Tuesday, March 15, 2016

Tips membeli handbag on sale

Hi korang...
Seperti yang aku janjikan...ini entry tentang antara barangan koleksi yang semua wanita suka, tak kisah lah yang berjenama ataupun tidak tetapi handbag sememangnya koleksi yang perlu ada dalam wardrobe seorang wanita...betul tak?Aku adalah antara wanita yang sangat menggilai handbag malah dah bermacam jenis handbag yang aku guna.
Handbag adalah satu kemestian untuk nampak sempurna.Oleh itu jom aku share sedikit tips memilih handbag yang sesuai dan bukan mengikut selera sendiri tetapi lebih kepada mengikut kesesuaian setiap situasi sekitar kehidupan kita.


  
Selalunya wanita akan berada di luar kawalan sekiranya tiba jualan murah atau big sales. Tak kira lah jualan murah koleksi pakaian, kasut, atau pun beg tangan, Jualan murah selalunya mampu menyinari kehidupan kita kan? :)  Namun, anda perasan tak selalunya kita akan membeli barangan yang kadang kala ‘tidak perlu’ atau ‘unwanted’ items ketika jualan murah seperti ini. Biasanya, kita akan membeli apa sahaja barangan yang ada di depan mata kerana takut ia akan disambar oleh orang lain. Oleh itu, untuk entry kali ini kita akan berkongsi sedikit tips atau panduan yang boleh kita ikuti apabila ingin membeli handbags on sale agar tidak berlakunya sebarang pembaziran.



1.       Jualan murah adalah sangat bagus,sebenarnya waktu inilah waktu yang paling sesuai untuk anda membuat pembelian kerana anda boleh menikmati harga yang jauh lebih murah daripada biasanya. Oleh itu, kenal pasti terlebih dahulu jenis rekaan beg tangan yang anda ingin miliki.
2.       Selepas mengenalpasti rekaan beg tangan yang anda gemari, set your target dan jangan lihat rekaan beg tangan yang lain.
3.       Inilah masanya untuk anda membeli beg tangan berjenama dengan kualiti yang baik untuk pembelian yang benar-benar berbaloi.
4.       Semak dan lihat dengan teliti kondisi beg tangan tersebut sebelum anda membuat pembayaran kerana biasanya barangan on sale tidak boleh dipulangkan semula. 



Dan Jangan sesekali...

1.       Jangan beli beg tangan yang anda fikir ‘it looks nice!’on your eyes tetapi beli beg tangan yang anda benar-benar akan gunakan.
2.       Jangan terlalu terikut dengan trend serta peredaran zaman, tetapi kenal pasti apakah style yang anda gemari.
3.       Jangan beli beg tangan yang tidak bersesuaian dengan personaliti dan gaya anda.


So..nampak?Tidak semua handbag yang kita nampak cantik di mata kita sesuai untuk semua majlis yang kita hadiri atau sesuai untuk ke pejabat ataupun waktu santai. Pilih betul- betul. Pastikan warna juga sesuai untuk di suai padan dengan pakaian kita agar kita tidak Nampak seperti badut. Kalau segan nak Tanya kawan- kawan korang boleh je layari mana- mana website atau online shopping yang semestinya turut memberikan tips dalam memilih handbag yang sesuai..apa yang susah..semua di hujung jari je kan?pokok pangkal nak Nampak cantik dan tidak pelik kena la rajin mencari info kan?

Itu sahaja untuk hari ini…

Salam sayang


Suriaamanda

21 comments:

  1. gud tips kak..sy sllu beli yg suka tapi pastu tak guna hahahaha asyikla guna yg sama jer..

    ReplyDelete
  2. mcm shaz...org dok sebok beli bag play no more.. tp shaz x ssuai guna.. sbb ada baby..bnyak brg nak kena masuk kan..pampers..baju baby. alahaai

    ReplyDelete
  3. saya lak beli mesti warna hitam. x nampak colour lain dah

    ReplyDelete
  4. Iskh betullah SA, no wonder bila kita tgk ada handbag kita tak berkenan tp bila org lain guna cantik.. Baru tau & suka tips ini, thank you for sharing..

    ReplyDelete
  5. Beli satu pakai sampai lusuh pehtu tukar baru.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. Ummul pun slalu nk bli fikir 2 3kli. Tpi suka handbag yg boleh guna pelbagai cara..

    ReplyDelete
  7. disebabkan saya tak berapa mahir nak pilih handbeg ni, saya lebih suka beli yang warna universal dan bentuk simple ... so senang guna untuk semua majlis. Tp gi keje kadang-kadang lebih selesa pakai backpack je :)

    ReplyDelete
  8. Tq for tips kak..really appreciated

    ReplyDelete
  9. rupenye nak beli beg tak boleh sesuka ati je.. sebelum ni memang asal berkenan kt mate je beli..hehehe

    ReplyDelete
  10. Me tooo..pengumpul beg tegar..dulu sebelum kawen, mmg banyak la koleksi..pantang nampak beg..skrg dah kahwin pun masih sama tapi kontrol sebab tkut kena marah dengan husben..selalunya kalau nak beli beg, saya pikir dulu keperluan & saya imagine nak guna beg tu waktu bila..gi ofis ke?keluar ke?kalau rasa tak perlu, cepat2 tutup website yang jual tu..tkut hati berubah..hehe

    ReplyDelete
  11. Ena ni jenis tak suka sangat beli handbag, kalau beli, guna la sampai lusuh. Baru beli yang lain ahaks

    ReplyDelete
  12. tq for sharing...
    teringat handbag idaman di FAO yg lom dpt beli hu hu hu...
    lom free nak gi ke sana :(

    ReplyDelete
  13. nice sharing kak...

    kalau dana... antara ciri2 warna kene sesuai utk semua sbb dana jns tak reti nk tkr2 hnbeg utk jln or hbeg pi keje... saiz pun bersesuaian ngn tuan nyer bdn yg beso heheheh

    ReplyDelete
  14. nice tips sis.. =) Nak beli hb ni kena fikir panjang.. macam aina suka beli bag yang blh pakai anytime & blh sling n hand carry. Hihihi.. aina mmg pengumpul hb tegar. Prinsip nak beli pulak, kenal letgo satu bru beli satu. (^^,)

    ReplyDelete
  15. wanita-wanita tak boleh dipisahkan ngan handbag

    ReplyDelete
  16. beg kaler cekelat atas sekali tu tantikknyeeeeee... T_T

    ReplyDelete
  17. beli beg tp jarang guna...mmg cepat rosak..tips yg bagus laaa

    ReplyDelete
  18. kdg kdg bila tgk...hadoi semua antik2...rambang mata nak memilih...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah