Friday, November 11, 2016

Amyra, Amar Sah Bergelar Suami Isteri

SELAMAT PENGANTIN BARU AMYRA ROSLI & AMAR BAHARIN



KUALA LUMPUR - Pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin telah selamat diijabkabulkan pada pukul 5.15 petang hanya dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Premiera, di sini sebentar tadi.

Pasangan itu telah dinikahkan oleh bapa Amyra, Rosli Awang dan disaksikan oleh Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ustaz Hazman Hashim.

Dalam majlis pernikahan itu, Amyra menerima mas kahwin sebanyak RM1111 dan lima dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas tujuh dulang.


Amyra atau nama sebenarnya Nur Amyra Izzati, 25, dan Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd. Baharin, 31, disatukan sebagai pasangan suami isteri selepas empat bulan mengikat tali pertunangan pada 22 Julai lalu.

Majlis resepsi pihak perempuan akan berlangsung di lokasi sama esok manakal, majlis resepsi pihak lelaki akan berlangsung pada 19 November depan di Ampang, Kuala Lumpur.

SUMBER KOSMO ONLINE


9 comments:


  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, musik, video, film dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis

    ReplyDelete
  2. muka dorang ni macm seiras jak kan..

    ReplyDelete
  3. gown masa sanding dia pon melehtup

    ReplyDelete
  4. cantik gilaaaaa wedding dress dia. entah berapa riban lah agaknya kan T_T

    macam barbie doll pun ada

    ReplyDelete
  5. Semoga Amar dan Amyra bahagia hingga ke Jannah..

    ReplyDelete
  6. Semoga berkekalan buat pasangan pengantin. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  7. Selamat pengantin lama.. Hehehe.. Alhamdulillah

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah