Friday, March 18, 2016

Langkah- Langkah Masak Asam Pedas...

Hi korang...

Percaya tak kalau aku cakap aku masih gagal masak asam pedas yang sedap..aku adalah antara manusia yang suka makan asam pedas..tapi sampai sekarang aku tak berapa pandai...so tengah belek2 FB ternampak la ada orang share pasal ni...so aku pun copy la semua gambar dengan harapan nak share dan nak buat masak asam pedas ni..jom la sama- sama kita belajar...aku dapat ilmu korang pun sama dapat ilmu kan...tapi kat FB takde plak di beritahu bahan2..gambar je dia letak..erm takpe la..kita cuba je la eh...



Bahan- bahan : Ikan tenggiri, daun kesum, serai 2 bantang, daun limau purut, halba, lada hitam, jintan dan rempah2 aku x tau nama, belacan, bawang merah dan bawang putih.., bendi
bahan- bahan di kisar atau tumbuk ye...


tumiskan bahan kisar dan cili kering..masukkan juga serai...( eh macam pandai je aku kan...)


bahan tumisan dah garing dan pecah minyak, bau pun dah naik terus masukkan air asam jawa


Biar mendidih dan masukkan kacang bendi dan daun kesum..sorry gambar yang daun kesum x amik..hehehe


Masukkan ikan tenggiri


Dah siap

Aku kan kalau masak asam pedas ni suka guna ikan kembung, ikan pelaling, ikan pari..yang lain2 aku lom cuba lagi...teringin nak buat ayam masak asam pedas tapi sebab tak biasa kan..tu yang susah..aku prefer ikan dari benda lain...

Masak asam pedas ni kan...lawannya mesti telur dadar ngan kicap..huiii...aku taip entry ni meleleh air liur...

Minggu ni balik seremban nak buat la..masak asam podeh ni ha...tengan merajin ni...

korang nak cuba..ikut la step2 tu..itu bahan2 aku main belasah je tulis...tak pun korang google je la...

heheheh...Happy weekend korang...


*GAMBAR SUMBER FB


3 comments:

  1. Shaz tiap kali masak asam pedas.. mesti tak.sedap..

    ReplyDelete
  2. alahai sedapnya asam pedas..
    nak menangis rasanya. huhu

    ReplyDelete
  3. peminat asam pedas..suka jug amasak asam pedas. selalu masak pedas daging tetel. Mak pula suka masak asam pedas ikan. Mak tak suka letak daun limau. Kalau saya masak,aaya letak daun limau

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah