Tuesday, November 22, 2016

Ayam kg masak lemak Cili Api style NS

Hi korang..sebenarnya kan..dh banyak kali dh aku share Masak Lemak Cili Api NS ni..ni memang menu wajib kalau balik kampung..aku prefer guna ayam kampung instead of ayam saging biasa..sebabnya? Sebab daging ayam kampung manis kan...hehehe...ini pure ayam kampung eh..tangkap dan sembelih...buang bulu sendiri..gigih tau semata-mata nak makan ayam kampung..kat pasar harga RM22 sekilo..mahal kan? Kat kampung ko tangkap je...settle la sembelih.. x cukup seekor tangkap lagi seekor..ye la..ayam kampung kan kecik ....



Bahan-bahan

Ayam kg seekor potong 12
Cili api segenggam tumbuk dengan kunyit hidup
Santan sebiji kelapa
Serai 4 batang
Ubi kentang 2 biji potong 4

Cara2
Masukkan ayam + cili api dengan kunyit hidup + serai dalam kuali gaulkan + masak dengan api sederhana sampai air dari ayam td kering.
Kemudian masukkan santan dan sedikit air sekiranya santan td pekat sgt.
Masukkan kentang
Kacau selalu agar tidak bertahi minyak
Biarkan menggelegak dan kentang empuk
Perasakan garam
Biar kuah agak pekat dan kering
Padam api..
Siap!!

Selamat mencuba...

20 comments:

  1. ni makan pulak dengan sambal belacan, hmmmm tak cukup nasik sepinggan..huhu. psst, ciknaa follow blog ni ye.. salam kenal :)

    ReplyDelete
  2. asal dtg sini laparrrr hahaha...

    ReplyDelete
  3. mahalnya. T_T

    kalau jual yang dah siap masak pun mahal

    NS style kompem pedas ni. nak nak lawan dengan sambal belachan. wajib letak kicap. kalau ada telur masin pun sedap, yummy

    ReplyDelete
  4. o0o org nogori masak gulai tak letak bawang ek ... baru tau nk try la le nanti MIL ajar letak bawang .....

    ReplyDelete
  5. mang ai, ayam masak lomak cili api ni mmg kegemaran family den, ayam kampong pulak tu ai, sodap ei teghaso ke tokak..

    ReplyDelete
  6. nampak sedap ja tapi sy tak makan ayam kampung hehhe

    ReplyDelete
  7. sedanya masak lemak cili api.. heehe
    and sy dah follow sini :)

    ReplyDelete
  8. Ni lauk favourite kami sekeluarga. Boleh bertambah2 nasi!

    ReplyDelete
  9. Masak lemak Negeri Sembilan mmg simple sangat ye SA...tak payah nak kopek bawang! Senang sikit keje kita kat dapur

    ReplyDelete
  10. ayam kampung..perghhhh mmg terbaik

    ReplyDelete
  11. mengancam tengok ayam kampung masak lemak cili api tu..yummy

    ReplyDelete
  12. Sedap.
    Ada 1 kedai kay labu.
    Jual pelbagai masak lemak. Bagi org luar bleh la try situ ekk...

    ReplyDelete
  13. sy suka mkn kat gulai omak den kat nilai tu .... dah jatuh cinta dgn masakan nogori dah

    ReplyDelete
  14. Sedapnya kak, terliur pulak tengok gulai lemak ayam kampung tu

    ReplyDelete
  15. mesti pedas kan? favourite ni.. hihi

    ReplyDelete
  16. Orang negeri masak lomak cili api memang pure... Perghhhh terbaik

    ReplyDelete
  17. sha suka masak lemak ayam tapi takmakan ayam kampung

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah