Thursday, November 10, 2016

Resepi Ikan Selar Goreng Kicap Suriaamanda

Hi korang..
Alahai kecoh lebih jer SA korang ni kan...hahaha..resepi ikan goreng kicap pun nak share kat blog...eh...blog aku bukan mak- mak jer tau yang baca...anak- anak yang tengah belajar tu pun baca tau...ada jer akwan2 anak aku yang skodeng blog ni...tak dinafikan ada gak student yang baca dan buntu tak tau nak masak apa..haaaa...kat sini la cari resepinya..dah la resepi mudah campak2 jer....gerenti anak- anak pandai masak punya la...


Resepi Ikan Selar Goreng Kicap

Bahan- bahan

  1. 2 ekor ikan selar - bersihkan dan garam kunyitkan macam biasa
  2. 2 ulas bawang putih - hiris*
  3. 2 ulas bawang kecil - hiris*
  4. 1 biji bawang besar - hiris bulat*
  5. 3/4 capsicum merah - hiris memanjang
  6. Kacang peas (ye ke?) - 5-6 biji
  7. 3/4 batang celery - hiris
  8. Halia - hiris halus*
  9. cili api- hiris/ ketuk ikut suka*
  10. 2 sudu sos tiram*
  11. Kicap
  12. sedikit air

Cara- cara masak

  1. Ikan di goreng garing
  2. tumis bahan bertanda *
  3. masukkan bahan no 5- 7
  4. masukkan kicap
  5. masukkan air..
  6. biarkan seketika kemudian masukkan ikan
  7. gaul sampai sebati
  8. tutup api dan dah siap..
  9. sedia dihidang makan dengan  nasi panas2


Senang kan?

Style aku kalau buat masak kicap memang letak sos tiram..kalau rajin lagi aku hiris2 tomato jugak...bagi rasa masam2 manis skit...so anak- anak..kalau tak tau atau buntu x reti nak masak apa...belajar buat ikan goreng kicap ni...sedap pun sedap...beli ikan yang sederhana besar..sedap dan boleh share makan dengan kawan2...

Selamat Mencuba...

13 comments:

  1. sy suka klu cili api byuk2 pastu kering2 sikit ....

    ReplyDelete
  2. Kalau kakak dapat makan kacang, bawang dan cili dia pun dah suka ni SA

    ReplyDelete
  3. Nyam nyam..lauk sebeginilah yang mudah buka selera..

    ReplyDelete
  4. wow... sedapnya... terus lapar sis:)

    ReplyDelete
  5. iols suka letak cili hijau ngan merah byok2..makan rs kicap2 pedas2 yummm haha

    ReplyDelete
  6. Bukan je budak2... saya pun bleh rujuk heheh.. Ok gak ni :D

    ReplyDelete
  7. aku kalau ikan selar ni memang tak sempat nak goreng kicap, bedal cam tu je

    ReplyDelete
  8. Pergh!! Simple tapi membuka selera nie sis..

    ReplyDelete
  9. Tambah lada hitam sikit.. Sedap dam wangi.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah