Thursday, May 26, 2016

Lelaki Mandul Boleh Mengubah Takdirnya...


Dunia perubatan Kita Sekarang memang canggih..pelbagai kepakaran ada dalam dunia perubatan Sekarang..contohnya kejayaan Pembedahan teknik Spermatid memberi sinar Baru kepada pasangan yang telah berkahwin 6 tahun. Mereka berjaya mendapatkan zuriat melalui teknik tersebut.

Apa itu Spermatid?
Spermatid adalah sperma Pra matang. Spermatid diambil menerusi Pembedahan kecil di testis boleh disenyawakan dengan di sunrik ke dalam ovum pasangannya untuk menghasilkan embrio menerusi proses Suntikan Intra-saitoplasmik Sperma (ICSI)

Menerusi teknik perubatan moden,sperma Masih boleh dicari menerusi Pembedahan kecil ke atas testis. Terdapat Lelaki yang mempunyai sperma pramatang dan tidak dapat disenyawakan secara semulajadi kerana tidak mempunyai untuk bergerak
Menerusi teknik berikut kansungan akan dipantau sehingga lahir secara normal atau Pembedahan bagi membuktikan bayi sihat.

Dalam kes ini PrakashRao Sinniah menjadi Lelaki pertama di rantau Asia Pasifik mendapat zuriat menerusi teknik berkenaan...

Kepada kaum Lelaki yang mempunyai masalah Mandul, boleh mengunjungi Pusat Reproduktif Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia unruk mendapatkan khidmat atau penerangan tentang teknik Spermatid. Tak Salah kalau mencuba kan..

Love,
Suria Amanda


3 comments:

  1. wow...canggihnya..tapi kalau dengan izinNYA insyallah

    ReplyDelete
  2. macam2 kaedah ada sekarang.. apapun semuanya atas izin Nya..

    ReplyDelete
  3. Macam macam cara ada sekarang ini..
    mampu dengan tidak je..
    Usaha dan hasilnya pasti dengan izin Allah..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah