Tuesday, May 26, 2015

Raysha Rizrose Dewi Remaja Terbaru, Enggan Dibayangi Populariti Kakak



Tahniah diucapkan kepada Dewi Remaja Raysha Rizrose yang berjaya dinobatkan sebagai Dewi Remaja edisi 2014/2015. Peserta yang baru sahaja berusia 18 tahun ini menumpaskan 4 lagi finalis iaitu Syamim Farid, 23; Balqish Maarif, 25, Deeba Halil, 24 dan Mawar Rashid, 19.

Persaingan yang sangat sengit tambah-tambah dengan adanya Mawar Rashid, peserta yang menjadi perhatian umum dan juga di media sosial ekoran daripada kisah Mawar Rashid Dihentam Teruk Gara-gara Jawapan Isu GST.

Kemenangan yang berjaya diraihnya itu sama sekali tiada kaitannya dengan hubungan atau populariti kakak-kakaknya iaitu Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose. Kejayaannya itu memang diadili oleh setiap juri professional yang hadir pada setiap minggu seperti Erra Fazira dan Edry Abdul Halim selaku juri tetap serta juri jemputan.

Mahkota kemenangan Raysha yang langsung tidak disangkakannya itu disampaikan oleh juara Dewi Remaja 2009/2010 iaitu Noor Neelofa Mohd Noor. Dalam pada itu, Raysha mengakui sangat terkejut dengan kemenangannya dan semestinya ia merupakan kenangan yang paling bermakna buat dirinya ketika diumumkan sebagai juara Dewi Remaja 2014/2015.

“Saya masih seakan tidak percaya apabila dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2014/2015. Dunia seperti berhenti seketika apabila nama saya diumumkan sebagai sebagai juara dan ia menjadi antara pengalaman paling manis dalam hidup saya.

“Diberi peluang untuk bersaing dengan semua finalis pada peringkat akhir adalah satu penghormatan yang cukup besar buat saya. Mereka semua pesaing yang sangat berbakat dan cantik-cantik belaka.Banyak yang saya pelajari sepanjang pertandingan ini,” ujarnya.

Untuk makluman, Raysha Rizrose yang dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2014/2015 ini juga memenangi kategori Dewi Berseri (Fair And Lovely). Bagi tempat kedua pula dimenangi oleh Dewi Remaja Syamim yang juga meraih kemenangan kategori Dewi Menawan (Sunsilk), manakala Balqish di tempat ketiga.

Dewi Remaja yang kontroversi, Mawar Rashid pula memenangi kategori Dewi Kegemaran, yang ditentukan 100 peratus daripada undian peminat melalui laman web rasmi manakala Fify Azmi, 25, dinobatkan sebagai Dewi Persahabatan yang dilakukan menerusi undian oleh 18 peserta kali ini.

SUMBER

7 comments:

  1. cantik juara dewi remaja yang baru tu..cuma wana tak mengikuti perjalanan dewi remaja ni..

    ReplyDelete
  2. Tahniah ..ooo adik beradik nelly ngan uqasha rupanya..comel..

    ReplyDelete
  3. Cantik Raysha ni kan..muka dia lain sikit.

    ReplyDelete
  4. saya suke tgk perngai dy yg agak matang walaupun umur masih mentahh~

    papepun, bile dikelilingi dgn yg matured, n berpengalaman, of course yg mude2 ni terjebak sama~

    smg smua ke arah baik2, amin!

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah