Saturday, December 20, 2014

Resepi Siakap Stim Dengan Jus Limau

Teruja tgok diorang share kat FB..aku pun x kira nak share kat sini gak..sebab aku bab masak lauk memang suka...suka try and error....sedap x sedap belakanga kira janji cuba kan...well dalam peti ais ada balance ikan siakap ..beli besar sekor potong 4....sedang elok la kalau nak buat siakap stim ni...


siakap stim dengan jus limau
sumber : nooryussoff.blogspot

Bahan - bahan :
1 ekor ikan siakap - saya potong setengah sebab besar sangat ..tak muat.
1 labu bawang besar
4 labu bawang merah
1 ulas bawang putih
seinci halia
2 biji asam boi - ambil sedikit airnya
2-3 camca sos ikan
2 camca sos tiram
sedikit garam ---agak agak
sedikit gula .
cili padi 
1 biji limau nipis- perah dan ambil airnya
1/2 sudu teh tepung jagung.

Cara - cara :
bawang merah dan bawang putih di blend halus. Masukan dalam mangkok dan campurkan dengan sos tiram, halia sos ikan ,gula cili padi ,air limau dan akhir sedikit tepung. agak setengah sudu kecil. 
Campurkan larutan sehingga sebati . Akhir masukan asam boi .
Panaskan kukusan , tuangkan larutan kedalam bekas yang hendak di kukus. Kukus sehingga air itu mendidih dan sedikit pekat.. Masukan ikan dan kukus sehingga ikan masak. Tutupkan api taburkan daun ketumbar dan hidang.


Jom buat korang...nanti dah menjadi boleh share gambar...x sama macam kat atas tu pun x per kot...janji kita masak dan cuba...hehehe....

Sumber FB...

11 comments:

  1. saya dok buat selama ni tak letak tepung jagung. nak kena try letak la pasni. hehehe

    ReplyDelete
  2. Guna byk bwg besar dan bawang merah dah tentu sedap...

    ReplyDelete
  3. favourite ni..memang sedap masak stim..kena makan panas² baru sedap!

    ReplyDelete
  4. Aduh...telan aik liur lagi lah nie..hihi

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah