Thursday, December 4, 2014

'Awak Kat Mana' bawa padah



KUALA LUMPUR, (MLP) - Unsur humor dalam lagu 'Awak Kat Mana' dendangan Taufik Batisah bertukar menjadi igauan ngeri buat seorang isteri apabila dibelasah suaminya hanya kerana melontarkan pertanyaan seperti mana tajuk lagu tersebut.

Bukan hanya itu, wanita itu juga hampir dibunuh suaminya, selepas ditumbuk dan diterajang di rumah mereka di sebuah pangsapuri di Batu 4, Jalan Klang Lama.

Insiden itu dikatakan berlaku sejurus mangsa bertanyakan ke mana suaminya pergi sebelum membawa kepada pertengkaran mulut.

Suami mangsa kemudian memukul dan menumbuk muka mangsa. Suspek kemudian mengambil pisau pemotong daging dan pisau Rambo bertujuan membunuh mangsa.

Bagaimanapun mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan lari masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu bilik. Mangsa dilaporkan terpaksa bersembunyi selama beberapa jam di dalam bilik sebelum menghubungi jiran dan pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan.

Suspek berjaya diberkas polis bersama dua bilah pisau yang dipercayai digunakan suspek untuk mencederakan isterinya.

Foto:twinpossible

25 comments:

  1. serius? kejam & barannya suami tu.. haishhhh takut dgr

    ReplyDelete
  2. apa nak jadi dah manusia sekarang..bunuh membunuh macam dah jadi perkara biasa

    ReplyDelete
  3. aik..isteri tanya kat mana pon sampai nak sepak terajang..melampau betul lelaki macam ni..

    ReplyDelete
  4. aduhai dh kenapa suaminye tu.. hurmm.. mcm2 hal...

    ReplyDelete
  5. aduhai dh kenapa suaminye tu.. hurmm.. mcm2 hal...

    ReplyDelete
  6. uih menakutkan plak along...mcm2 hal plak kan....dah sampai tahap bunuh2 tu takut tuh...

    ReplyDelete
  7. uih menakutkan plak along...mcm2 hal plak kan....dah sampai tahap bunuh2 tu takut tuh...

    ReplyDelete
  8. scarynya...mujur dia sempat selamatkan diri...

    ReplyDelete
  9. adoi dhsytnya.....smpi nk bunuh..tktnye

    ReplyDelete
  10. AllahhuAkbar!...

    dah hilang akal ke apa suami tu? :(

    ReplyDelete
  11. kenapa pulak suaminya tu.. hilang pertimbangan ke?

    Mama Niza

    ReplyDelete
  12. uishh..siap main pisau ni sangat bahaya..hilang pertimbangan betul suaminya tu..

    ReplyDelete
  13. entah ngape lahh .. aku dok bayangkan mcm mana la si isteri tu wat repot polis.

    ReplyDelete
  14. Hee...takutnya.
    Nasib naik boleh loloskan diri ke dalam bilik.
    Kalau x sempat, dah arwah.
    Bagilah hukuman setimpal kat laki tu!

    ReplyDelete
  15. Masya allah. Tu la zaman sekarang ni. Suami pun tak leh percaya.

    ReplyDelete
  16. Salam, hmm..benda ni maybe sbb 2 perkara
    i. cara isteri bertanye tu yg kurang ajar dan menyakitkan hati (tanye bertubi2)
    ii. lelaki mmg buat something yg salah di luar pengetahuan isteri, so kena tanye sekali je dah panas hati

    Macam2! bahaya betul sekarang ni :(

    ReplyDelete
  17. Alahai...kuat iman dalam diri..huhu..seram pula dah..

    ReplyDelete
  18. Tak pernah dgr kes ni. Selamat berjaya minta tlg. Org skrg byk jd mcm ni sbb stress dgn keadaan sekeliling. Kena pandai manage stress dan org sekeliling pun kena main peranan

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah