Monday, November 28, 2016

Cinta Saja Tak Cukup....

Pesanan buat yang belum kahwin.. 

kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu..

Sumber google

Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2 hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang.
Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time & live happily ever after.

Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH drp kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kpd dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?
Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan.

Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?
Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?

Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak & mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak & makan sahaja di luar?

Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar & lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil..

Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu rumahtangga itu tidak mudah!

Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain2, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.

Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar quote 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan & disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.

Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata... "cinta saja tak cukup"..
Moga Allah mudahkan perjalanan kami seterusnya...Amin..

#jangantanyabilaakunakkawen

17 comments:

  1. Deep sangat.
    Mereka yang belum berkahwin take this advice seriusly

    ReplyDelete
  2. Patutlah jodoh tak sampai sampai lagi, banyak lagi yang nak kena lengkapkan sebelum bernikah. Hehehe :)

    ReplyDelete
  3. Benar apa yg dicatat di entri ini
    Cinta aje tak cukup..

    ReplyDelete
  4. yang dah kawen pun kena selalu mempertahankan rumahtangga sebab banyak sangat bisikan jahat..

    ReplyDelete
  5. Betul...rumahtangga ni macam madrasah..tempat suami isteri belajar jatuh bangun bersama..

    ReplyDelete
  6. setuju sgt kak...
    sbb tu nk kawin kene ada mcm2 syarat, kene pi kursus kawin, biar betul2 sedia...
    cinta je tak ckp... dh lama knl tak ckp, nk halalkan yg haram jgk tak ckp...

    tp bdk2 zmn skrg nih lbh nmpk seronok dr tanggungjwb yg patut di bt setelah bergelar suami isteri

    ReplyDelete
  7. Between LOVE and TRUST... I choose TRUST 1st before LOVE... Boleh gitew??

    ReplyDelete
  8. note untuk masa hadapan.. nice entry

    ReplyDelete
  9. setuju .... yang paling penting saling bertoleransi dan rasa tanggungjawab pd pasangan masing2 kena ada..inshaaAllah menjamin kebahagian

    ReplyDelete
  10. Dunia perkahwinan ni kena banyak bertolak ansur dan bersabar. Beruntunglah kepada pasangan yg dapat menangani asam garam perkahwinan...

    Setakat cinta saja tak mampu nak meneguhkan sesuatu perkahwinan tu. Kewangan perlu kukuh jugak

    ReplyDelete
  11. Setuju sangat-sangat..
    Cinta je tak cukup menjamin perkahwinan..
    Banyak yang perlu diusahakan bersama..
    Tolak ansur, kepercayaan dan juga kerjasama..
    Rezeki perlu diusaha barulah ia datang..

    ReplyDelete
  12. Betul tu kak.Bila kawin banyak tnggungjawab yg kita kena tanggung.Maruah suami lagi kena jaga.Banyak sgt tau peritnya daripada manis.Tp itulah asam garam rumah tangga.Nak share kat FB yer kak..

    ReplyDelete
  13. Betul tu, bukan senang nak bina sebuah perkahwinan.. Tanggungjawab besar tu..

    ReplyDelete
  14. Dengar le nasihat wahai orang yang nak berkahwin.. Saya dah kahwin.. Hadap ajelah dugaannya

    ReplyDelete
  15. nice sharing kak. boleh sha share tak?

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah