Friday, October 7, 2016

Lelaki..Mahu Tapi Malu...

Tips untuk si gadis mendampingi lelaki pemalu

Gambar dari google

Kelihatan naif, kurang bercakap dan mudah gugup apabila bertemu dengan orang yang tidak dikenali terutama wanita...eh zaman serba canggih ni wujud ke lelaki begini...macam kurang percaya plak kan...tiga watak sinonim dengan lelaki pemalu yang sangat jarang ditemui tetapi wujud di dalam masyarakat kita. Kebanyakkan lelaki pemalu juga mempunyai masalah komunikasi dan paling ketara enggan bertentang mata ketika bertutur kerana kurangnya keyakinan diri

So jom baca tips berikut untuk si gadis yang ingin mendampingi lelaki pemalu :

1. Mulakan Perkenalan
Memandangkan lelaki pemalu kurang bercakap, tidak salah sekiranya si gadis memulakan perbualan.B eranikan diri untuk meluahkan daripada si jejaka tidak tahu anda menyukainya. Mencuba lagi baik daripada membiarkam si dia terlepas ke tangan orang lain..

2. Gunakan Cara Non Verbal
Jika tidak berani meluahkan perasaan secara berdepan. Cuba suarakan melalui kiriman pesanan Whatsaap atau applikasi laman social lain.Dengan cara itu perasaan anda tidak akan terpendam begitu sahaja. Lelaki pemalu juga akan kagum dengan keberanian anda dan yakin anda benar-benar menyukainya.

3. Borak Topik Umum
Cari keserasian dengan mengajak lelaki pemalu ini berbicara mengenai topik umum. Topik ini biasanya adalah berkenaan hobi satu sama lain, lagu mahupun filem terkini atau yang berkait rapat dengan isu semasa. Apabila dia sudah galak bercerita barulah anda masuk ke topik yang lebih serius.

4. Berbual Dengan Santai
Ajak si pemalu berbual secara santai seperti anda bercerita dengan rakan kerja anda sendiri.Jangan cuba kuasai perbualan dengan memandang tepat pada matanya kerana kuatir akan membuatkan dia rasa tidak selesa. Nada suara dan jarak anda dengan dia juga perlu diambil kira bagi mewujudkan keserasian antara anda berdua.

5. Jangan Cepat Putus Asa
Lelaki pemalu biasanya berkelakuan seperti itu pada permulaan sahaja. Apabila dia sudah merasa selesa berbual dnegan anda, easa malu itu pasti berkurangan.
Malah jangan terkejut kalau lelaki pemalu ini bertukar menjadi kawan malah lebih rapat dengan anda. Dari sini lah bermulanya bibit cinta dari seorang teman menjadi kekasih..

Jadi banyakkan bersabar dan jangan mudah putus asa..
Selamat mencuba...semoga berjaya..

11 comments:

  1. klo dua2 pemalu cmne lak ea..haha

    ReplyDelete
  2. Hee. Sesuai digunakan kepada wanita pemalu juga :D

    ReplyDelete
  3. Rasanya tips tu berkesan sebab Mia dulu pun pemalu ... hehe

    ReplyDelete
  4. lelaki pemalu?..hhrrmmm..SB tak tau nak komen apa ni, SA..

    ReplyDelete
  5. hee~ suami kakak kategori lelaki pendiam.. nak kata pemalu tu tak a.. tapi beliau jarang mulakan conversation.. jenuh gak a kita pulun idea nak borak dengan dia..

    ReplyDelete
  6. pakwe ai buat camni la masa nak ngorat ai dulu.. ehh..hahahaha

    ReplyDelete
  7. Ada je jenis lelaki pemalu ni.. Diorang ni kalau depan2 mmg x bercakap banyak.. Tapi kalau sms/whatsapp okay je sembang.. Hehe! Base on pengalaman zaman belajar dulu.. Hehehe..

    ReplyDelete
  8. Comel je kalau lelaki jenis malu ni..

    ReplyDelete
  9. Sayalah lelaki pemalu itu.

    ReplyDelete
  10. macam bf sha, sha yang mulakan dulu haha

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah