Tuesday, March 3, 2015

Robert Kuok kekal individu terkaya Malaysia


Meskipun kekayaan kian terjejas akibat penurunan harga minyak dan ringgit, Tan Sri Robert Kuok dan beberapa hartawan perniagaan tempatan mengekalkan kedudukan masing-masing dalam senarai individu terkaya di Malaysia.

Berdasarkan senarai kelolaan Forbes, Tan Sri Robert Kuok, 91, yang menjalankan perniagaan termasuk minyak sawit, gula, hartanah dan perhotelan terus mengungguli kedudukan teratas selama 10 tahun berturut-turut.

Kekayaan ahli perniagaan itu susut sebanyak AS$200 juta kepada AS$11.3 bilion namun Kuok Group masih menguasai beberapa syarikat yang tersenarai di Hong Kong, Malaysia serta Singapura.

Berikut adalah senarai penuh dari Forbes:


Nilai kekayaan taikun telekomunikasi, Ananda Krishnan turut susut sebanyak AS$1.6 bilion kepada AS$9.7 bilion. Sebahagiannya disebabkan kejatuhan saham Bumi Armada yang juga syarikat perkhidmatan telaga minyak luar pesisir.

Berganjak satu tangga ke tempat ketiga adalah Tan Sri Quek Leng Chan biarpun kekayaannya susut sebanyak AS$800 juta dalam tempoh setahun kepada AS$5.6 bilion.

Beliau yang memiliki Hong Leong Co, turut terlibat dalam pelaburan sektor minyak dan gas (O&G), pegangan dalam firma Samudra Energy (Indonesia), syarikat Scomi Energy Services (Malaysia), Alam Maritim Resources dan firma Ezion (Singapura).

Kredit gambar: wanista

SUMBER

15 comments:

  1. kaya kaya kaya
    biler lah pulak turn kita nie nak masuk senarai

    ReplyDelete
  2. nama2 yg sama.. xdak pencabar baru ke.. haha..

    ReplyDelete
  3. Bila kita nak kaya mcm diaorg tu..:)

    ReplyDelete
  4. Bila la nama kita berdua nak dok dalam senari tu ye??hahahh

    ReplyDelete
  5. Jumlah yang susut tu pun, kita tak boleh nak challenge! hahaha

    ReplyDelete
  6. Terselit sorang je melayu...cabaran bg org melayu utk terus maju..

    ReplyDelete
  7. Harap org melayu islam dapat bangkit dan terus maju..

    ReplyDelete
  8. semua org cina konker....mmg hebat

    ReplyDelete
  9. Melayunya sorang ja. Banyaknya cina lagi

    ReplyDelete
  10. memang leh kekallah kekayann gituuuu, fuhhh3, huhuuuuu

    ReplyDelete
  11. teringin nak kaya gak..hhee, kaya budi bahasa, dan lelain lg, wink ^__^

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah