Monday, December 28, 2015

Takziah Aziz Desa Meninggal Dunia & Takziah Afendi Mansor

Perginya seorang selebriti interaksi yang berwibawa...Allahyarham Aziz Desa yang dulunya terkenal dengan tutur kata yang menambat hati bersama tagline Malaysia Hari Ini..hai..hai..hai..Alfatihah..semoga arwah ditempatkan di kalangan orang- orang beriman...


LANGKAWI: Bekas wartawan Berita Harian dan bekas pengacara televisyen popular, Aziz Desa, yang menghidap masalah buah pinggang kronik, kencing manis dan jantung menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.30 pagi ini.   Aziz, 50, atau nama sebenar Abdul Aziz meninggal dunia di rumahnya di Taman Seri Dayang, Mukim Kuah, di sini.  Isterinya, Raden Norazlina Raden Jumari, 50, ketika ditemui di rumahnya, berkata mereka sekeluarga baru pulang bercuti di Phuket, Thailand, pada jam 6 petang semalam. Katanya, sebaik tiba di rumah arwah terus meminta untuk tidur di atas katil.  "Arwah tidur dengan ditemani anak kami di ruang tamu, manakala saya di dalam bilik di bahagian belakang rumah. Saya sedar beliau sudah tidak bergerak dan badannya sejuk pada jam 10.30 pagi," katanya.  Raden Norazlina berkata, jenazah Aziz akan disembahyangkan di Masjid Al-Hana Kuah dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bayas di sini, yang juga kampung halaman Aziz pada jam 5 petang ini. Sebelum ini, Aziz yang mengidap pelbagai penyakit menjalani rawatan hemodialisis tiga kali seminggu.

Disamping itu..

Aku pun kehilangan seorang anak buah akibat Thalassemia Sabtu lepas...Al fatihah buat Afendi Mansor...semoga arwah ditempatkan dikalangan insan yang terpilih...semoga family sepupu aku tabah diatas kehilangan ini...



Alfatihah....

11 comments:

  1. Takziah buat SA dan kakak SA..
    Semoga tabah dgn ujian ini..
    Al Fatihah..

    ReplyDelete
  2. dari dia kite datang dan kepada dia kite kembali...moga2 roh mereka di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman...takziah utk adik dan keluarga

    ReplyDelete
  3. takziah...
    Allah lebih menyayangi mereka.

    ReplyDelete
  4. al-fatihah buat arwah aziz desa dan arwah anak buah akak..

    salam takziah dari falsya buat akak sekeluarga..

    ReplyDelete
  5. alfatihah buat arwah aziz dan anak buah akak.
    salam takziah buat akak sekeluarga

    ReplyDelete
  6. Takziah buat keluarga arwah dan juga buat family SA.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah