan.

    ReplyDelete
  4. Ena makan apapun, memang latih diri jangan tidur lepas makan even mata mengantuk macam mana pun.. Lelama dah tak lut dah sebab dah terbiasa

    ReplyDelete
  5. ye ke salad cepat ngantuk hahahaha
    cepat lapar adalah kuikuikui

    ReplyDelete
  6. tapi pisang mmg serat byok pttlah cepat ngantuk

    ReplyDelete
  7. patut la susah tido..kita jarang makan benda2 tu..hee

    ReplyDelete
  8. Patutlah mengantuk je lepas makan makanan diatas.. gitu rupanya..
    Tq for sharing..

    ReplyDelete
  9. Ok pasni mmg kena makan pisang laaa kot2 leh tdo lena

    ReplyDelete
  10. pisang...
    feveret anak2.
    patut la diorang kalu tido, susah nak kejut :) ha ha...

    ReplyDelete
  11. Suka makan roti & pisang.. Baru tau pisang pon boleh buat ngantuk.. Gugugu~

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah