Friday, March 6, 2015

Kelas Bahso Nismilan- Exam Percubaan...

Dah lamo SA x dtg mengajar...sibuk bona ghaso eh...throwback pembelajaran kito yang lopeh...SA bg soklan percubaan exam yo...

Soalan Percubaan

Subjek: Bahaso Nogoghi Tinggi
Koteh 2
Kod EP20130909IT

1- Apakah makna "montodaghah"?

( )Menderma darah
( ) Berlari dengan laju
( ) Makan dengan pelahab
( ) Mentera si dara

2- "Den dah kobaan tompi memasing bega". Dalam konteks apakah ayat ini boleh digunakan?

( ) Ayah yang menyuruh anak-anaknya mengulangkaji pelajar
( ) Seorang majikan memarahi pekerjanya
( ) Guru menasihati anak muridnya
( ) Jurulatih bolasepak memberi kata semangat kepada pemainnya

3- Apakah maksud paling tepat untuk "tolanjang"?

( ) Budak yang telanjang
( ) Seseorang yang di terajang
( ) Lelaki mata keranjang
( ) Meyuruh budak lelaki menelan sesuatu

4- "kecemeneh" bermaksud

( ) Penyakit kencing manis
( ) Buah nenas yang kecil
( ) Hal yang remeh temeh
( ) Kecederaan yang serius


6- "ekau kek sinun tu duk ontok-ontok". Ontok- ontok dalam ayat tersebut membawa maksud

( ) Baik-baik
( ) lawa-lawa
( ) hebat-hebat
( ) malu-malu

7- "kang kek ghumah uwan kek senanti tu kang ekau duk ontok-ontok yo". Apa makna ontok-ontok di dalam konteks ayat ini?

( ) hati-hati
( ) beradap
( ) berdoa
( ) diam

8- Apakah maksud bagi perkataan "koghopai"

( ) Bag
( ) Bakul
( ) Mangkuk
( ) Talam

9- Apakah maksud ayat ini; " "pok kek kau la jang"
( ) Saya sudah putus asa
( ) Bagikan kek itu kepada Ujang
( ) Terpulang pada anda
( ) Mereka bertepok menyokong ujang

10- "goliden" bermaksud

( ) Sejenis jenama cat
( ) saya berasa kelakar
( ) Ini guli saya
( ) sejenis pisau pemotong

11- Di bawah adalah nama tempat di Negeri Sembilan kecuali

( ) kolopirlah
( ) gomeh
( ) ghombau
( ) simpang ompek

12- "senia" bermaksud

( ) di sini
( ) senja
( ) senang hati
( ) hampir

13- Apakah maksud "celait"?

( ) Ubat pening
( ) Plug electrik
( ) lampu suluh
( ) celak

14- "dogheh la ekau ni". Apakah maksud dogheh dalam ayat tersebut

( ) cepat lah sedikit
( ) awak sangat cantik
( ) awak seorang yang.
( ) awak berjalan deras sangat

15- "Banyak kojo ni ha! Nak kupeh noneh mo ni ha. Kontang tu ha tak bokupeh laie". Apakah maksud yang paling tepat yang menerangkan situasi di dalam ayat ini?

( ) mencari rumah orang bernama bokupeh dan noneh
( ) Perbualan di pasar malam
( ) Perbincangan di dalam ladang kentang
( ) Perbualan di dapur sebuah majlis kenduri

16- Apakah maksud "tak koso den doh"

( ) Saya tidak berkuasa dalam hal itu
( ) Saya tidak mahu buat pekerjaan itu
( ) Saya mahu gosok perabut itu
( ) Dia bukan seorang yang hodoh

17- maksud "nonggok" ada lah

( ) ulat gonggok
( ) tunggul kayu
( ) buah memorial
( ) kayu cengal
( ) tiada satu pun di atas

18- makna "bolun" adalah

( ) belon
( ) balun
( ) bilik
( ) belum

19- "jom poie bogholek". Apa kah maksud bogholek dalam ayat ini?

( ) kenduri kahwin
( ) bergolek
( ) majlis makan malam (dinner)
( ) bermain

20 - "jobo lah ekau ni". Apakah maksud perasaan jobo

( ) tinggi
( ) kacak
( ) hebat
( ) perasan

21. "tak senegheh" bermaksud

( ) tidak senonoh
( ) tidak betul
( ) tidak cantik
( ) tidak mahal

22. Apakah maksud perkataan "ghoman"

( ) romen
( ) romantik
( ) rupa
( ) taman

23. "Den nak poie memburan jap". Maksud ayat

( ) dia mahu ke kelas
( ) dia mahu ke kedai
( ) dia mahu solat sekejap
( ) dia mahu ke tandas

24. Apakah maksud perkataan "ghemah"

( ) nasi yang bertaburan di luar pinggan
( ) khemah yang dipasang di majlis perkahwinan
( ) air yang tumpah di sekeliling teko
( ) bekas lebihan minyak masak

25. "Mongolintin"
Cuba isi di tempat yg betul

( ) Saya........kesejukkan bila terjatuh dlm kubang kerbau.
( ) Saya.........kebingungan bila ditipu dek oghang kampung.
( ) Saya........kepanasan bila dijemur tengah panas selama 2 jam.
( ) Saya........kesedihan bila kucing jantan saya mati.

 26. "Moncolinap poi e"
Apakah pengertian moncolinap di sini

( ) Teramat lambat
( ) Teramat lembab
( ) Teramat laju
( ) Teramat kaku


Jangan banyak bunyik yo...x masuk kelas takdo makno SA lupo student SA...

Ni jawab soklan tu...ado 26 soklan yo....

Sorang yang boto semuo eh....dapek Notebook....bukan laptop doh....

Buku Nota....

Jawab kek ruangan komen...bemakno ado 26 jwpn... ado ompek jwpn popandai la ekau lotak ABCD...

Contoh : No 1 : A

Tarikh tutup : Rabu 11 Mac...

11 comments:

  1. bagus ni kak..siap ada soalan lagi..wana nak kena banyak belajar lagi bahso nismilan nih.. ^_^

    ReplyDelete
  2. Hehe...sue cuba ye kak ;)

    1. C
    2. C
    3. A
    4. A
    5. –
    6. A
    7. D
    8. A
    9. C
    10. B
    11. D
    12. A
    13. C
    14. A
    15. D
    16. B
    17. E
    18. D
    19. A
    20. D
    21. A
    22. C
    23. D
    24. A
    25. C
    26. A

    ReplyDelete
  3. Banyak nye oii...pakai phone meh susah nak jawab..hahahaha

    ReplyDelete
  4. cuba jugak la..
    1.c
    2.c
    3.a
    4.c
    6.a
    7.b
    8.a
    9.c
    10.b
    11.d
    12.a
    13.c
    14.a
    15.d
    16.b
    17.e
    18.d
    19.a
    20.d
    21.a
    22.c
    23.d
    24.a
    25.c
    26.c.


    no 5 takde ek SA..dah jawab sebaik mungkin..hehehe

    ReplyDelete
  5. susahnya SA!!! unik betul bahse nismilan ni kan...

    ReplyDelete
  6. Ala macam susah je ni..kena berguru kat husband dulu ni nanti baru jawab..hihi

    ReplyDelete
  7. alaa..dah terlepas nak jawab..

    ReplyDelete
  8. Klau sey jawab mesti top student kang.. Jobo lak ghaso eh kang.. Hahha

    ReplyDelete
  9. Banyak juga yang saya tahu jawapannya. 5 tahun duk noghori dulu, hehehe

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah