Monday, December 15, 2014

Resepi Calamari Butter

Lama dah kat blog ni x share bab makan2 dan bab resepi...nah aku share resepi yang adik ipar aku ag kat FB...korang cuba la...sebab aku dah cuba...memang sodap...cuma masa cuba ari tu aku lupa nak amik gambar...hahahahah.....jangan marah aaa.....



CALAMARI BUTTER

Bahan-bahan:

Seekor sotong besar, potong dan toskan. Perap dengan garam, kunyit dan serbuk kari sedikit.
2 biji kuning telor. Kacau dan masukkan sedikit garam dan lada sulah.
1/2 cawan susu segar
2 sudu besar mentega
1 tangkai daun kari
5 biji cili api dipotong.
Garam dan gula.

Cara:

Mula-mula sediakan telornya. Panaskan minyak (lebih sikit). Masukkan telor yang sudah dikacau tadi perlahan-lahan. Pada masa yang sama sebelah tangan lagi mengacaunya secara bulatan menggunakan copstik. Masukkan hingga habis dan kacau tanpa henti hingga warnanya jadi sedikit kuning keperangan. Angkat, tapiskan dan simpan dalam bekas tertutup. Siap. Dalam minyak yang sama (kalau banyak, keluarkan sedikit) goreng sotong tadi. Lebih kurang 2-3 minit sahaja. Jika lama, sotong akan jadi liat. Angkat dan toskan. Panaskan mentega dalam kuali bersih dan masukkan sedikit minyak untuk elakkan mentega hangus. Dah cair masukkan daun kari dan cili padi. Kacau sebentar. Masukkan susu segar, kacau hingga berbuih-buih. Masukkan sotong dan kacau rata. Masukkan gula sedikit dan masukkan telor goreng tadi...kacau cepat-cepat dan tutup api.

Siap.

Selamat Mencuba...

SUMBER > FB Adik Ipar...

13 comments:

  1. vavavava..sedapnyeee...boleh try nie..;)

    ReplyDelete
  2. Salam, aduh kak sedapnye...pos jb sini sikit, haha

    ReplyDelete
  3. tengok pun tau sedap...erm..nak cuba la..saya selalu jugak beli sotong..tapi asyik buat sambal je..ekekek..

    ReplyDelete
  4. ohhh..
    baru tau gitu caranya nak buat telor tu bersarang sarang gituuuuuuu!!

    ReplyDelete
  5. owhhhh sedapnya
    boleh cuba
    dan semestinya boleh cuba ngan udang kan!

    ReplyDelete
  6. Bukak entry ni time dekat lunch hour memang menambah keroncong perutku ini.. ;)

    ReplyDelete
  7. pernah buat udang goreng butter lebih kurang caranya..memang sedap sangat!

    ReplyDelete
  8. tengok gambar pun dah teringin..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah