Monday, March 21, 2016

Aqiqah Anak..wajib buat Ke?


Ramai di kalangan kita masih keliru pasal benda ni.. Banyak persoalan yg tak terjawab.. Contoh:
1) Bolehkah Aqiqah dilakukan utk diri sendiri setelah dewasa sebab dulu mak ayah tak mampu?
2) Boleh ke daging Aqiqah dimakan oleh orang bukan Islam?
3) Bolehkah daging Aqiqah digunakan utk masak lauk kenduri?
4) Bolehkah sebahagian drpd badan haiwan seperti tanduk dan kulit dijadikan perhiasan rumah?
5) Apakah hukum Aqiqah sebenarnya? Mesti kena buat ke?
6) Betul ke kalau seorang anak tak dibuatkan Aqiqah maka hidup dia akan sengsara?
7) Tulang-tulang semua mesti kena tanam ke?
8) Boleh ke nak combine sekali Aqiqah dan Ibadah Korban waktu Aidil Adha? Seekor haiwan niatnya dua sekaligus?

Ni atok cuba jelaskan seringkasnya eh supaya semua boleh faham.. InshaALLaH..

Aqiqah ni hukumnya Sunat Muakkad iaitu sunat yg digalakkan.. Kalau tak buat, tak berdosa.. Kalau buat, dpt ler pahala.. Aqiqah hukumnya TAK WAJIB... Ianya hanya jadi Wajib apabila telah bernazar.. Aqiqah ni bermula sebelum zaman RasuluLLaH lagi.. Kalau ada bayi lahir, waktu cukur rambut bayi tu, org Arab jahiliyah akan sembelih haiwan tu dan darah tu dilumurkan kat kepala bayi.. Selepas RasuluLLaH SAW ada, amalan melumurkan darah tu dah dibuang.. Tapi amalan Aqiqah dikekalkan.. Biasanya dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahiran bayi.. Cukur rambut, Aqiqah dan beri nama kepada bayi.. Tapi tak semua org mampu.. Yelah, kambing bukan murah.. Kalau baby boy, 2 ekor kena tumbang.. Kat situ je dah nak dekat RM2,000... Belum lagi masuk belanja nak kenduri etc.. Menurut Mazhab Syafi'e, boleh dilakukan Aqiqah sebelum anak tu Baligh.. Akan tetapi, ada gak yg tak buat sampai la dia Baligh.. Maka tuntutan Aqiqah tu pun gugur.. Takyah buat dah.. Sama gak kalau bayi tu meninggal dunia sebelum sempat buat Aqiqah.. Tak perlu buat Aqiqah utk arwah..

Katalah mampu, buat la Aqiqah ni dan tak salah kalau orang bukan Islam makan daging tu.. Sebab tujuan Aqiqah tu bila kita buat kenduri lalu digunakan daging itu utk dijadikan lauk kenduri adalah bertujuan utk sedekah.. Kita jamu tetamu yg hadir.. Seeloknya dikongsikan sesama Islam tapi takde dalil yg mengharamkan orang bukan Islam makan daging Aqiqah..

Kalau nak buat, buatlah sebelum anak tu mencapai usia Baligh.. Kalau dah terlepas, takyah dah buat Aqiqah tu.. Ada antara kita sampai sanggup berhutang semata-mata nak buat Aqiqah.. Kan dah membebankan tu namanya.. Berkaitan tanam tulang tu pulak, itu tak wajib.. Nak tanam boleh, nak buang pun boleh cuma buang kat tempat yg betul la.. Kalau nak simpan kulit dan tanduk haiwan Aqiqah, pun boleh.. Hukumnya harus je.. Aqiqah dan Ibadah Korban TIDAK BOLEH disatukan eh.. Kena asing-asing.. tak boleh kongsi.. Sebab dua amalan ni tujuannya berbeza.. Daging korban sunat disedekahkan mentah manakala daging Aqiqah sunat disedekahkan setelah dimasak.. Satu lagi, tentang kepercayaan bahawa anak yg tak dibuatkan Aqiqah akan hidup susah, selalu ditimpa musibah dan sebagainya, tu semua kepercayaan orang dulu-dulu je.. Dalam Islam takde kepercayaan mcm ni.. Boleh faham eh?

WaLLaHu'alam...

So, kalau belum buat Aqiqah anak, pastu orang sibuk tanya; Dah buat Aqiqah dah?
Jawab je; InshaALLaH kalau ada rezeki lebih nanti.. Sunat je pun hukumnya.. Bukan Wajib pun..

9 comments:

  1. Tq SA. Jelas dan mudah difahami. Akk pun selalu ditanya tentang soalan2 mcm ni. Bagitau jer apa yg kita tau. Masa kekah si Adam, neighbours yg Chinese, India semua pun ada. Tp mmg dah dirujuk persoalan ni...

    ReplyDelete
  2. tak menahan soalan no 6 tu..haha.
    kalau dah tak mampu,kesian lah anak tu kan.
    alhamdulillah, dah selesai akikah untuk anak-anak.

    ReplyDelete
  3. mikhail pun belum akikah sebab dkna dan suami ada bernazar nak akikahkan dia .. tunggu masa sesuai tapi sebelum baligh hehehee

    ReplyDelete
  4. betui .. alhamdulillah anak2 aku dah buat dah ... tumpang kenduri kahwin sepupu2 aku dulu .... sebab kami tumbangkan kerbau .... amik2 bhg 2utk anak lelaki satu bhg utk anak perempuan 1 bhg utk abah diorng wlupun tak wajib dan dah lepas dah ... tp niat nk buat jgg untuk abah diorg ..... mcm ai ni .... tokwan dah buat dah kecik2 dulu .....

    ReplyDelete
  5. bagus pencerahan ni.. I pernah bertekak dengan seorg sedara ni bab akikah xleh bagi non muslim makan sebab buat kenduri kahwin guna daging akikah.. lantak lehh kalau dia xmau jamu non muslim makan pun tapi mengasing-asing kan lauk macam x best ja tgk..

    ReplyDelete
  6. Islam bukan membebankan..klu wajib kira islam ni dh macam membebankan..mahal tu kambing.hehe.

    tima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  7. Setuju sangat dgn statement akk. Dhia dah buat masa tu ada rezeki lebih. memang beribu abes,kak. Si Dzal tak buat lagi. Kambing kene 2 ekor kan. Majlis lagi. Mak dah xlarat nak masak. Katering sekepala RM10. Tunggu dulu la kot. Jika ada rezeki lebih. Insyaallah

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas info....alhamdullillah selesai buat semua untuk anak2.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah