Wednesday, April 27, 2016

AADC2 Selepas 14 Tahun....

Nafas baru untuk filem Indonesia

Hi korang....

Esok wey....esok....AADC2 selepas 14 tahun....huiii dulu aku giler betul ngan citer ni...ahaks...tak sabarnya nak tengok Nicholas dan Dian...agak2 kan cik abe aku tu nak tak tengok citer ni...korang rasa dia nak tak layan aku tengok AADC2 ni....gerun ni...gerun..sure dia tak nak punya tengok citer jiwang2 ni...kalau dia tak nak tengok macam mana erk..aku nak pi tengok ngan sapa plak...alaaaa.....



AADC pernah mencatat fenomena pada 2002 apabila gandingan Nicholas Saputra dan Dian Sastrowardoyo mendapat sambutan. Lagu tema filem ini dengan tajuk sama dendangan Melly Goeslow juga cukup diminati.

Nama Nicholas dan Dian juga melonjak naik menerusi filem ini hingga menarik minat pengedar Malaysia membawa filem lakonan mereka di sini seperti Ungu Violet lakonan Dian dan Janji Joni (Nicholas).

AADC juga memberi nafas baru kepada industri filem Indonesia yang dilihat kembali bangkit selepas mengalami zaman suram.

Kini selepas 14 tahun, Nicholas dan Dian kembali bercinta di layar perak. Tentunya peminat mereka tidak sabar menyaksikan Rangga dan Cinta bertemu kembali.

Apakah cinta mereka kembali bertaut dengan pertemuan kali ini? Tapi suasananya kini berbeza, bukan lagi cinta remaja sebaliknya sudah dewasa dan mungkin bertemu cinta baru.

Bagi Primeworks, filem ini dilihat sebagai peluang yang baik untuk bekerjasama dengan penerbit dari negara jiran selepas kali terakhir bekerjasama kira-kira 10 tahun lalu.

Sebelum ini Grand Brilliance bukan saja membawa filem Indonesia ke sini malah cuba menembusi pasaran di sana dengan menghasilkan filem Love arahan Kabir Bhatia yang dijayakan pelakon terkenal Indonesia.

Persetujuan membawa masuk filem ini juga diambil selepas melakukan tinjauan dan menunjukkan ramai yang tidak sabar menontonnya apabila dimaklumkan kehadiran sekuelnya. Ramai juga berkongsi trailer filem ini di laman sosial selepas dilancarkan bulan lalu.

Mampukah AADC2 menarik minat penonton ke panggung menyaksikan kisah Cinta dan Rangga? Atau pun filem ini mengalami nasib sama seperti Aach...Aku Jatuh Cinta yang kurang sambutan ketika ditayangkan 17 Mac lalu?

Mungkin gandingan Chicco Jerikho dan Pevita Pearce dalam Aach...Aku Jatuh Cinta agak asing bagi penonton Malaysia, malah promosi untuk filem usahasama Malaysia-Indonesia ini juga kurang hingga kehadirannya di pawagam kurang disedari.

Berbeza dengan AADC2, nama Dian dan Nicholas cukup kuat dan promosinya juga sudah bermula dari awal untuk memastikan ia sekali lagi mampu mencatat fenomena.

Nicholas turut dibawa khas dari Jakarta untuk hadir di majlis Media Prima Screening 2016, Rabu lalu dan malam gala filem ini pula diadakan pada 26 April ini menyaksikan kehadiran pelakon utamanya bersama pengarah, Riri Riza.

SUMBER 

7 comments:

  1. mak aih dah 14 tahun??? giler cepatnya masa berlalu....dari darjah 4 sampai umur 24...tuanya rasa...huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. along sila percaya....lieya aantara yg tak lagi tgk aadc 1 hahaahahah...so bile aadc 2 dok viral2 kat fb lieya blur2 alang laaaa hahahahaaha....mesti pecah panggung movie nieh...arini kan first day tayangan....siap le penoh panggung hah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama dengan kita.. tak pernah tengok yang AADC 1. hehehe.. memang blur arr kalau orang dok bercerita.

      Delete
  3. 14 tahun dah? maknanya masa movie ni keluar I darjah 5 T_T dok pakai bait bait lagu dia bagi kat crush hahaha.

    ReplyDelete
  4. da start ada kat panggung?
    kalau tak silap ler dgr kat radio.
    yg lepas tu pun aida x tgk ha ha ha...
    memang tak tau le sedap ke tak citer kedua ni.

    ReplyDelete
  5. tak pernah tengok pun cerita ni..erkkk

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah