Monday, October 10, 2016

Filem Mamat Khalid ROCK BRO Di Pawagam 27 Oktober

Hi korang...

Aku dulu x suka nak layan citer arahan Mamat Khalid ni...tapi sejak aku tengok citer Hantu Kak Limah Balik Rumah, Zombi Kampung Pisang, aku rasa best sebenarnya karya Mamat Khalid ni..ada mesej tersembunyi yang cuba disampaikan..sampai la citer Rock, Rock Ooo aku tengok...cuma yang faham penyampaian Mamat Khalid jer yang boleh enjoy tengok citer dia..

So...27 Oktober nanti...rockers semua...lu tunggu tayangan filem yang dikatakan yang terakhir versi rock arahan Mamat Khalid...for sure aku nak pi tengok...


Sinopsis Rock Bro 


Filem Rock Bro! merupakan penamat bagi franchise filem Rock yang bermula pada tahun 2005 dan diteruskan dengan Rock Oo; Rimba Bara Kembali pada tahun 2013. Rock Bro! merupakan filem terakhir versi Rock yang dihasilkan Mamat Khalid.

Walaupun Zul Kapan beralih arah dan menyertai kumpulan rap, 4URU, ini tidak mematahkan semangat Rimba Bara yang masih gigih meneruskan perjuangan mereka di dalam industri muzik yang penuh dengan permainan politik. Sementara itu, Jijoe pula telah jatuh cinta dengan Ratu Rock Ella ketika terserempak di studio rakaman. Jijoe yang terlalu sayangkan Ella sanggup meninggalkan kehidupan rockernya dan menjadi kontraktor sebagai bukti dia betul-betul sayangkan Ella.

Pelakon yang terlibat dalam movie ini adalah Khir Rahman, Azmi Baharon [Azmi Black], Pekin Ibrahim dan Soffi Jikan. Ingatkan Ella turut serta dalam filem ini tetapi watak Ella dijayakan oleh seorang pelakon baru bernama Amy Juliet. Ada iras-iras Ella gamaknya.

Sebuah filem arahan Mamat Khalid di terajui Khir Rahman serta penampilan bersama Soffi Jikan, Pekin Ibrahim dan Azmi Bahron. Nantikan penampilan khas bintang-bintang rock ternama seperti Dato’ Hattan, Man Kidal dan Black Wings. Terbaik!

Cerita Asal / Skrip : Mamat Khalid
Pelakon : Soffi Jikan, Pekin Ibrahim, Khir Rahman, Amy Juliet, Azmi Bahron, Kamarool Hj Yusof, Dato' Hattan, Man Kidal dan Black Wings.
Tarikh Tayangan : 27 Oktober 2016

Credit info : DISINI

8 comments:

  1. Oo, citer ni la yang shuben cerita semalam.. Hahah! Ingatkan citer apela.. ^_^"

    ReplyDelete
  2. Time boring2 best juga layan filem mamat khalid ni ...

    ReplyDelete
  3. Layan filem pawagam nampak gayanya ni nanti..hihii

    ReplyDelete
  4. mesti lawak habis citer ni kan.. teringak filem rock 1 dulu..yg ada que haidar.. hehe

    ReplyDelete
  5. kalau ada time free...nak terjah wayang gak hehehe

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah