Monday, December 7, 2015

6 Berjaya Ke Final Gegar Vaganza...



Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza 2 (GV2)  bertemakan ‘Karok  Tarik’ pada minggu ini telah menampilkan persaingan sengit di antara peserta.

Bagaimanapun penyanyi Azian Sapwan Mazuwan terpaksa menerima hakikat gegarannya terhanti pada malam separuh akhir yang berlangsung pada malam Ahad.

Jika Azian terpaksa meninggalkan pentas GV2, Siti Nordiana pula kembali menunjukkan kehebatannya apabila berjaya berada di tempat teratas selepas berjaya menyanyikan lagu Mengapa dengan baik sekali.

Selain dari persembahan tujuh peserta yang anda saksikan di kaca televisyen, ada beberapa perkara menarik berlaku di auditorium tidak dapat anda lihat.

Antaranya:

1. Penyanyi Maya Matahari, Datuk Salwa Abdul Rahman dan Rohana Jalil antara artis yang berkabung atas kemangkatan Almarhum YAM Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil.

2. Farahdhiya hampir tarik diri kerana masalah jangkitan di peti suaranya, namun Datuk Ramli MS menasihatkan penyanyi itu supaya terus bertahan.

3. Haiza menangis sebelum segmen ‘Ada Lagu Ada Lagi’ berlangsung dan terpaksa ditenangkan oleh ‘Floor Manager’.

4. Jihan tidak dapat mengawal emosinya selepas video Allahyarham Pak Yus ditayangkan dan telah ‘menghilangkan’ diri buat seketika.

5. Nabil kelihatan sugul selepas video belasungkawa disiarkan, dan dia menenangkan sahabatnya Jihan selepas itu.

6. Ramai penonton berpendapat Haiza peserta yang penuh ‘effort’ dan layak memenangi Persembahan Terbaik jika kategori itu diwujudkan.

7. Para peserta tertanya-tanya siapa pasangan mereka di pusingan ‘battle’ pada konsert akhir kerana pihak produksi masih merahsiakan perkara tersebut sehingga program tamat.

8. Datuk Seri Vida gembira kerana jualannya Qu Puteh dan Pamoga di 'booth' mendapat sambutan hangat penonton di MBSA.

Sama-sama kita saksikan konsert akhir GV2 minggu hadapan, yang dibawakan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam dan disiarkan di saluran rasmi Astro Ria (saluran 104) serta saluran serentak Ria HD (saluran 123), pukul 9 malam.

SUMBER

12 comments:

  1. smlm tak tengok pun ..... sbb laki tgk bola pastu ai tertido sbb bosan sangat hahahahah sedar 2 dah pukul 1 lebih hahahaha

    ReplyDelete
  2. naaakkkkkkkkkkkkkkk juggaaaaaaaaaaaaakkkk pamoga quputeh laris ye dato vida nye tu HAHAHAHHAAHHA lawakkkk betol la XD

    ReplyDelete
  3. Alooooo...akak tak ikut ar rancangan nyanyi2 ni..cam best pulak banyak artis lelama ni

    ReplyDelete
  4. Tahniah 6 artis terkenal masuk akhir..bangga dengan semua suara powerful ..nassier wahab sejak dulu minat kat dia..nana Siti nurdiana mneyengat bergegar

    ReplyDelete
  5. Tahniah 6 artis terkenal masuk akhir..bangga dengan semua suara powerful ..nassier wahab sejak dulu minat kat dia..nana Siti nurdiana mneyengat bergegar

    ReplyDelete
  6. Semoga yang benar2 terbaik yang akan menang bukan kerana dia peserta pilihan 'seseorang'...

    ReplyDelete
  7. Minggu depan kita kena balik Johor nak tengok Gegar Vaganza ni. hehehehe

    ReplyDelete
  8. Xdpt tgk tp Cikna xpuashati camne azian blh kua faradhiya still blh b'tahan,
    #vote4nana

    ReplyDelete
  9. tak tgk pun baru2 ni..ada belasungkawa ye? mesti sedihh

    ReplyDelete
  10. Nana memang layak menang untuk konsert gegar vaganza ni

    ReplyDelete
  11. Suka tengok Nana.. ai like her..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah