Monday, November 21, 2016

Al-Fatihah Murid Cemerlang UPSR Meninggal Dunia

KOTA BHARU: Murid cemerlang yang memperoleh 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan minggu lalu, Wan Adibah Farhana, meninggal dunia, pagi tadi.


ALLAHYARHAMAH Wan Adibah Farhani Wan Mazlan, yang menghidap kanser kelenjar menunjukkan keputusan 6A dalam peperiksaan UPSR di Hospital Universiti Sains Malaysia pada 17 November lalu. 

Bapanya, Wan Mazlan Wan Hassan, 50, yang juga Penolong Kanan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja, berkata anaknya menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, jam 4 pagi.

"Sebelum pergi (meninggal dunia) dia tidak menunjukkan apa-apa perubahan... hanya menitiskan air mata kerana menahan kesakitan yang dialami," katanya ketika dihubungi pagi ini.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Besar Pasir Mas pagi ini.

Kisah menyayat hati murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ibrahim 2 itu mendapat perhatian ramai pada hari pengumuman keputusan UPSR pada Khamis lalu.

Dia dimasukkan ke HUSM sejak 4 September lalu apabila mengalami penyusutan berat badan secara mendadak serta hilang selera makan.

Sumber : Berita Harian Online

14 comments:

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah