Friday, May 1, 2015

Ubat Darah Tinggi....Perlu Ke?


Tidakkkkkkkkk......

Aku x nak makan ubat darah tinggi sebab aku tak nak kena consume ubat ni seumur hidup...mak aku pesakit darah tinggi...berpuluh tahun hidup bergantung pada ubat tu aje...kesian dia...banyak effect makan ubat darah tinggi ni...antaranya mata dia dah kurang jelas dan telinga pun dah kurang dengar..masalah aku hanya ada hypertension...itupun kalau masa nak datang bulan ataupun stress kat office..So rasanya perlukah aku ambil ubat ni?separuh orang cakap x perlu...separuh kata boleh ambil untuk beberapa sampai boleh turun semula tekanan darah tinggi...x tau mana satu yang betul...eloknya x payah ambil dulu dan cuba kontrol...sebab once ambil ubat ni selamanya akan consume...

Tekanan Darah (Hypertension)

Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.

Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.

Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.
140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.

7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi

Masalah tekanan darah tinggi? Sebagai langkah permulaan untuk menangani kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi, iktuilah tip-tip berikut:

  • Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor.
  • Bersenamlah dengan kerap. Cuba untuk bersam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.
  • Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!
  • Jangan merokok: Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa
  • Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.

Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan

Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.

  1. Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
  2. Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar
  3. Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
  4. Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
  5. Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.


Suriaamanda dalam dilema...pendapat anda mengenai kebuntuan ini sangat dihargai....

25 comments:

  1. Bab nak mengurangkan berat badan tu yang jadi masalah kat mak ni... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang senam ni kena kuat semangat sikit nk buat

      Delete
  2. inshaaAllah boleh senam 3-4 kali seminggu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi kc, kc senam tak....? hahaha tapi betul senaman adalah cara yang baik

      Delete
    2. aippp. senam. tapi sekarang makin malasss hahaha

      Delete
  3. jika boleh elakkan dari makan ubat itu lebih baik....jika keadaan memaksa ambillah

    welcome to #EFG

    ReplyDelete
  4. Suami sy oun ada.. tapi dia tak mkn pun..sbb tak nk bergntung kpd ubat.. dia cari alternatif yg lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh bgus jugak mcm tu. takut badan terlalu bergantung pada ubat kan

      Delete
  5. Nice tip...baru jer doktor bg ubat darah tinggi tapi tak mkn sebsb tahu jgn mulakan mkn ubat ini...alternatifnya buat senaman...minum air kangen...

    ReplyDelete
  6. mama wana pesakit darah tinggi...memang dah lama makan ubat ni..tak boleh berenti..

    ReplyDelete
  7. maceh kak kongsi tips2 ni. arwah atuk saya pun ada darah tinggi. hmmm...

    memang kena wat preparation dari awal. jangan sampai dah terkena baru nak menyesal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh kena preparation dari awal ya...bagus tu amy sudi kongsi disini

      Delete
    2. ohhh. rasanya atuk kc ada jugak darah tinggi hmmm

      Delete
  8. mak cik nor pn mkn ubat darah tinggi tp kadang2 skip jgk..:)

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. betul tu amalkan cara hidup yang sihat insyaallah

      Delete
  10. Stress.. ya.. ai sedang mengalami tekanan melampau ketika ini.. tak tahu bila ianya selesai..
    Tapi ai cuba kawal dengan sibukkan diri dengan kerja dan rutin harian.

    ReplyDelete
  11. cuba elakkan perkara yang boleh menaikkan tekanan darah tuh.. in shaa Allah tak payah nak makan ubat tu..

    ReplyDelete
  12. cuba mkn ubatan tradisional lg bgus

    ReplyDelete
  13. kurangkan dengan membuat perkara yang akan menyebakan stress....maksudnya fikir yang baik-baik saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bekerja, mmg takleh nak elakkan stress kan? walaupun sikit. #tekaje

      Delete
  14. Doc bagi saya makan semalam. Sebiji je saya ambil.. Malam tadi, rasa otak cam nak pecah. Padahal sebelum consume ok je.

    Lepas mama saya acupuncture lega sangat. Saya ambil herba untuk keluarkan balik ubat tu dari tubuh saya.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah