Sunday, June 9, 2013

10 Ilmu Urus Wang Untuk Anak Gadismu

Setiap kali berbicara tentang anak perempuan, pasti terbayang tentang koleksi2 baju gaun dan baju2 yang cantik2..kan?
Meh..nak share tentang ilmu menguruskan kewangan untuk masa depannya...

1. Belajar Dari Kecil - mendidik anak anda menguruskan kewangan sedari kecil,contohnya menabung dari kecil bagi meniingkatkan kemahiran ilmu pengurusan wang ini.

2. Ilmu Asas - Kaitkan kehidupannya dengan aktiviti kewangan anda. Anda boleh bawa dia ke Bank dan mengajar cara2 anda menulis borang ataupun bawa dia ke pasaraya dan ajar cara penggunaan wang.

3. Galakan Tanpa Jemu - anak perempuan selalunya memang jarang menunjukkan minat terhadap kepentingan kewangan,tugas kita hanya memberi galakkan.

4. Budaya Menyimpan - ajar menabung sedari awal dan bukakan buku simpanan khas untuk anak anda agar dia dapat monitor simpanan sendiri.

5.Pelaburan -Ajarkan asa ilmu pasaran saham dan menilai harga saham dan perkara yang mempengaruhi harganya.

6. Kerjaya Masa Depan - harus diajar pilihan kerjaya masa depannya, bincangkan antara kerja makan gaji dan membuka perniagaan sendiri.

7. Berdikari - sebaik anak perempuan anda berkahwin kelak,anda perlu menekankan ilmu berfikir serta cara berdikari secara bijak sebelum mereka berkeluarga

8. Bajet Rumahtangga - jangan malu untuk berkongsi dengan mereka tentang usaha anda dalam merancang kewangan keluarga.berterus terang tentang cabaran kewangan di alam rumahtangga.

9.Membesarkan anak - berterus terang tentang kos membesarkan anak kerana ini adalah realiti kepada si anak tentang kepentingan membuat keputusan.

10. Menjadi Contoh - Kanak2 belajar mengikut contoh dan teladan, mereka memerhati apa yang berlaku di sekitar mereka, mendapat maklumat daripada dunia sekeliling, jadi pimpinlah tangannya mengikut lorong kewangan yang betul


SUMBER : MAJALAH NONA

1 comment:

  1. nice tips.. ank pmpuan mmg kna ajr menabung dari kecik.. tkut dh besar x reti nk jimat.... biasa la.. pmpuan ada mcm2 nafsu... :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah