Tuesday, November 1, 2016

Hidupkan Suasana Romantis Dengan Enchanteur Paris

Terokai rahsia kulit cantik dan pesona diri yang memukau dengan ENCHANTEUR PARIS

ENCHANTEUR adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan badan berasaskan wangian berkualiti, mengikut peredaran masa yang berinspirasikan keunggulan haruman Perancis.
Wangian ENCHANTEUR direka dengan unik untuk menghidupkan detik - detik romantis harian di setiap perjalanan percintaan menakjubkan seseorang wanita.

Teringat iklan- iklan Enchanteur Paris di tv, semuanya memang sangat- sangat romantis especially iklan Sazzy Falak dan suaminya....ikutkan dulu aku tak berapa suka dengan bauan Enchanteur ni...tapi selepas terima product untuk review nyata tanggapan aku selama ini terhadap product Enchanteur Paris adalah salah sama  sekali. Wangian pada product ini telah membuatkan aku jatuh hati....




Deodoran Wangian Anti-Peluh : RM8.70 - 50ml
Belle Amour|Mon Amie|Adore


Lotion Wangian : RM7.50 - 100ML (tiub)
Mon Amie : Double Moisture
Belle Amour : Triple Whitening
Mon Amie : Light & Fresh
Adore : Antibacterial Care


Semburan Pewangi Deodoran : RM10.10 - 100ml
Belle Amour | Mon Amie| Adore


Lotion Wangian : RM16.95 - 300ML (botol picit)
Mon Amie : Double Moisture
Belle Amour : Triple Whitening
Mon Amie : Light & Fresh
Adore : Antibacterial Care


ENCHANTEUR PARIS Mon Amie

Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Mon Amie diinspirasikan dari keceriaan saat -saat indah persahabatan. Wangian yang menceriakan hari anda ini paling sesuai untuk bersantai dengan kawan - kawan. Wangian Mon Amie yang ringan dan menyegarkan diadun indah untuk memadankan ia dengan Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie. ENCHANTEUR PARIS Mon Amie turut menawarkan Serum Wangian Lembapan Berganda (Double Moisture Parfum Serum), diperkaya dengan Ultra Hyaluronic & Minyak Zaitun, kombinasi yang sesuai untuk memberikan manfaat hidrasi kulit serta merta yang intensif dan sepanjang hari di samping berbau harum dengan wangian ceria Mon Amie. Serlahkan lagi wangian ceria dan memikat tersebut dengan rangkaian Deodoran Wangian Anti - Peluh Mencerah & Menyegar (Whitening & Refreshing Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie atau Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie untuk memastikan kesegaran sepanjang hari.

ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 

Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Belle Amour menggambarkan bibit cinta dan putik asmara yang berkembang mekar. Ia adalah wangian untuk menjadikan anda yang paling si dia sayang. Pencerahan kulit kini lebih indah dengan Losyen Wangian Pencerah ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 3 kali ganda pencerahan (Triple Whitening Parfum Lotion) yang memberikan manfaat pencerahan kulit dengan segera dan berseri untuk jangka masa panjang, dari 3 agen pencerahan - ekstrak Likoris, ekstrak Sakura dan Vitamin B3. Mempertingkatkan pencerahan tona kulit bawah lengan anda dengan Deodoran Wangian Anti Peluh Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour dan kekalkan haruman menusuk kalbu yang berpanjangan dengan Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour. 

ENCHANTEUR PARIS Adore 

Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Adore adalah kombinasi wangian bunga - bungaan dan buah - buahan yang membangkitkan keajaiban nostalgia indah berkekalan setiap hari dengan wangian yang kekal berpanjangan.

Dalam mengecapi keyakinan, memiliki kulit yang sihat yang merupakan benteng pertahanan pertama kita dari kuman, sinar UV dan pencemaran adalah perkara utama yang amat penting.

Losyen Wangian Badan ENCHANTEUR PARIS dengan Perlindungan Anti Bakteria (Antibacterial Care Parfum Lotion) memastikan kulit sentiasa dilindungi daripada pelbagai bakteria merbahaya sambil menjadikan kulit kekal wangi dengan wangian Adore yang tidak dapat dilupakan.

Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyenangkan (Whitening & Soothing Parfum Anti-perspirant Deododrant) ENCHANTEUR PARIS Adore pula seterusnya memelihara bawah lengan dengnan memberikan kelegaan melindungi kulit dan terasa segar.

Manakala Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Adore pula memberikan semerbak haruman memukau yang menyegarkan.



Rangkaian Serum dan Losyen ENCHANTEUR PARIS boleh didapati didalam bentuk tiub 85ml dan 100ml yang mudah dibawa bersama ketika menikmati aktiviti luar untuk melindungi kulit di samping mengekalkan penampilan yang mempesona dan sentiasa berbau harum dengan wangian memukau.

Rangkaian produk jenis tiub dijual dengan harga RM 7.90 / RM 7.50 (85ml / 100 ml) manakala bagi jenis botol ia dijual pada harga RM18.00 / RM16.95 (275ml / 300ml).

Deodoran Wangian Anti - Peluh ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM8.70 untuk 50ml sebotol. Semburan Pewangi Deodoran ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM10.10 untuk 100ml sebotol. Rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS ini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya / pasar raya besar dan farmasi.

Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR sila layari www.ENCHANTEUR.com.my atau lawati laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY

10 comments:

  1. iols dulu kecik2 suka pakai mak punya hehe
    mmg suka baunya yg wangi tuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  2. Nak try deodoran anti peluh tuh. SB lama ni guna rexona..tukar angin

    ReplyDelete
  3. zaman sekolah je dulu pernah guna enchanteur :)

    ReplyDelete
  4. peminat Enchanteur pink dari dulu :D suka body lotion dia

    ReplyDelete
  5. Suka dia punya Semburan pewangi deodorant.. Harum semerbak..

    ReplyDelete
  6. Yang ni lagi wangi. Sesuai jugak untuk hadiah kepada kawan ni..

    ReplyDelete
  7. Wangi ni... ^^ Suka semua dari perfume, lotion..

    ReplyDelete
  8. Harum semerbak bau dia.. Hehehe

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah