Wednesday, February 3, 2016

Mukhriz letak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah

Mukhriz  telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta.

Mukhriz berkata beliau dimaklumkan telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah.

"Saya dimaklumkan saya hilang sokongan majoriti oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam," katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman.

Selain meletak jawatan sebagai Menteri Besar, Mukhriz turut melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kedah.



7 comments:

  1. kita doakan moga beliau terus success dalam apa juga bidang yang diceburi..amin..

    ReplyDelete
  2. mmmmm.. sedih dan pilu..
    saya anak kedah

    ReplyDelete
  3. hadoiii..nak kesian kat dsMM ka nak kesian kat orang kedah?..chek pon taktau nak komen cemana dah..minggu depan balik jenguk kaw. sat aihh :D

    ReplyDelete
  4. Insyaallah banyak pintu rezeki yang luas untuk beliau. Insyaallah

    ReplyDelete
  5. Takpalah. Orang dah tak sudi bermenteri besarkan Mukhriz. Kita tengoklah nanti macamana kredibiliti menteri besar yang baru. Lebih baik beri perhatian pada perniagaan sampai terus-terusan maju jaya!

    ReplyDelete
  6. Tak tahu apa nak jadi dengan politik sekarang.huhu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah