Thursday, April 21, 2016

Rezeki Allah Itu Luas, Semuanya Buat Mak..

Hi korang...

Semua dah sedia maklum yang mak aku sakit...mak baru keluar ward last week...tapi mak tak berapa kuat..hari ni mak pi hospital lagi untuk scan buah pinggang..mohon doakan untuk mak aku ye...
okey memandangkan mak tak kuat..adik beradik aku berpakat belikan mak wheel chair untuk senang mak bergerak..lagipun mak kalau berjalan sekejap dah mengah kan..senang la nanti kalau nak kemana- mana..takde la mak penat dan mengah berjalan...Rezeki allah tu luas kan...moga allah luaskan lagi rezeki kami adik beradik untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kami...Insyaallah...


amboi cantiknya kaler biru wheel chair mak ni...kaler pink takde?


dapat harga murah sikit sebab beli melalui doktor yang biasa merawat mak...


so mak dah rasmikan dah wheel chair ni...


Aku plak dah belikan aircond untuk pasang kat bilik mak...so mak lebih selesa kalau tido kat bilik..nak- nak sekarang musim panas kan...


tadaa dah pasang ekon...

Semua yang kami adik - beradik usahakan ini adalah untuk kebaikkan dan kesihatan mak..kami adik beradik  nak mak selesa dan sentiasa sihat...takde apa yang lebih penting sekarang kan melainkan mak ...aku plak banyaka job luar yang terpaksa aku lepaskan..letak dulu kat tepi minat aku...so tumpukan perhatian kat kesihatan mak...memang cuak ari tu masa mak sakit...kelam kabut dunia aku kejap..kerja pun letak ke tepi dulu..nasib baik bos okey dan faham...

29hb ni mak kena pi IJN plak untuk check jantung bengkak tu...buat masa ni mak belum la kuat sepenuhnya..harapan aku agar semua ok dan moga allah permudahkan perjalanan dan proses rawatan untuk mak...Amin...

11 comments:

  1. moga mak akak cepat sembuh..aamiin

    Akak..try apply wheelchair kt jkm..adik cik nor oku..dia apply ctu..klu rosak dia gnti baru

    ReplyDelete
  2. semoga mak akak sihat selalu..amin

    ReplyDelete
  3. semoga cepat sembuh
    .
    tak rugi pun berbakti dengan orang tua sendiri. bila lagi nak balas jasa mereka kan ? semoga dimurahkan rezeki akak dan adik beradik

    ReplyDelete
  4. mak mertua akka pun dah lama guna kerusi roda ni..anak2 pakat beli..

    ReplyDelete
  5. duit blh di cari kan sis.. mak kita satu je. takde galang ganti.. Moga mak sis cepat sembuh.. Amin.

    ReplyDelete
  6. Smoga mak akak cpt smbuh ya InshaAllah

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...
    Insya'Allah kak...semoga mak akk kembali sihat dan kuat seperti dulu..Amin..

    ReplyDelete
  8. Betul tu SA. semoga mak akak sihat dan cepat sembuh. In sha Allah

    ReplyDelete
  9. Selagi ada peluang, gunakan sebaiknya

    ReplyDelete
  10. Selagi kita berpeluang berbakti kepada keluarga, terutama mak ayah. Berbaktilah. Moga-moga mak Kak SA cepat sembuh dan kembali sihat seperti sebelum ni. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  11. semoga Mak akak cepat sembuh. selagi ada peluang, kita berbakti lah pada orang tua kan. tak terbalas susah payah dorang besarkan kita dulu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah