Saturday, November 19, 2016

Resepi Cendawan Kukur Goreng Berlada

Bila musim hujan kat Pasar Tani ramai yang jual cendawan busut dan cendawan kukur/kulat sisir..harga agak mahal..tapi sebab jarang jumpa so orang x kisah beli kan..last week ada buat resepi biasa mak masakkan...
Jom tengok resepi....


Resepi Cendawan Kukur Goreng Berlada


Bahan-Bahan

  1. 100gram cendawan kukur- rendam sampai kembang
  2. 2 ulas bawang kecil
  3. 3 ulas bawang putih
  4. 2 batang serai
  5. 10 biji Cili api 
  6. Segenggam ikan bilis
  7. 2 sudu sos tiram
Cara memasak

  1. Bahan no 2-6 tumbuk dan tumis sampai garing
  2. Masukkan cendawan
  3. Gaul sampai bahan tumis sebati ngan cendawan
  4. Masukkan sos tiram dan sedikit air
  5. Perasakan garam
  6. Sedia dihidang
Sedap dimakan panas2 dan di gandingkan dengan ikan masin goreng...

Tak sedar bertambah 2 pinggan...

Selamat mencuba...

18 comments:

  1. Hui sedapnya..
    Nk p cari la esk cdawan kukur ni

    ReplyDelete
  2. Sedapnya la..tp susah nk cri cendawan kukur ni

    ReplyDelete
  3. Sedap makan panas panaa masa muaim hujan ni.
    .
    Cuma nak makan cendawan kiena banyak hati hati. Pernah kena food poisonig pasal cendawan

    ReplyDelete
  4. Sedapnya...
    Berbeza ke dengan kulat sisir kalau orang kelantan gelarkan? Yang tumbuh pada batang pokok getah yang dah mati..

    Posting terbaru AM
    Endometriosis - Apa itu Endometriosis


    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap...sama je AM dengan kulat sisir...

      Delete
  5. om join giveaway kek lapis saya. Syaratnya simple je..:) http://nurain-syahirah.blogspot.com/2016/11/giveaway-kek-lapis-sarawak-by-ain.html

    ReplyDelete
  6. arwah nenek dulu suka betul cendawan ni

    ReplyDelete
  7. tak pernah mkn .... lg satu tkt nk mkn sbb tak pernah mkn hehehe
    tp nampak sedap la lauk akak tu ... rasanya mcm cendawan tiram ke ??

    ReplyDelete
  8. sekarang musim ujan kak..memang senag lah nak dapat cendawan nih..goreng pedas memang terangkat..

    ReplyDelete
  9. Waaaa dapnyer..nnt akk masakkan utk kita ya hehehe

    ReplyDelete
  10. cendawan kukur tu macam mana? kena google le lepas ni hehehe
    selalu masak cendawan tiram kelabu je

    ReplyDelete
  11. tak pernah mkn kak .. ramai review sedap tak tak pandai sy nk memasak ny e

    ReplyDelete
  12. Nani selalu jugak buat masak berlada macam ni. Sedap!

    ReplyDelete
  13. Hye kak. Sy Mariam. Sy share resepi akk Ni Kat ig&fb Sy : ctymaze. Jgn marsh tau. Sy letak kredit resepi nama akak. Don't worry. 😊

    ReplyDelete
  14. Sedapnye.. Tapi selalu makan cendawan goreng dan cendawan buat sayur je... Huhu. Nanti boleh try resepi ni.. TQ

    ReplyDelete
  15. Memang sedap ni.. Makan dengan nasi panas.. Perghhhh bestnya

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah