Monday, October 10, 2016

NIVEA: KEJAR KERJA APPRENTICESHIP PROGRAM

POTENSI ANDA CITA-CITA KAMI 

Setiap  gadis  adalah  berbeza,  namun  di  dalam  sifat  semula  jadi  mereka  yang  ayu  dan  pemalu, terdapat  juga  semangat  yang  membara  untuk  mengecapi  impian  mereka  dan  inilah  antara karakter-karakter  unik  yang  akan  menentukan  siapakah  mereka  pada  masa  hadapan.  Cuba bayangkan,  jika  kekuatan  dalaman  ini  dipadankan  dengan  peluang  yang  cerah,  bukankah  ia akan melahirkan wanita yang berpendidikan serta berkemahiran untuk negara kita?

NIVEA  KejarKerja  Apprenticeship  Program merupakan  usahasama  antara FORWARD  dan NIVEA bagi  menyediakan  platform  dan  memberikan  peluang  kepada  para  gadis  ini  untuk mencari  dan meningkatkan  kemahiran  dan  personaliti  diri  mereka  serta  meraih  kerjaya  dalam pelbagai  industri kreatif  di  Malaysia.  Projek  ini  juga  diperkukuhkan  dengan WOMEN:girls yang akan  membantu  kita untuk menyasarkan kumpulan pelatih khusus bagi tujuan perlaksanaan projek ini. 
 

Antara  ciri  terbaik  di  dalam  projek  ini  adalah  penglibatan  para  perantis  secara  lansung bermula daripada   hari   perekrutan   sehingga   hari   mereka   berjaya   mencapai   matlamat   utama   selain daripada  memperolehi  inspirasi  dan  memperkasakan  diri  mereka  melalui NIVEA dan FORWARD. NIVEA  KejarKerja  Apprenticeship Program telah membuka  ruang yang  terbaik kepada para  gadis untuk menonjolkan bakat serta menonjolkan potensi penuh mereka


Melalui  penglibatan  mereka  dengan NIVEA  KejarKerja  Apprenticeship  Program, mereka dipupuk serta diberikan motivasi untuk mencapai kecemerlangan pada tahap yang lebih tinggi agar dapat memperbaiki  diri  walaupun  mendapat  kurang  sokongan  daripada  keluarga  dan  kawan-kawan serta segelintiran pemikiran masyarakat yang stereotaip.

NIVEA KejarKerja Apprenticeship Program menyasarkan gadis seawall usia 18 tahun yang tinggal di Projek  Perumahan  Rakyat  (PPR)  di  sekitar  Lembah  Klang  dan  Selangor.  Projek  ini menyediakan laluan  yang  lebih  baik  untuk  mereka  ceburi  dalam  bidang  industri  kreatif  yang digemari,  pada masa  yang  sama, project ini akan  membantu  merapatkan jurang  kemahiran  kritikal serta bakat  di Malaysia.  Gadis-gadis  ini  akan  dibimbing  oleh  individu-individu  terkenal  seperti Chef  Adu  dari The Canteen, Boryeong  Mud  Facial  Spa  @  Nu  Sentral,  Baba  Can  Cook dari Limapulo, Project  B,  Souka Bakes,  serta  penasihat  kecantikan  terbaik NIVEA. Program ini  turut dibimbing  oleh  nama-nama terkemuka  seperti Christopher  Ling dan Firdaus Nisha, yang  masing-masing  mempunyai  kekuatan dalam  bidang  mereka  sendiri  agar  dapat menjadi  sebahagian daripada  sumbangan  terhadap kejayaan ini. 










Berlian  tidak  muncul  di  depan  mata,  tapi  perlu  di  cari.  Atas  sebab  itulah, NIVEA KejarKerja Apprenticeship  Program telah  distrukturkan  untuk  mencari  para  perantis  yang berpotensi dengan teliti  dan  cermat  melalui  kaedah  kaji  selidik,  serta  pencarian  di  kawasan  sasaran sebelum proses pengambilan,  orientasi  dan  perantis  dijalankan.  Kerjasama  antara NIVEA  dan FORWARD telah menyasarkan sehingga 350 orang gadis di lebih daripada lima lokasi untuk fasa pertama perekrutan selama   tempoh   sepuluh   hari.   Fasa   orientasi   akan   melibatkan   perantis   yang   telah   disenarai pendekkan  dan  mereka  akan  dilatih  dengan  asas-asas  kerja  oleh pembimbing pilihan  mereka  di kem latihan bagi program ini.   

Hanya  yang  terbaik  di  antara  kalangan  perantis akan  meneruskan  ke  fasa  Apprenticeship  yang seterusnya setelah berjaya melepasi sesi temuduga bersama mentor mereka. Pada 26th September 2016,  tujuh  perantis  yang  berjaya  akan  di perkenalkan  di  dalam  majlis  bersama  media  iaitu “Apprentice     Announcement     Ceremony”     bagi     mengumumkan     kejayaan     mereka     untuk mendaftarkan  diri  dalam  program  perantis ini. NIVEA  KejarKerja  Apprenticeship Program meliputi penilaian mingguan oleh mentor dengan proses dokumentasi melalui video perjalanan mereka dan testimony  daripada  mentor  mereka.  Setiap perantis  akan  diberikan  elaun RM250  setiap minggu sepanjang  tempoh  perantis.  Pada  minggu terakhir NIVEA  KejarKerja Apprenticeship Program, perantis  yang  berjaya  akan  disalurkan kepada  tawaran  kerja bersesuaian,  serta memulakan peluang pekerjaan mereka dalam organisasi berikut.


5 comments:

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah