Friday, December 12, 2014

Bekas Kekasih Hanez Suraya Akhirnya Bercerai Dengan Liyana Manan


Sumber Utusan

KL, 10 DIS 2014: Bekas teman lelaki pelakon Hanez Suraya, Romie Razin Adilha Abd Jais akhirnya menceraikan isterinya, Nur Liyana Manan dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah semalam.

Ahli perniagaan itu melafazkan cerai pada pukul 10.50 pagi ini di hadapan Hakim Syarie, Azmi Aziz se­telah kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai secara baik dengan persetujuan tiada sebarang tuntutan mutaah daripada Nur Liyana.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pihak bersetuju Romie, 34, perlu membayar nafkah idah sebanyak RM5,000 sebulan kepada Nur Liyana, 29, selama tiga bulan dan bayaran itu akan dibuat pada akhir tempoh idah wanita tersebut.

Nur Liyana memfailkan permohonan lafaz cerai secara talak mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 setelah menarik balik tuntutan cerai secara fasakh terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Klang pada 14 April lalu.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 25 November 2005 telah dikurniakan dua anak lelaki.


Suriaamanda

> Innalillahiwainnailaihirajiun...semoga mereka tabah...



12 comments:

  1. tabahla duhai hati.. ada hikmah tu apa yang terjadi. Allah nak melindungi atau menggantikan dengan yang lebih baik..

    ReplyDelete
  2. Xptt lelaki tu. Dah kaya curang lak. Prmpuan skrg da kawin, mg kne jaga je sntiasa pnampilan. Laki ni pantang nk yg hot je.

    ReplyDelete
  3. Innalillah..smg isterinya tabah menjalani hidup pd masa dpn.

    ReplyDelete
  4. 5k tuuu... fuh... gilak ah... uhuk uhuk...

    ReplyDelete
  5. Salam...alahaaiii~~~ kenapa hati aku yg terasa mcm disiat2 ni... :'( igtkan kes diorg dah habis, dan laki dia dah boleh berbaik dgn isteri, tp end up mcm ni rupanya..semoga tabah buat isteri dan anak2nya.. :(

    ReplyDelete
  6. ingatkan ada pengakhiran yang baik..semoga tabah hadapi dugaan

    ReplyDelete
  7. takdir diorang..semoga tabah menghadapi..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah