Thursday, February 18, 2016

Punca Banglasia Ramai Di Negara Kita

SIKAP MENUNGGU KERJA BUAT RAMAI YANG MENGANGGUR

Hi korang...

Cer tengok komik tu...betul tak apa yang sedang berlaku di negara kita sekarang....Bangla di bawa masuk untuk memenuhi permintaan dalam sektor pekerjaan sebab gaji mereka kecik..so ramai je yang nak amik bekerja..tahap gaji untuk rakyat kita mahal sikit sebab setara dengan kelulusan sebab tu peluang jatuh ke tangan warga asing..dah la datang sini banyak buat hal...


Kerja tak datang bergolek kalau tak usaha kan....sebab tu ramai lagi anak- anak muda di negara kita menganggur...aku bukan kecam sapa tak kerja ye....aku faham..ada yang dah usaha dan of course susah nak dapat kerja...kebanyakkan majikan perlukan pekerja yang dah ada pengalaman banyak...itu priority..yang fresh graduate ni yang payah nak dapat kerja...ikutkan memang kesian kan..tp ini la lumrah dunia pekerjaan..sebab tu they go for pekerja asing.

Memilih kerja pun antara faktor utama kenapa ramai yang susah nak dapat kerja. ebab nak kerja yang sama dengan course yang dia belajar masa kat U...pendapat aku maybe boleh je kerja dulu...tak kisah apa2 bahagian pun asalkan kerja..ada pendapatan dan dalam masa yang sama baru cari peluang lain mengikut kelulusan.

Ini pendapat aku je tau...bukan sebab aku poyo dah ada kerja tetap..cuma nak sampai ke tahap ini usaha memang kena berlipat kali ganda. Percaya tak kalau aku cakap aku pernah kerja kilang, kedai kek, kedai makan, seven eleven dan macam - macam lagi...sampai satu ketika aku jadi PR shopping compleks, kerja dengan oil & gas company dan akhirnya baru la sampai tahap ni..kerja dengan IPP company.Aku pun tak tau apa nasib aku dan masa depan aku...yang aku buat sekarang jaga prestasi, jaga kerja..dalam keadaan negara kita yang sekarang ni...kerja kita ni terlalu berharga...

Aku pun tak setuju isu berkaitan 1.5 juta pendatang asing dibawa masuk bekerja di negara kita. mak oiii....apa nak jadi..sana sini depan belakang tepi semua bangla..dah rasa terasing di bumi sendiri dah..
statement anak TPM tu pun bikin panas je...malas lak aku nak masukkan dalam entry ni...just nak dia diam je...banyak mulut plak...huh...kecik besar kecik besar je aku pandang muka dia tu...

Apa nak jadi la negara kita sekarang ni....

7 comments:

  1. kak saya pun tak setuju..tp kan kak. banyak permintaan dari syarikat. Contoh, syarikat kami. Dapat banyak permintaan dari syarikat luar mahukan guard. Rakyat kita mana nak jadi guard kak. Sanggup tidur ddk rumah makan tanggung. Sebab tu kami apply untuk kemasukan Nepal, bekerja dgn kami. Ini pun kelulusan byk dpt. Tapi, rakyat Nepal belum masuk lagi. Bila kita short staff, client akan potong pula invoice kita. Macama mana tu?

    ReplyDelete
  2. mmg kita sebagai rakyat malaysia tak setuju ramai bangla di bwk msk malaysia... mmg katanya sbb permintaan tp nnti2 malaysia ni dh bkn malaysia punya... skrg indon bkn main ramai... bangla... nepal lah apa lah...

    tp slh satu sbb iye jgk ramai pemuda pemudi memilih sgt keje... konon2 berangan abis belajo je dpt bt keje kt opis ada ekon ngn gaji 3-4k hmmmm

    ReplyDelete
  3. IKON BELIA TU PLAK LEBIH2 ...POYO LA ...

    ReplyDelete
  4. bila org apply keje kena reject sebab course x sama dengan job..tensen gak camtu..lagi2 kalao course satu je kat malaysia ni.. T_T

    ReplyDelete
  5. memang tak dinafikan... banyak jenis tu.. tu yang menteri kita habis pikir tu... cerdik bawa masuk orang asing...

    ReplyDelete
  6. Salam...
    hahahaha negara kita ni kan kaya...patutnya diorang kena naikkan lah tahap basic gaji utk pekerja buruh camni untuk menarik minat graduan kerja buruh..even kerja buruh je, tp risiko keselamatan diorg amatlahhhh berbahaya nye pun..ini bayar murah, ibarat diorang bayar nyawa dgn hanya beberapa ratus sebulan..

    orang asing pulak mmg rajin bekerja dan tak banyak songeh, sanggup kerja dan biar diri dibuli..agak2 dah stress cari pasal buat hal dgn warganegara tempatan...mcm pi mai pi mai tang tu jugak yg kena...org atasan tetap kaya dan tak peduli...hmm~

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah