Wednesday, November 9, 2016

Drama Adaptasi Novel 7 Hari Mencintaiku Karya Siti Rosmizah



Drama terbaru adaptasi novel 7 Hari Mencintaiku 

karya tulisan Siti Rosmizah bakal mengisi slot Akasia TV3. Mengandingkan Shukri Yahaya dan Siti Saleha sebagai pelakon utama. Drama bersiri 28 episod tersebut mendapat sentuhan sutradara terkenal, Jamal Khan dibawah penerbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd. Nantikan tayangannya bermula 7 November 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis pukl 6.58 petang di TV3.

JUDUL : 7 HARI MENCINTAIKU
EPISOD : 28 Episod
TARIKH TAYANGAN : 7 November 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : PGRs Team, Rozie Rashid, Ainaa Hanez
KARYA ASAL : Siti Rosmizah Semail
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Siti Saleha, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifly, Ungku Hariz, Bil Azali, Zulkifli Ismail, Zila Bakarin, Zarynn Min, Anne Abdullah, Idris Md Diah, Lia Natalia, Liza Abdullah, Rosnah Johari, Aman Graseka, Shaharuddin Thamby, Ariff, Mak Wan Latah, Fikhree Bakar, Faye Kusairi, Megat, Jaja Iliyes DFKL, Ira Ghani,

WATAK PELAKON
Shukri Yahaya sebagai Khuzairi
Siti Saleha sebagai Mia Adriana
Wan Sharmila sebagai Sofi
Syazwan Zulkifly sebagai Helmi
Ungku Hariz sebagai Khalil
Bil Azali sebagai Di
Ariff sebagai Buntat
Zulkifli Ismail sebagai Datuk Megat Idrus
Shaharuddin Thamby sebagai Dato Johari
Zila Bakarin sebagai Datin Hayati
Zarynn Min sebagai Nurul Ain
Anne Abdullah sebagai Mak Andak
Idris Md Diah sebagai Pak Andak
Lia Natalia sebagai Zurita
Liza abdullah sebagai Mak leha
Rosnah Johari sebagai Roziah
Fikhree Bakar sebagai Dr. Zaidi
Faye Kusairi sebagai Syakilla
Megat sebagau Jali
Jaja Iliyes sebagai Nadia
Ira Ghani sebagai Datin Maria 


SINOPSIS 7 HARI MENCINTAIKU
Sejak kecil, Mia menganggap dirinya lebih bagus daripada orang lain dan enggan bergaul dengan orang yang tidak setaraf dengannya. Mia seorang yang angkuh dan ego. Apabila dia terpaksa berkahwin dengan Khuzairi yang berasal dari kampung, keegoan Mia telah mencetuskan krisis rumah tangga sehingga hati Khuzairi sudah tertutup buat wanita yang dia amat sayangi itu. Jika hanya diberikan 7 hari untuk menyelamatkan krisis rumah tangga itu, mampukah Mia membuka hati Khuzairi yang sudah dilukainya berkali-kali?

Memaparkan kisah Khuzairi (Shukri Yahaya) yang menikahi Mia (Siti Saleha) dalam keadaan terpaksa apabila tunangnya, Khalil (Ungku Hariz) menghilangkan diri pada hari pernikahan. Mia amat sayang dan percayakan Khalil.

Tanpa usul periksa dan berbincang dengan ayahnya Datuk Megat Idrus (Zulkifli Ismail), Mia telah menggunakan wang syarikat sebanyak RM23 juta untuk membantu syarikat Datuk Johari (Shaharuddin Thamby), iaitu ayah kepada Khalil yang sedang dibelenggui masalah kewangan. Mia yakin bahawa Khalil akan memulangkan wang tersebut.

Pada hari pernikahannya, penantian Mia hanya menjadi sia-sia kerana rombongan Khalil bersama keluarganya tidak kunjung tiba. Rupa-rupanya, Datuk Johari yang licik telah memujuk anak lelakinya itu agar pergi ke Paris untuk berkahwin dengan perempuan pilihannya. Khalil sanggup mengkhianati Mia untuk menyelamatkan syarikat ayahnya.

Suasana bertambah huru-hara lagi apabila Datuk Megat Idrus diserang sakit jantung. Untuk menyelamatkan maruah Mia, Datuk Megat Idrus membuat permintaan agar Khuzairi berkahwin dengan Mia. Bermulalah kehidupan baharu Mia bersama Khuzairi di kampung. Mia tidak senang dengan kehidupan di kampung kerana dia menganggap tempat itu tidak sepadan dengan statusnya. Malahan, Mia juga melakukan pelbagai perkara supaya diceraikan oleh Khuzairi.

Khuzairi seorang yang penyabar dan mencuba sedaya upaya untuk memikat hati Mia. Sayangnya cinta seorang suami tidak mampu menandingi ego isterinya itu. Hubungan mereka selalu pasang surut sehinggalah pada suatu hari, Mia sanggup bertindak untuk meninggalkan suami dan anak kecilnya. Khuzairi terkilan dengan kedegilan Mia yang enggan menyusukan anaknya itu walaupun telah dipujuk.

Tiadanya Khuzairi di sisinya, barulah Mia sedar bahawa sebenarnya dia juga menyayangi Khuzairi. Mia akui dengan kesilapannya dahulu dan memohon maaf dengan Khuzairi. Mia juga merayu agar diberikan peluang kedua untuk membuktikan cintanya kepada Khuzairi dan anak mereka dalam tempoh tujuh hari.

Namun, cukupkah masa selama 7 hari itu untuk Mia cuba meraih kembali cinta Khuzairi?

Aku dah baca dah novel ni..dan dah tau kesudahan jalan cerita..novel ni mmg best sgt..so korang yg tengok cerita ni better hayati betul2 sebab jalan cerita adalah sama sebijik sejibon dlm novel...

11 comments:

  1. Alaaa kenapa masa slot Akasia? Terpaksa tengok online lah nampaknya. Suka novel nie, best!

    ReplyDelete
  2. Takzabaaaar nak tengok sampai habis :D

    ReplyDelete
  3. rasa macam pernah baca novel ni.

    tapi kalau Shukri yahya dengan Siti saleha berlakon mesti best, suka lakonan dorang

    ReplyDelete
  4. Tula, tengok aritu kejap kat rumah mak macam best. Tapi stay ampang tak boleh tengok TV.. jarang nak layan akasia ni tapi macam menarik pulak. Erghhh !

    ReplyDelete
  5. Tengok kejap-kejap camtu.. nampak macam best juga sebab banyak konflik berlaku dalam drama ni..

    ReplyDelete
  6. Heee.. Tengok gak.. Sebab dah tersuka lakonan shukri yahaya tu..

    ReplyDelete
  7. PAtutnya pukul 7 tak boleh ade drama. Rushing kot. Nak solat lagi

    Terpaksalah tengok tonton

    ReplyDelete
  8. Tak sempat nak tengok.. Time nie busy sikit.. hehehe

    ReplyDelete
  9. Hehehe.. Memang tak tengok tv.. Tak sempat.

    ReplyDelete
  10. hampir semua novel siti rosmizah ana ada. Kebanyakkan nye tebal2. tp jalan cerita best. kalau sedih, sedih sungguh. boleh menangis di buatnya.

    ReplyDelete
  11. masa first tayang taktengok sbb takdak tv, ulangan baru tengok haha kesian

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah