Thursday, April 21, 2016

Wak Mustar Juara Kilauan Emas Otai

KERANA OTAI MASIH BERBISA

Hi korang...

Aku memang sering ketinggallan dengan rancangan Kilauan Emas Otai ni..selalu dapat tengok yang ulang tayang je...tak sangka plak dah akhir semalam...Tahniah buat wak Mustar yang telah memenangi wang tunai RM150 000, banyak tu...bukan senang punya kerja kan...persembahan kena konsisten..ye tak?apapun rezeki Wak Mustar la nampaknya...



KUALA LUMPUR: Mustaffa Rasyid Abd Jabar, 47, yang lebih popular dengan panggilan Mustar dinobatkan juara Kilauan Emas Otai (KEO) yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras, di sini malam ini.

Dengan kemenangan itu, Mustar dari Kuala Langat, Selangor, membawa pulang hadiah utama wang tunai berjumlah RM150,000 mengenepikan tiga peserta lain iaitu Ahmad Fuad Zaharullail, 48, (naib juara); Idris Mohd Shabidin, 54, (ketiga) dan Mohammad Nasiruddin, 45, (keempat). Masing-masing membawa pulang wang tunai RM50,000, RM30,000 dan RM10,000 berserta trofi. Sementara Silahudin Ali, 55, atau Silah turut diumumkan menerima Anugerah Khas Juri yang menerima wang tunai RM10,000. Semua peserta diadili juri profesional yang diketuai Datuk Ramli MS dan Erra Fazira selain juri jemputan Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah dan Fauziah Ahmad Daud. Juri profesional mewakili 50 peratus pemarkahan dan 50 peratus daripada undian SMS. Pertandingan akhir yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135) mula disiarkan stesen TV itu sejak 9 Mac lalu selama tujuh minggu.

SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE

2 comments:

  1. eh dah habis ye..haha..follow separuh episod je

    ReplyDelete
  2. Masa dia nyanyi dengan Asmidar tu, memang best!

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah