Thursday, October 6, 2016

Resepi Masak Lemak Cili Api Keli Salai

Hi korang...

Hari ni seperti aku janjikan aku nak sahare resepi Masak Lemak Cili Api Ikan Keli Salai....but ini version aku la..version orang Kuala Pilah masak...area lain aku tak tau la sama ke tak caranya ye...bukan apa NS kan ada banyak Daerah...


Bahan - bahan


  1.  8 ekor ikan keli yang dah disalai - dipotong 2 sahaja
  2. Kunyit Hidup sebesar ibu jari- ditumbuk
  3. 30 biji cili padi - ditumbuk
  4. Santan dari sebiji kelapa
  5. Pucuk Ubi
  6. Asam sekping - sekeping
Cara - Cara masak

  1. Didihkan santan yang dah dicampur dengan kunyit dan cili yang ditumbuk
  2. kacau selalu untuk elakkan dari bertahi minyak..
  3. masukkan ikan keli
  4. biarkan mendidih
  5. masukkan asam keping
  6. masukkan pucuk ubi ( celur dahulu dan dibuang airnya)
  7. perasakan garam
  8. Siap !!
Tak perlu masak lama  sangat sebab ikan keli dah salai tadi kan...so memang dah siap masak dah isi ikan tu..nak lagi sedap salai ikan keli tu dengan sabut kelapa sahaja, tak perlu guna arang..hasilnya ikan lagi wangi...bau salai dia buat selera nak makan time2 tu jugak...

Selamat mencuba ye korang....

18 comments:

  1. keli salai pun dah sedap, ini kan pulak masak lemak kannn lapooo

    ReplyDelete
  2. Perghhh sedapnya masak lomak cili padi ikan keli salai... Terliur dah ni :D

    ReplyDelete
  3. resepi ibunda yang sedap tak tertanding ni SA :)

    ReplyDelete
  4. Kalau dapat keli liar dari sungai,
    masak macam gini lagi sedap.

    ReplyDelete
  5. penah makan masak lemak cili api ikan keli salai ni..sedap...

    ReplyDelete
  6. Sedap!! Siqah suka makan ikan keli salai masak lemak nie tapi makan di luar jela. Tak reti masak ikan keli.

    ReplyDelete
  7. ikan keli saya suka, masak salai saya suka masak lemak cili api lagiiii saya suka! Arghhhh lapar balik jadinya :D

    ReplyDelete
  8. Wah! Sedap ni.. Cara masak pon simple.. Cuma part nak menyalai tu belum pernah buat lg.. Hehe..

    ReplyDelete
  9. Jarang jarang makan yang ikan keli salai lemak gini selalu buat goreng berlada. Dekat rumah ni pun Nani je yang makan keli orang lain tak sangat.

    ReplyDelete
  10. Sedapnya ikan keli salai masak lemak. Nani selalu buat goreng berlada lagipun Nani je yang makannya. Haha. Orang lain kurang sikit ikan keli ni

    ReplyDelete
  11. Keli salai nampak menyelerakan ^^

    ReplyDelete
  12. boleh save resepi ni, boleh diguna dimasa hadapan muehehe

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah