Tuesday, May 12, 2015

Pakej Aktiviti Candat Sotong

Candat Sotong

Trip Bot 1 May lalu adalah paling top permintaan. Saya sampai tak menang tangan nak uruskan permintaan luarjangkaan. Alhamdulillah rezeki mereka dengan hasil candat yang memberangsangkan!



Ramai peminat #candatsotong tidak lepaskan peluang pada hari cuti umum tersebut untuk beriadah bersama keluarga dan juga sahabat. Mereka kebanyakannya telah merancang trip sebegitu sejak awal sebulan sebelum trip .


Ini adalah pengalaman mencandat sotong, saya  menguruskan tempahan Bot. Tempahan awal lagi memudahkan urusan.

Jika anda bercadang untuk tempah pakej di masa akan datang boleh berhubung terus melalui 
no tel/wharsapp saya : 0174009726 (Nazlee)

Serba sedikit info Tentatif Program aktiviti mencandat :

Semua Peserta dikehendaki berkumpul dijeti selepas waktu asar kebiasaannya pada pukul 5 petang.
Bertolak ke destinasi candat.

Apabila sampai ke destinasi, peserta boleh lah mula bercandat dan memancing.
Peserta juga boleh memasak hasil tangkapan yang segar di atas bot.

Kebiasaannya peserta pulang sebelum subuh tetapi terpulang kepada peserta candat.
Peralatan candat disediakan tetapi perlu dikembalikan apabila selesai candat (Peserta candat digalakkan membawa peralatan candat sendiri).

Chalet (persalinan/simpanbarang) jika diperlukan.

Kemudahan :

Dapur Perkakasan memasak
Jaket keselamatan dan Sistem GPS
Lampu Spot Light
Tandas
Tekong yang berpengalaman
Bekas Air Batu dan Air Mineral Percuma.

Pakej Mencandat Sotong Kuala Terengganu

(sila berhubung dengan saya untuk keterangan lanjut)





Tarikh mencandat : Sila buat tempahan bot

Bot Muatan : 8 pax dan 15 pax (terhad)

Masa : Bertolak selepas Asar (5pm) dan balik sampai ke jeti jam (7pm) hari esoknya

Kelengkapan mencandat : Peralatan memancing/candat serta sebuah chalet untuk simpan barang dan persalinan (jika perlu)

Jom Candat !


Apr 29, 2015

Mungkin ramai lagi wanita teringin nak cuba aktiviti candat sotong di lautan tapi risau tak ada kemudahan untuk mereka semasa di atas bot. Selalu yang dirisaukan ialah Tandas ! Jadi, untuk pengetahuan semua.. boleh pilih ...

Mar 31, 2015
Tekong atau 'ahli laut sejagat' :) telah banyak berkongsi petua dan ini pcl kutip dari blog candat juga..blog pakya. 1.Bagi nelayan, MINUM AIR LAUT dikuala mampu menahan diri daripada mabuk laut. Boleh diminum hingga ...

Jan 19, 2015
Terkini, tekong maklumkan boleh candat awal mulai bulan Mac ni.. ramai yang dah mula buat tempahan. Tempah awal bagi mengelakkan tempahan penuh (kalau boleh sebulan awal dari tarikh mencandat) ...

Nov 30, 2014
*SILA BERHUBUNG (017-4009726 Nazlee) UNTUK PERBINCANGAN DAN PENETAPAN HARGA PAKEJ. Pakej 2015 (Bulan April - Oktober) KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN: Peralatan Candat disediakan (utk tambahan jika ada boleh ...

Feb 22, 2015
Jom Mencandat Sotong, May 2015 (Wanita pon boleh) Pagi tadi pcl ada post kat fb berkenaan program candat sotong, tujuannya nak kumpul pengemar candat sotong yang tak ada group nak gathering mencandat.

Feb 09, 2015
Boleh cter kat mak ni..minat benor dgn candat stong. ReplyDelete. Replies. Nazlee Ismail PCL February 11, 2015 ... tak eprnah ada pengalaman candat sotong :(. ReplyDelete. Replies. Nazlee Ismail PCL February 11, 2015.


29 comments:

  1. Wow bestnya mencadat sotong lepas tu dapat makan sotong fresh tangkap sendiri memang awesome!

    ReplyDelete
  2. Teringin tetapi taku mabuk laut. :)

    ReplyDelete
  3. tudia! best dapat mencandat sotong lagi2 bila dah ada pakej.

    ReplyDelete
  4. Woah. Segarnya sotong-sotong tu. Kalau pergi satu family mesti seronok!

    ReplyDelete
  5. mesti menarik dapat solat tgh2 laut sambil mencandat sotong :D

    insyAllah ada rezeki nak join :D

    ReplyDelete
  6. wahhh sotong segar tu ha.. omg omg best giler kot.

    ReplyDelete
  7. Oh PCL rupernya pakej dia...good

    ReplyDelete
  8. wow bestnya sotong fresh tuuuu..tapi terpaksa 'kuburkan' sementara keinginan nak makan sotong...huhu

    ReplyDelete
  9. sotong terengganu memang best dan besar
    rindu hari tu balik tganu kejap je tsk tsk

    ReplyDelete
  10. tk pernah pegi mencandat sotong camni..candat sotong kt pasaraya je..hehe

    ReplyDelete
  11. wah bestnya aktiviti..dapat makan sotong yang besar2 dan fresh pula tu..erm, wana dah terliur dah ni pikir masakan sotong..hehhe..

    ReplyDelete
  12. teringin sgt nak candat sotong kan...makan hasil usaha kita sendiri..barulah kita hau erti penat lelah nelayan yang hari2 buat benda yg sama

    ReplyDelete
  13. menarik ni..
    boleh bawak geng geng..
    dengan SA sekali!!
    :)

    psst..
    bak aa contact number..
    kalau nak jenjalan nanti boleh saya roger roger!!
    :)

    izatol_ishak@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  14. nanti kalau approve komen saya tu.. delete kan e mail saya eh.. :)

    ReplyDelete
  15. Tu diaa BESTNYER ..klau pergi dpt plak sotong besar2 fuhh lagi semangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak lya kn duduk kt kemaman, x slalu ke g mencandat?

      Delete
  16. memang bagus sangat info seperti ini.

    ReplyDelete
  17. adakala servis yang diberikan bila tiba disesuatu tempat tak seperti yang dijanjikan. tetapi bila ada review seperti ini orang lebih yakin...terbaik...dapat sotong besar-besar lagi

    ReplyDelete
  18. Info yg baik bagi mereka yang minat mencandat.

    ReplyDelete
  19. Replies
    1. Kalau mabuk laut better jgn pegi, kwn hubby cn mabuk laut,terbaring jer dalam bot,kesian ;)

      Delete
  20. Sotong2 tu sedap woo buat goreng rangup

    ReplyDelete
  21. gebu dan montok ai tengok sotong2 tu..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah