Tuesday, July 9, 2019

5 Langkah Mudah Untuk Membersihkan Penghawa Dingin Dan Secara Tidak Langsung Dapat Menjimatkan Bill Elektrik Anda

Untuk memiliki sebuah sistem penghawa dingin bukanlah sesuatu yang murah. Harganya boleh mencecah lebih tinggi daripada sebiji telefon bimbit malah mungkin lebih mahal jika dibandingkan dengan barang keperluan atau kelengkapan penting lain dalam rumah kediaman.


Seperti kebanyakan peralatan atau mesin, untuk memastikan penghawa dingin anda berfungsi dengan baik dan cekap dalam tempoh yang lama buat seisi keluarga, sudah pasti tugas-tugas penyelenggaraan terutamanya pencucian perlu dilakukan. Tugas penyelenggaraan tersebut tidaklah rumit, ianya boleh dilakukan dengan mudah secara D.I.Y

Ini bermakna anda tidak perlu melantik mana-mana kontraktor untuk melakukan tugas-tugas mencuci penghawa dingin yang boleh melibatkan kos perbelanjaan lebih RM 100 untuk satu unit. Ini juga bermakna, anda tidak perlu berhadapan dengan kerumitan untuk menjadualkan masa untuk kontraktor datang dan menunggu mereka melakukan kerja pencucian. 



Pastikan penghawa dingin anda sentiasa dalam keadaan bersih dan diselenggarakan secara rutin dapat mengatasi masalah kerosakkan kronik yang memerlukan kos perbelanjaan lebih tinggi apabila rosak. 

Tidak tahu bagaimana mencuci penghawa dingin anda sendiri? Inilah 5 langkah mudah yang perlu dilakukan:



  1. Pastikan sambungan kuasa telah diputuskan sepenuhnya
  2. Keluarkan penapis unit penghawa dingin dan cuci habuk yang melekat pada penapis 
  3. Sembur 3-IN-ONE® PROFESSIONAL AIR CONDITIONER CLEANER pada sirip penyejuk secara menegak dari arah kiri ke kanan. Pastikan semburan menutupi keseluruhan permukaan sirip 
  4. Biarkan agen pembersih menembusi sirip. Tunggu selama 10 minit kemudian pasang semula    penapis unit 
  5. Hidupkan penyaman udara selama sekurang-kurangnya 15 minit untuk memastikan mana-mana kotoran yang melekat keluar melalui hos saliran 

ITU SAHAJA! Kaedah cuci yang tidak memerlukan anda melakukan bilasan. Ini disebabkan oleh 3-IN-ONE® PROFESSIONAL AIR CONDITIONER CLEANER merupakan agen mencuci berasaskan air yang boleh menguraikan gris, kotoran, kulat, dan lain-lain dari gegelung penyejuk penghawa dingin anda.

Penghawa dingin anda akan menjadi lebih cepat sejuk dan secara tidak langsung ia dapat menjimatkan kos penggunaan tenaga elektrik setelah pencucian dilakukan. Ini juga bermakna penghawa dingin anda dapat mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan hasilnya ia membantu mengurangkan impak terhadap persekitaran. 


Apa yang lebih menarik dan terbaik? Anda dapat menikmati udara yang lebih segar dan bersih dari penghawa dingin. 

Hanya 20 minit sahaja perlu diperuntukkan bagi setiap tiga ke Sembilan bulan untuk melakukan pencucian. Segalanya bergantung kepada kekerapan dan cara penggunaan yang dicadangkan oleh pembekal penghawa dingin. Selain itu,  ia juga mengambil kira faktor kebersihan dan kualiti persekitaran 



Jangan tunggu sampai penghawa dingin anda mula menyemburkan udara panas dan tidak berfungsi secara cekap baru anda ingin memulakan langkah D.I.Y yang mudah ini 

Untuk lebih banyak idea dan tip bagaimana untuk mempertingkatkan kualiti penyelenggaraan di kediaman anda dengan produk yang tepat, jangan lupa layari http://wd40.asia. Di samping itu juga, WD-40® turut membariskan produk 3-IN-ONE® untuk tugas-tugas penyelenggaraan lebih berat yang juga sentiasa menjadi pilihan penggiat industri profesional. (Syarikat WD-40 memulakan perniagaan 3-IN-ONE® Oil pada tahun 1995.)


11 comments:

  1. bagus ni...jadi senang la nak bersihkan aircond tu kat rumah

    ReplyDelete
  2. kita tak ada pendingin hawa kat rumah...tapi rumah kakak angkat kita ada...pernah jugak la dengar dia mengeluh pasal aircond tak kena servis sampai rosak...huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Bagus sangat tips SA share ni. Berguna untuk Ruby dan yang lain-lain, yang ada guna aircond.

    Boleh cuba cari WD 40 ni nanti. Bersihkan sendiri.

    Memang payah bila nak deal masa sesuai, kita dengan kontraktor untuk datamg servis aircond.

    Tips SA ni mudah dan cepat. Jimat kos :)

    ReplyDelete
  4. Mmg bagus tips mcm ni, bil letrik skrg pn boleh thn

    ReplyDelete
  5. bagus...bagus...
    air cond kat umah ni pun makin semput je...

    ReplyDelete
  6. nak dengan tak je,bersihkan aircond sendiri kat rumah...kalau nak, save duit..kalau tak nak, sila keluarkan duit dalam wallet tu..hehe

    ReplyDelete
  7. Macam tak berkesan je... Sebab produk nie hanya bersihkan cooling fins... macam mana nak cuci habuk pada rotor blade? Banyak habuk melekat pada rotor blade tu menyebabkan air cond blower tu tersumbat... anywya, nice sharing... teman nak cuba dulu baru boleh komen lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejauh mana keberkesanan kena refer pada client saya..saya hanya menjalankan tugas..so far adik saya dah cuba dan cara ni berkesan. Mungkin lain orang lain pengalaman kan...

      Delete
  8. Macam2 boleh guna dengan produk WD-40 ni kan. Murah dan menjimatkan.

    ReplyDelete
  9. Saya tak ada pun aircond di rumah. Apa-apapun, ini perkongsian yang bagus.

    ReplyDelete
  10. tq sgt info ni...sebenarnya sy dah cuba dan sangat berkesan..sy ada aircond dalam bilik dan bukan guna 24 jam..hanya guna ketika tido itu pun set dlm 3 jam dgn suhu 27-30c mode dry..kadang2 panas sy guna jgk tp tak lama sbb cepat sjuk..tapi selama hmpir 3 thn guna x pernah servis dan mula rasa panas sy terpaksa tkr ke mod cool 25 tp bil memang meningkat..lepas jumpe aircond cleaner ni sy cuci ikot arahan..memang menjadi..skrg sy guna blk suhu 30c mode dry..klu psg 25 cool mmg berasap la gas tu keluar dan cepat sejuk..ini pengalaman sy la sbb sy jrg guna aircond..bg pengunaan yg maksimum atau kerap pasang sy x sure menjadi atau tidak tp x salah mencuba.☺☺

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah