Thursday, June 14, 2012

Neelofa VS Anzalna


Neelofa beri 7 hari


PETALING JAYA: Pelakon, Noor Neelofa Mohd Noor memberi tempoh tujuh hari kepada Anzalna Nasir bagi membuat penjelasan dan mengemukakan bukti terhadap kenyataan yang ditujukan kepadanya melalui media, baru-baru ini.
Neelofa mendakwa, kenyataan Anzalna dalam artikel bertajuk ‘Anzalna Bidas Neelofa’ yang disiarkan dalam sebuah akhbar 10 Jun lalu, tidak benar dan menjatuhkan maruahnya.
Pada sidang media, semalam, Neelofa, 23, yang ditemani peguam, Ahmad Hidayat Md Nor dan Mohd Irwan Mohd Mubarak daripada Ahmad Hidayat Md Nor & Co berkata, dia terpaksa menggunakan peguam bagi menyelesaikan kes berkenaan.

“Saya tampil dengan kenyataan rasmi mengenai artikel itu yang menyebut aktres baru dakwa pengusaha jenama BellaVita pernah menghiris perasaan.


“Saya ingin berikan kenyataan semua tuduhan yang dilemparkan Anzalna dalam artikel berikut tidak benar. Justeru itu, saya melantik peguam mengendalikan kes ini dan mengeluarkan notis tuntutan kepada Anzalna,” kata Neelofa

SUMBER

6 comments:

  1. tak siapo la yg betul agak nyer kan...

    ReplyDelete
  2. hurmmm..siapa yang benar atau tidak ni..

    ReplyDelete
  3. Bakat masing2 suam suam kuku, nak harap skandal aja. ..ngalahkan artis holiwud..alahai..:-)

    ReplyDelete
  4. kebykkan retis semua sama jew...pndai bermuka2 dpn wartawan, dpn peminat..hihi

    ReplyDelete
  5. Harap pada rupa je dorang ni.. biasa je dorang ni..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah