Tuesday, April 5, 2016

Tisu Lembap Bayi Johnson Mencegah Ruam Lampin...

Tisu Lembap Bayi Johnson Diperkaya Dengan Agen Pelembab

Hi Korang....Si comel korang ada masalah ruam lampin? Masih tidak jumpa produk yang mampu menyelesaikan masalah ini? Jenama Johnson tampil membantu semua ibu-ibu di luar sana.

Kulit si manja secara umumnya amat sensitif, terutamanya apabila kulit mereka yang dilitupi oleh lampin dibiarkan dalam keadaan lembab atau basah terlalu lama, lebih-lebih lagi apabila kulitnya sudah bersentuhan dengan air kencing atau air besar. Jika si manja sering kali dibiarkan berada di dalam keadaan tersebut,sudah tentunya kulit si manja anda akan kehilangan pertahanan semulajadi tubuh yang lama kelamaan akan menjadi keradangan dan kemerahan pada kulit mereka.

Oleh itu, si ibu wajib menitikberatkan kebersihan bayi pada setiap masa untuk memastikan kulit si manja sentiasa lembut, gebu, dan tidak dijangkiti kuman, terutama sekali pada bayi yang pada peringkat awal umur mereka, tahap sensitif kulit amat tinggi, terutamanya di bahagian kulit yang dilitupi lampin. Amalan kebersihan ini harus menjadi tabiat pada si ibu agar si manja tidak menghidapi ruam lampin.

Justeru, Johnson's Baby Skincare Wipes amat memahami keperluan bayi anda dan ianya dicipta khas untuk membantu membersih secara lembut serta memberi perlindungan tambahan di awal kelahiran.
Setiap helai baby wipes ini diperkayakan dengan agen pelembab yang terbukti secara klinikal boleh membersihkan kulit bayi secara lembut dan efektif sebelum meninggalkan lapisan pelembap yang melembutkan dan melindungi kulit bayi anda dari ruam lampin. 




Dalam kategori penjagaan bayi, kadar pemggunaan tisu lembap bayi dikalangan isirumah berada pada tahap 87% (kadar penggunaan tisu lembap bayi Johnson pula pada kadar 10% dalam lingkungan peratusan tersebut), terutama sekali di kalangan ibu yang mempunyai bayi berusia 0-6 bulan.

Fakta dan angka di atas dengan jelas menunjukkan bahawa tisu lembap bayi adalah satu keperluan yang tidak boleh diambil mudah, terutamanya untuk penjagaan si comel di peringkat awal, yakni kerana kegunaannya berada pada kadar kekerapan lampin si comel di tukar yang tinggi, lantas tisu lembap bayi menjadikan proses pembersihan si manja lebih mudah.

Lantas, jenama Johnson tampil dengan tisu lembap bayi yang bukan sahaja membersih si manja dengan lembut, tetapi juga diperkayakan dengan losyen yang melembapkan kulit si manja, yang membantu mencegah ruam lampin untuk si comel.  Johnson adalah satu-satunya jenama tisu lembap bayi yang diperkayakan dengan losyen pelembap, samada jenis beraroma wangi atau jenis tanpa bau.

Dari segi cara pembungkusan, tisu lembap bayi Johnson didatangkan dengan 75 helai  tisu per pek, manakala bahagian atas bungkusannya yang mudah dibuka dengan cara selakan,  bagi tujuan memudahkan mengambil tisu daripada pek bungkusan dengan sebelah tangan. Pek tisu lembap bayi ini juga didatangkan dalam dengan 20 helai tisu per pek.




SA telah mencuba produk ini pada baby Qhaira, dan ternyata sewaktu menukar lampin Qhaira, keberkesanan tisu lembap bayi Johnson ini bukanlah sekadar slogan semata-mata. Sewaktu membersihkan si tembam Qhaira dengan tisu ini, aromanya amat menyenangkan sehingga mampu menghilangkan bau musyuk adik Qhaira, ianya juga melembapkan kulit Qhaira yang sebelum ini agak kering.

Si tembam Qhaira selalu merengek dan meragam sekiranya ruam lampin menyerang. Ragamnya menjadi-jadi sehingga SA tak boleh tidur kalau balik Seremban di hujung minggu, sekiranya dia dihidapi ruam lampin.

Setelah SA mengesyorkan kepada Mami Qhaira untuk menggunakan jenama ini, perubahan kulit Qhaira amat jelas kelihatan dalam jangkamasa kurang dari 2 minggu penggunaan.

Kulit yang dilitupi lampin sudah tidak kelihatan kering, Qhaira juga amat suka dengan aroma wangi tisu lembap Johnson ini. SA juga senang dengan tekstur tisu lembap ini yang diperkaya dengan losyen pelembap, yang mana turut melembapkan tangan SA sewaktu membersihkan Qhaira, tidak seperti jenama-jenama lain yang pernah Mami Qhaira  guna sebelum ini.

Pendek kata, Qhaira happy, Mami lega, Mama SA lagi seronok tengok Qhaira selesa dan aktif tingkah lakunya. Merengek pun dah kurang malah kerap bergurau senda. Ternyata Qhaira semakin selesa.

Dengan bungkusan yang menarik dan pek yang mudah dibawa kemana sahaja, SA mengesyorkan para ibu diluar sana untuk turut mencuba Tisu Lembap Bayi Johnson.

Anda pasti tidak kecewa.......


7 comments:

  1. time baby mmg guna benda ni.. senang..

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak guna tisu lembut ni.. hanya guna waktu ada baby di rumah.. last guna pun waktu dak Nuha dulu.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. Hehehe dlu masa ada baby mmg selalu la gunakan tisu lembut ni kak SA..Tapi sejak anak2 dah besar fah tak guna lagi daa..

    ReplyDelete
  4. Wajib ada wet tisu ni. Lepas ni boleh try baby johson pula. Thanks for your sharing kak

    ReplyDelete
  5. wah...siap ada losyen pelembap dalam tisu ni. memang bagus untuk digunakan pada kulit bayi.

    ReplyDelete
  6. Wowww. Memang wet tissue ni sangat penting utk baby. Tq for the info kak sa

    ReplyDelete
  7. Wet tisu mmg kene sentiasa ada. Biasalah kan..bebudak ni...makan xberingat. Kdg2 mee pun letak atas kepala

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah