Tuesday, November 22, 2016

6 SALAH FAHAM TERHADAP PARACETAMOL


Apakah perbezaan panadol yang dijual dalam pelbagai bentuk? Ada panadol actifast, ada panadol mestrual dan sebagainya.

Jom kita berkongsi pengetahuan tentang Panadol dan kegunaanya yang sentiassa menjadi salah faham kepada pengguna...

PANADOL dibuat oleh syarikat farmaseutikal GSK mempunyai beberapa bentuk.

🔻 PANADOL REGULAR mengandungi Paracetamol 500mg yang boleh diambil oleh orang dewasa setiap 4-6 jam, sama ada sebiji atau dua biji setiap kali pengambilan.

🔻 PANADOL EXTEND mengandungi Paracetamol 665mg, dan boleh bertahan sehingga 8 jam. Oleh itu diambil sebiji setiap 8 jam.

🔻 PANADOL EXTRA mengandungi 500mg paracetamol dan 65mg cafeine, untuk sakit yang lebih kuat dan tidak menyebabkan ketidak selesaan perut.

🔻 PANADOL ACTIFAST mengandungi Paracetamol 500mg   dan 173mg Sodiumuntuk tindakan yang 2 kali ganda lebih cepat. Oleh kerana mengandungi Sodium, pesakit darah tinggi dan jantung yang dinasihatkan untuk mengambil sodium yang rendah dalam pemakanan agar berhati-hati.

🔻 PANADOL MENSTRUAL mengandungi paracetamool 500mg dan Pamabrom 25mg. Pamabrom bertujuan untuk mengurangkan kembung perut ketika haid.

🔻 PANADOL SOLUBLE mengandungi paracetamol 500mg dan sodium 427mg, Ia mudah larut dalam air. Kandungan sodium dalam ubat ini agak tinggi,  pesakit darah tinggi dan jantung yang dinasihatkan untuk mengambil sodium yang rendah dalam pemakanan agar berhati-hati.

Oleh kerana PANADOL dijual dalam pelbagai bentuk penyediaan, pesakit harus berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi, walaupun ia boleh dibeli tanpa preskripsi.

"Saya tidak bertujuan menggalakkan atau menghalang  penggunaannya tetapi menasihati agar menggunakannya secara berhati-hati"
*Dr Zubaidi b Hj Ahmad*

Aku jarang amik panadol...kalau senggugut ke..sakit kepala biasa ke..aku rela tahan dari makan ubat...tapi kalau dah migrain teruk...sampai panadol pun tak leh lawan sakit..terpaksa la aku makan pain killer yang mana tetap merbahaya kalau diambil tanpa peraturan....

Semoga ilmu diatas berguna untuk kita dimasa akan datang.....

18 comments:

  1. Terima kasih atas penjelasan. Memang tak tahu benda ni. Patutlah panadol soluble tu masin. Banyak sodium rupanya

    ReplyDelete
  2. paracetamol berlebihan dari dos yg disarankan boleh rosakkan hati. dan paracetamol jugak la selalu org overdose kalau stress / suicidal attempt. T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  3. Kakak baru telan pil similar dgn panadol ini SA sebab klinik yg bagi
    Nama dia paracil - paracetamol (500mg). Tak tahan sakit/pening tu yg kakak telan.

    Bagus info ini

    ReplyDelete
  4. dah lebih dr 5 bln x amik panadol ... dmm ari tu minum madu lemon panas je .... doa2 bagi cepat sembuh ....

    ReplyDelete
  5. akak telan jugak panadol kalau kepala dah berdenyut2...dunia terasa berpusing2..

    ReplyDelete
  6. Time sakit dan deman je AM mengambil panadol nie..
    Amat jarang sekali nak telan..

    Posting terbaru AM
    6 makanan penyebab sakit sendi


    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  7. waa good info kak.

    yang paling ringan yang 500mg lah kan sebab tu ibu mengandung dan dalam pantang pun boleh makan

    ReplyDelete
  8. Saya pun jarang ..time x tahan sgt br ambil.. good sharing

    ReplyDelete
  9. Mmg jarang sangatlah ambik Panadol. Tapi bila sesekali ambik Panadol mmg legalah jadiknya

    ReplyDelete
  10. baru ku tahu :)thans sharing

    ReplyDelete
  11. Wahhh byk jenis panadol rupanya.. Selalu mummy amik sebiji dua je kalau sakit yg teramat sgt. Bila ok terus stop..

    ReplyDelete
  12. kite pun jarang ambik panadol kalau sakit..rela tahan sakit dari makan ubat..hihi

    ReplyDelete
  13. Aida seboleh2nya elak panadol.
    Da sakot sgt baru telan.

    ReplyDelete
  14. nice sharing tapi saya kurang amik panadol sebab tak nak ajar badan makan panadol. huhu

    ReplyDelete
  15. Bermacam jenis panadol.. Kalau demam telan aje panadol.. Tak pernah nak ambil tahu isi kandungannya

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah